Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, March 21, 2010

Pendidikan seks. Xde alternatif lain ker????

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Baru2 ni, aku ada dengar pendidikan seks akan dibawa masuk ke dalam sekolah. Dilaporkan bahawa pendidikan seks ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penerangan kepada remaja tentang seks. Bagus sangat lah tu…..Tapi, pada pendapat aku, pendidikan seks ni x payah buat pun xpe. Buat menghabiskan duit je. Aku cadangkan cam nila, ape kate kerajaan perkukuhkan pendidikan islam dan pendidikan moral. lagi bagus. Wajibkan semua pelajar mesti mengambil subjek tersebut. Masukkan elemen pendidikan seks dalam subjek ni. Pendidikan islam ni patut diterangkan implikasi2 sekiranya melakukan seks terlarang dari konteks dunia dan akhirat. Penerapan ini sudah cukup memadai. Selebihnya, ibu bapa, guru, masyarakat setempat perlu memainkan peranan dalam mencegah kemelesetan akhlak remaja kini. Semenjak dua menjak ni, banyak kes melibatkan pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan yg berrkaitan ngan bayi. Sedih, geram , semua ada. Mula2, bermadu kasih, pastu, berpegangan, pastu, tuuuuttttt…. Pastu mengandung, then, bersalin(ade tu gugurkan kandungan), pastu bunuh….. banyak tul dosa sape yg buat tu… bawa2 lah bertaubat. Ape nak jadilah ngan dunia sekarang ni???? Nak kata Malaysia ni Negara Islam, ya, betul. Siap dapat Negara islam contoh lagi…. Tapi… ish2….. sedih aku……
Share:

Thursday, March 18, 2010

Lawatan ke MTN Pahang

Kuantan, 20 Feb – Baru-baru ini, Institut tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) telah mengadakan Ziarah Ilmiah dengan menghantar seramai ?? orang peserta (x ingat) yang terdiri daripada para guru, pelajar Tahfiz 3, Pelajar tahfiz 5, dan mahasiswa ITQAN ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).

Antara objektif lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru dari ITQAN dengan MTNP. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan bagi melihat suasana tahfiz di sana serta mengambil input-input yang dapat dipraktikkan di ITQAN selain bertukar-tukar pandangan dan pendapat bagi memantapkan kedua-dua buah institusi.Selain daripada itu, lawatan ini juga bertujuan bagi mem’bongkar’ rahsia kecemerlanagn MTNP sebagaimana maklum, MTNP telah mendapat Tempat Kedua PMR Terbaik Kebangsaan 2009 bagi Kategori Sekolah Bukan Kementerian.

Bertolak dari ITQAN seawall 5.30 am, para peserta yang turut disertai 9 orang peserta cilik menuju ke kuantan dengan menaiki 2 buah bas. Tiba di kampung Tengah Gemencheh, para peserta solat subuh berjemaah di Masjid kampung Tengah. Solat Subuh tersebut diimamkan oleh Sheikh Mahmoud Ibrahim Khedr yang trut mengikuti lawatan ini. Setelah solat selesai, para peserta dibekalkan sebotol air mineral dan dua bungkus roti untuk mengisi perut.

Perjalanan diteruskan ke kuantan sehingga jam menunjukkan pukul 10.40 am. Setibanya di lobi pentadbiran, para peserta disambut meriah oleh pihak pentadbiran MTNP dan beberapa wakilpelajar di sana. Kemudian, para peserta dibawa ke Dewan Musolla untuk menghadiri Taklimat Akademik MTNP. Ketika majlis berlangsung, para peserta diberikan tayangan video korporat MTNP, mendengar ucapan pengetua ITQAN dan pengarah MTNP serta ditayangkan pertunjukan slaid mengenai analisis akademik di MTNP. Seterusnya, para peserta diberi peluang oleh piha MTNP untuk mengajukan beberapa soalan kepada pihak MTNP.

Tepat jam 1.00 tengah hari, para peserta dibawa ke Dewan Makan bagi menjamu selera tengah hari. Seterusnya, para peserta solat berjemaah zohor dan asar secara jamak dan qasar di Dewan Musolla.

Jam yang berikutnya, para peserta bertolak menuju pinggir sungai kuantan. Menyelusri sunagi Kuantan yang penuh dengan sejarah memberi makan tersendiri kepada setiap peserta. Setelah hampir 3 jam berada di pinggir sungai kuantan, para peserta pulang semula ke MTNP bagi menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak antara MTNP dan ITQAN.

Jam 5.45 pm, perlawanan persahabatan bola sepak antara ITQAN dan MTNP berlangsung. Pemain ITQAN yang terdiri daripada pelajar Tahfiz 5 bermain dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mereka akhirnya akur dengan keputusan seri 0-0.

Jam 7 malam, para peserta bertolak untuk pulang ke ITQAN. Setiba di pusat Bandar Kuantan, para peserta berhenti seketika sehingga 7.40 malam di Masjid Negeri, Masjid Sultan Ahmad 1 untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah secara jamak dan qasar. Bas akhirnya tiba di ITQAN pada pukul 1.30 pagi setelah behenti dua kali di pekan dan Bandar Muadzam Shah.

Sementara itu, ketika sesi Taklimat Akademik pada sebelah pagi berlangsung, Pengetua ITQAN, Tuan Haji Zamani Ibrahim berkata pihak ITQAN dengan sukacitanya akan belajar dengan MTNP dalam bidang akademik dan akan sentiasa mewujudkan persiangan pada peringkat diploma.

Hadir sama dalam Taklimat Akademik tersebut ialah Pengarah MTNP, Datuk Zulkifli Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Akademik MTNP, KPP Hal Ehwal Pelajar MTNP, Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Pelajar ITQAN, Ketua Panitia Tahfiz ITQAN, guru-guru dan para peserta dari ITQAN.
Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi