Posts

Showing posts from 2009

Kenagan Berputik Kembali: (1) Sekolah Rendah

Image
Assalamualaikum, hari ini aku nak tulis sedikit tentang sekolah lama aku kiteka aku di peringkat sekolah rendah dahulu. sebenarnya, aku teringat guru-guru yang telah mengajarku dahulu. Untuk pengetahuan aku bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor. Penduduk di Beranang memanggilnya, 'Integrasi Beranang' sahaja. SRAIPB terletak di daerah Hulu langat dan hampir dengan sempadan antara Negeri Sembilan dan Selangor. kedudukannya ialah bersebelahan sebuah masjid, Masjid Raja Alang Beranang, dan berhadapan tapak Pasar Rabu Beranang. Masjid Raja Alang: bersebelahan Sekolah Agama Integrasi Pekan Beranang, Selangor Tiap kali aku melintasi sekolah tersebut (untuk pergi KL atau Kajang), kenangan pasti menyanggah ke benak fikiran aku. sebenarnya aku amat merindui suasana ketika belajar di sana, didenda oleh guru, keluar masuk pejabat (almaklumlah ketua muridlah katakan, hehe), berucap ketika mengendalikan perhimpunan, menjalani aktiviti kokurikulum, mewakili sek

Senarai The FP Top 100 Global Thinkers

1. Ben Bernanke CHAIRMAN, FEDERAL RESERVE | WASHINGTON 2. Barack Obama for reimagining America’s role in the world. PRESIDENT | WASHINGTON 3. Zahra Rahnavard for being the brains behind Iran’s Green Revolution and the campaign of her husband, opposition leader Mir Hossein Mousavi. POLITICAL SCIENTIST AND REFORMER | IRAN 4. Nouriel Roubini for accurately forecasting the global financial pandemic. ECONOMIST | NEW YORK UNIVERSITY | NEW YORK 5. Rajendra Pachauri for ending the debate over whether climate change matters. CHAIRMAN, INTERGOVERNMENTAL PANEL ON CLIMATE CHANGE | INDIA 6. Bill Clinton for redefining philanthropy in the modern era. FORMER PRESIDENT | WILLIAM J. CLINTON FOUNDATION | NEW YORK 7. Cass Sunstein and Richard Thaler for taking behavioralism from niche to necessary. WHITE HOUSE POLICY ADVISOR | WASHINGTON ECONOMIST | UNIVERSITY OF CHICAGO | CHICAGO 8. David Petraeus for reshaping the way the U.S. military goes to war. COMMANDER, CENTRAL COMMAND | TAMPA,

Cakap Tentang Poligami

Image
Assalamualaikum.... sedang sibuk melayari hidup di waktu cuti, tiba-tiba terdengar iklan tayangan ulangan Drama arahan Kabir Bhatia di TV3, Nur Kasih. Oh ya..!!! sebut pasal Nur Kasih, aku sering terfikir tentang unsur yang digunakan dalam drama tersebut. Sebenarnya, isu ini timbul sejak aku menonton Filem Terbaik Indonesia 2008, Ayat-ayat Cinta lagi. Sebenarnya kiteka aku menonton AAC, aku rasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang unsur yang digunakan dalam kedua-dua cerita ini iaitu, "Poligami".Secara jujurnya aku hanya mengetahui maksud poligami hanyalah orang lelaki yang berkahwin lebih dari satu. itu sajalah yang aku tahu pada mulanya. Sekarang, aku nak tunjukkan kepada anda dalil berpoligami. Allah telah berfirman dalam Surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: Dan jika kamu takut tidak akan dapat be rlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kem

Ciri-ciri Keunggulan Manusia

Berikut merupakan 5 ciri-ciri keunggulan Manusia. (Berdasarkan Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad, Imam an-Nasai, dan al-Hakim.) CIRI-CIRI KEUNGGULAN MANUSIA 1) Mengenali peta hidup dengan mendampingi al-Quran 2) Memulakan perubahan dengan duit 3) Mengajak serta membantu orang lain kepada kebaikan 4) Berperanan mencegah kemungkaran 5) Mementingkan hubungan baik sesama manusia berlandaskan kebenaran Hayatilah... jadilah manusia yang unggul di sisi manusia dan Tuhan. Mozanuk: akan balik kampung pada hujung minggu ini..

Tudung di negara kita

Assalamualaikum.... kali ini aku nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung?? Kenapa aku pilih tudung?? Ada ke lelaki bercakap pasal tudung???? Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku pilih tajuk ni. Mungkin, tudung ada kaitan dengan Islam, jadi, aku berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita islam di negara kita, Malaysia. Malaysia???? Ya, di negara kita. Sebenarnya aku cuba memfokuskan dulu hal ehwal negara kita sebelum melihat negara luar. Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman : “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” [Al-Quran: Al-Ahzab ayat 59] Namun, sejauh mana Kalam Tuhan ini di

Deklarasi ISLAH 2009

> Deklarasi ini dibuat ketika berlangsungnya Kem Kepemimpinan Pelajar Islam (Islamic Student Leadership Camp 2009) anjuran Al-Faliheen Management pada 8 November 2009. >Deklarasi ini telah disepakati oleh semua peserta ISLAH Camp. > Berikut merupakan kandungan Deklarasi ISLAH 2009: DEKLARASI ISLAH 2009 1) Menubuhkan kesatuan yang menggabungkan peserta ISLAH Camp dalam satu entiti di alam maya ( ISLAH GROUP ). 2) Mengadakan perjumpaan / liqa' wakil setiap sekolah sekurang-kurangnya sekali setahun. 3) Membuat ziarah antara sekolah yang terlibat dalam ISLAH Camp 2009. Mozanuk: Insya-Allah, aku akan berikan komitmen dalam ISLAH Group ini.

Ciri-ciri Pendakwah / Da'ie

Assalamualaikum.... hari ni aku nak beritahu sedikit ciri-ciri seorang pendakwah. Aku memperoleh tips ini dari sebuah buku motivasi. CIRI-CIRI PENDAKWAH > Menurut Imam Sheikh Muhammad Abduh 1) Mempunyai pengetahuan yang sempurna 2) Mengetahui suasana masyarakat setempat 3) Mengetahui ilmu: - Politik - Sejarah - Geografi - Akhlak - Sosiologi - Psikologi 4) Mengetahui kesenian dan kebudayaan 5) Menguasai kemahiran bahasa 6) Pandai membuat perbandingan Agama > Tambahan oleh Prof Dr Hamka 7) Mempunyai kefasihan berkata-kata 8) Berani menyatakan pendapat 9) Kebebasan berfikir 10) Bebas daripada taklid 11) Mempunyai pertimbangan sendiri 12) Berani berkorban dan menderita Mozanuk: Ada ke pendakwah di Malaysia yang mempnyai ciri-ciri seperti di atas??

Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan | sekolahku nan tercinta

Image
Assalamualaikum... hari ini aku nak menghebahkan kepada umum, sekolah aku. Kelas Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan pengambilan pertama pelajar seramai 17 orang dan dikendalikan oleh 2 orang guru. Idea penubuhan Kelas Tahfiz ini datang dari Menteri Besar Negeri Sembilan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di negeri ini khususnya dan di Malaysia amnya. Kelas Tahfiz ini telah dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pada awalnya kelas ini ditempatkan di Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan. Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membina kompleks khas bagi menempatkan pelajar untuk memberikan keselesaan dan memberi lebih banyak peluang belajar kepada anak-anak Negeri Sembilan berdasarkan kesedaran ibu bapa dan orang ramai betapa pentingnya pendidikan Al-Quran pada masa ini seiring dengan kemajuan sains dan teknolog

50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia

Image
Kehadiran mereka dalam sejarah dunia bukan kehadiran 'biasa-biasa'. Kehadiran mereka mengubah dunia, mengembalikan sinar harapan umat, bagi menyaksikan umat Islam kembali dihormati, dimartabatkan sebagai khaira ummah yang diidam-idamkan. Sumbangan dan pengorbanan mereka mewakili tawa dan rintihan umat, sepertimana kehilangan mereka juga meninggalkan bekas yang mendalam dalam sanubari umat. Mereka adalah permata yang menyinari sepanjang zaman, menyuluh jalan generasi hadapan kembali ke pangkuan Tuhan, menuju ke alam akhirat yang dijanjikan. Mereka adalah pejuang, mujaddid, ulama dan tokoh intelektual terbilang. Pencetus perubahan demi kejayaan dan kegemilangan Islam. KANDUNGAN Bahagian 1: Tokoh Intelektual 1- Muhammad Iqbal 2- Badi'uzzaman Sa'id Nursi 3- Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba) 4- Mustafa As-Siba'ie 5- Sayyid Sabiq 6- Ahmad Hussein Deedat 7- Fazlur Rahman 8- Ismail A-Faruqi 9- Zulkifli Muhammad 10- Kalim Siddiqui 11- Syed Muhammad Naquib Al-Attas 12-

Salam Perkenalan

Assalamualaikum......... Salam perkenalan kepada semua, hari ini merupakan kali pertama saya ber'blogging' jadi, salah dan silap adalah perkara biasa.... buat permulaannya, saya meletakkan beberapa informasi terkini bersesuaian dengan isu-isu terkini. semoga anda dapat sedikit sebanyak maklumat daripadanya.....