Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Saturday, December 31, 2011

ZahirulOnline di-'review' ???

Ucapan terima kasih kepada Si Budak Banjir kerana telah membuat sebuah review tentang blogku yang tidak seberapa ini. :)

Ya, aku telah direview dan dikritik sedikit oleh beliau. Biasalah, bila direview, pastinya ada sedikit teguran yang membina, betul tak? :)

Gambar tiada kaitan dengan blog beliau


Komentar Aku:

1. Budak Banjir memang suka ambil hati kawan.

2. Blog ini memang untuk perkongsian pendapat dan pandangan daripada saya, yang di pandang dari sudut logik saya, di samping merujuk serba sedikit pada kitab-kitab agama, termasuklah Al-Quran.

3. Entri tentang hari lahir beliau, memang aku buatkan khas untuk beliau. (*alasannya: dia lahir ketika orang semua cuti, jadi, memang ramai la akan wish. Jadi, aku ambil kesempatan untuk membuat kelainan kepada beliau pada ulang tahun kelahiran ke-18 beliau. ^_^)
Petikan blog beliau:
Paling aku terharu time dia buat post pasal birthday aku. Melonjak sana sini aku baca. Dia punya terharu sampai sedaya-upaya aku cuba berusaha untuk nangis. Malangnya, tidak!
4. Yang pasal peraturan tu, lumrah la, mana-mana blogpun ada juga yang buat. Ia berfungsi sebagai declaimer (betul ke ejaan ni. =.=') la...

5. Nak tahu arikel sebenar: jom baca beliau punya blog di:
http://afdhalfikri.blogspot.com/2011/12/blogger-hot-2-18.html

P/s: Selamat Tahun Baharu 2012 !!
Share:

Thursday, December 29, 2011

Giveaway Akhir Tahun | by Jieda

Giveaway Akhir Tahun by Jieda
Menjelang Akhir tahun, pasti ramai yang membuat segmen di blog  masing. Jadi, kali ini, aku juga ingin menyertai Giveaway Akhir Tahun daripada blog Jieda


Kepada sesiapa yang mahu sertai, jom join. klik pada gambar ^^

#Kepada yang ingin sertai BlogList Kasi Habis ZahirulOnline, jom join. Klik pautan di bawah  :)

(BLOGLIST KASI HABIS) < sebelum akhir tahun ^^
Share:

Wednesday, December 28, 2011

Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah

Memasuki dunia remaja dan memakai gelaran siswa, memang sudah mula aku kurang komitmen pada sahabat. Benarkah? Mungkin betul. :) Jadi, solusinya, aku lebih suka menyertai usrah. Ya, Usrah  adalah solusinya.
JOM USRAH =)


Dengan Usrah, aku dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terbina sejak lebih 5 tahun. Bukan sekadar perkukuh ukhuwah, tetapi mendapat semangat daripadanya. Semangat apa? Mahu tahu? Hanya yang menyertainya sahaja yang mengetahuinya. hehe.. =)

Maka, terdengarlah ke telingaku kata-kata seperti di bawah ini...

"Eh kau, aku tak usrah pun ok je.... kitorang #sahabatseumurhidup tau"
"Alah kau, bajet je... usrah la konon. pi mam*** la.. ~"
"Weh, tak payah nak tarbiyah sangat la kan~"
"Kecoh tol dengan usrah eh~"


Ok, memang aku kecoh, memang aku sibuk, memang aku semua yang kau cakap, so what?? haha...


Aku hanya mampu tersenyum pada zahirnya, berbicara kesal secara batinnya. (^_^). Betul pepatah kata, *takkan arkitek boleh rawat manusia (oke, maybe tu peribahasa tak formal...hehe...). Maksudnya lebih kurang begini, orang yang bukan bidang, tak tahu apa-apa mengenai sesuatu yang bukan dalam bidangnya. Jadi, seseorang yang tak masuk/sertai usrah, tak kan tahu apa yang menariknya usrah ni, betul?

Kawan & Sahabat: Bezakah?

Kawan dan Sahabat memang berlainan. Perbezaan yang amat ketara.
Kawan: seseorang yang menjadi teman kita dikala senang, yang boleh membuatkan kita gembira. tanpa dia kita sunyi.
Sahabat: seseorang yang menjadi dampingan kita di kala senang dan susah. Ketika senang, dia turut gembira. Jika sedih, sama-sama merasainya. Tanpa dia, kita tiada guna.

OK, terpulanglah kepada kalian untuk mendefinisikan kawan dan sahabat ini. :)


Apa itu Usrah?

Pada mulanya, aku pun tertanya apa itu Usrah? Seperti sangkaan mulaku, aku menakrifkan usrah itu hanya sekadar duduk, dan menadah telinga. :D *oke, aku memang taktahu apa-apa time tu.

Usrah ialah Keluarga. Persaudaraan atas dasar Iman.  Ya, Ikatan atas dasar iman itu lebih kuat, teguh berbanding ikatan atas dasar nasab.

Usrah itu Pertemuan. Mas'ul ku berbicara, perkara yang penting dalam usrah adalah pertemuan. Dengan pertemuan, kita tahu masalah ahli usrah kita. Dengan pertemuan, kita dapat sama-sama menyelesaikan masalah. Justeru, ketika ada masalah, jangan 'lari' dari usrah !  Datanglah usrah, luahkan masalah, sama-sama kita bantu untuk selesaikannya. :)

Usrah itu Pembelajaran. Usrah yang sebenar bermula daripada selepas kita menutup perjumpaan dengan tasbih kafarah. :) Ia adalah Praktikal. Islam itu agama yang realistik, bukan sekadar idealistik. Bukan pada teori semata-mata, tetapi juga pada praktikal (amal). Jadi, resolusi sesebuah usrah iu dapat dinilai sepanjang kehidupan kita. :)

Ciri-ciri Utama Usrah
Ciri-ciri utama dalam Usrah yang perlu kita tahu ada 3 ciri utama... :)

1. Taaruf (Pengenalan).

Usrah itu Berkenal-kenalan. Berkenalan dan mengenali sahabat seusrah dengan lebih mendalam. Bak kata pepatah, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Ciri pertama ini sebenarnya mengambil intipati daripada firman Allah:

"Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara..."
- [Al-Hujurat: 10]

"Dan berpeganglah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."
- [Ali Imran: 103]

Dengan berusrah, kita dapat mengenali ahli usrah dengan lebih dekat, ketahui masalah mereka, dan bersama menyelesaikannya. ^_^

2. Tafahum (Pemahaman / Faham)

Elemen Tafahum pula amat diperlukan dalam sesebuah usrah. Dengan FAHAM, kita dapat memahami bahawa setiap daripada kita faham akan kehidupan di Dunia ini. Apakah matlamat kehidupan? Di manakah kita selepas ini? dan kita sebagai manusia, tidak akan terlepas dariada membuat kesilapan. Jadi, sebagai pembuat salah, kita perlu mendapatkan nasihat @ terima dan bersedia untuk dinasihati oleh sahabat kita.
*insya-Allah, manusia memang tak terlepas daripada membuat silap


Mengenai faham dalam Islam, Imam Hasan Al-Banna telah merumuskan konsep FAHAM kepada 20 usul utama, atau lebih dikenali sebagai Usul Isyrin. huraiannya di sini [KLIK SINI]

3. Takaful (Tolong-menolong)

Dengan konsep takaful, maka sahabat se-Usrah dapat tolong-menolong antara satu sama lain dalam segala perkara, sama  ada bimbingan rohani, bantuan tenaga juga sumbangan berbentuk wang. :)

Firman Allah:
"Bantu-membantulah antara kamu atas urusan kebaikan dan taqwa, dan janganlah pula kamu bersubahat membantu dalam perkara dosa, dan keji.
- [Al-Maidah:2]

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka, itulah dia ketiga-tiga ciri utama yang ada dalam Usrah. Bukan sekadar menimba ilmu, tapi membentuk fikrah. Fikrah Islam, fikrah yang syumul merangkumi semua aspek, sama-ada siasah, iktisad, dan kemasyarakatan.
Kesimpulannya, Ayuh Berusrah ! Ayuh Memperkukuh Ukhuwah Melalui Usrah =)
Share:

Tuesday, December 27, 2011

Sanah Helwah Sahabat !!!

Entri ini dibuat KHAS untuk sahabat saya di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri sembilan yang juga merupakan rakan blogger saya. Hari ini (27 Disember 2011) adalah hari ulangtahun kelahiran beliau !!! Beliau adalah:


AFDHALFIKRI
(Budak Banjir)


Bercakap tentang beliau, sebenarnya beliau mempunyai sebuah delegasi pemikiran yang kreatif. Ya, mungkin kadang2 (bukan kadang2, tapi selalu) beliau bertindak @ berfikir dengan pelik, tapi kadag2 pelik beliau 'boleh pakai la juga'.

Laman Blog beliau boleh diakses di sini: http://afdhalfikri.blogspot.com

Afdhal @ Pelik, Ucapan aku untuk kau :


Selamat hari lahir ke-18. Moga menjadi sahabat dunia akhirat. :D
Semoga amalan kita bersama bertambah dari masa ke masa seiring pertambahan usia kita. 
^^

Nah kek hari jadi kau. haha*
Sori, tak sempat buat. bhahaha... :P

beb, terharu tak? bhahaha.....


# Jom pakat2 sokong dia dalam dunia blog ni. :)
Share:

Monday, December 26, 2011

Kenangan 2011 #Manis?

Asssalamualaikum w.b.t.

Malam-malam begini, suka saya berkongsi pengalaman dan gambar yang sempat diambil sepanjang tahun ini. :)

Setiap daripada kita pasti ada kenangn manis yang tersendiri. maka, saya juga mempunyai kenangan indah tahun ini. :)

Berikut adalah antara peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sepanjang tahun ini.. (*tak ikut urutan masa)

MANIS ^^

1) Dapat mak saudara baru. ^^ Puan Mashitah Ahmad
*aku hanya seorang penangkap gambar.
Selepas akad nikah ::Afizan Annuar & Mashitah Ahmad


2) Kembara Ibnu Battutah 2011 (Rombongan lawatan ke Kuching ^^)
Pengalaman pertama saya ke Kuching, Sarawak !!!

Dalam Kapal Terbang Firefly ^^ (Saya (berkopiah) bersama Aslam (kiri) dan Abdullah (kanan)^^)

3) Lawatan ke MITIB Klang. :)
Jumpa kawan lama. Muzammil Murad.

Duduk bersebelahan Izzat Qiwam, pemuda hebat ^^

4) Kem Sinergi 2011 anjuran KUIM, Melaka. Di buat di Saujana Asahan Ledang Melaka.
#bertemu Ustaz Don Daniyal Don Beyajid

Bergambar bersama Ustaz Don Daniyal. ^^


5) Ekspedisi Ilmu III anjuran UBK ITQAN 2011
*Ikhtiar Hidup - proses bagaiman hidup mencari rezeki dengan hanya berbekalkan RM5 !!
#muhasabahdirikitabetapakitatidakbersyukur

Bergambar di belakang kedai *selepas membasuh pinggan mangkuk kedai :)


Antara yang termanis dalam hidup saya sepanjang tahun ini. :)) anda pula?

#Sebaik-baik perancangan adalah Perancangan ALLAH. Maka, redhalah atas kurniaannya. :)
Share:

Friday, December 23, 2011

Monolog 1

Ramai Marah, Sedikit Diam

Kenapa ya? Ramai orang melenting bila bendera diturunkan, tetapi membisu bila harga barang dinaikkan.



Kenapa ya? Ramai yang marah bila tak sertai himpunan selematakan aqidah, tetapi membisu bila pendidikan agama tidak diterapkan dan dijadikan subjek wajib-lulus.



Kenapa ya? Ramai yang bangga dengan kutipan zakat tertinggi dan terbanyak, tapi tak ramai yang tahu ke manakah duit zakat itu disalurkan sebaiknya.



Kenapa ya? Ramai yang marah bila masjid disimbah cat merah, tapi tak ramai yang komplen dengan pengurusan masjid yang memang tak cekap !



Kenapa ya? Ramai yang suruh guru bekerja 9 jam sehari, tapi tak ramai tahu apa tugas sebenar seorang guru !



Kenapa ya? Ramai yang mengatakan bersyukur kepada Kerajaan kerana telah banyak memberikan sumbangan kepada anda, tapi tak ramai yang bersyukur kepada TUHAN yang menjadi punca segala rezeki di atas dunia ini. !



Kenapa ya? Ramai sangat yang suka memfitnah dan menyembunyikan fakta, tetapi mereka berdiam jika terbukti mereka salah !



Share:

Kutub Sittah | Part V





Biodata Imam Tirmizi
Imam Tirmizi, nama asalnya adalah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmizi ialah seorang perawi hadith dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari.

Beliau menyusun kitab ‘Sunan Al-Tirmizi’ dan ‘Al-Ilal’. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu.

Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami’ Al-Tirmizi/Sunan al-Tirmizi). Ia juga tergolong salah satu Kutub Sittah (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal. Selain itu, beliau turut menulis kitab hadis Shamail al-Muhammadiyah (Kesempurnaan Rasulullah)

Saya kurang memperoleh maklumat lanjut tentang Kitab Sunan Al-Tirmizi . Sekiranya saya menemuinya, insya-Allah akan dikkemaskini. ^_^
Share:

Thursday, December 22, 2011

Siasah: Mencari Logika

Siasah Nasional bergegar kembali ! Saya tak mahu melontarkan sebarang respon. Namun hakikatnya saya pelik. Pelik dengan situasi yang semakin memeningkan kepala saya. Hish ! Siasah, siasah, siasah.....





Bayangkan andaian daripada cerita di bawah :

Tuan Haji Husain Ahmad, Pengetua Kolej Sinar Rembau, Negeri Sembilan telah menyertai sebuah konvensyen yang diberi nama Konvensyen Kolej Sinar Kebangsaan. Konvensyen tersebut telah berjaya mengumpulkan kesemua pengetua Kolej Sinar yang berada di dalam mahupun luar Negara. Dari konvensyen tersebut, beliau telah mengenali ramai pengetua-pengetua Kolej Sinar dari daerah lain, negeri-negeri lain, malah dari Negara serantau. Antaranya, Datuk Ahmad Dali dari Kemaman, Terengganu, Dr Abu Naufal Abdullah (Baling, Kedah), Tuan Indera Putraman (Acheh, Indonesia) dan ramai lain. Konvensyen tersebut juga turut dihadiri oleh agamawan dan professionalis hebat.


Antara resolusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut adalah:
menubuhkan Sekretariat Kolej Sinar Serantau (KoSiS)


Justeru, mesyuarat pertama KoSiS telah menetapkan bahawa Tuan Haji Husain Ahmad sebagai Ahli Jawatankuasa Pembangunan Akademik Serantau KoSiS. Beliau antara 4 orang yang terpilih mewakili Negara dan Negeri Sembilan


Jadi, seharusnya beliau perlu tahu bahawa beliau merupakan....:

1. wakil kepada Kolej Sinar Rembau
2. wakil bagi Negeri Sembilan
3. wakil Kebangsaan dalam KoSiS



Walau tinggi mana sekalipun jawatan yang akan disandang beliau, beliau perlu ingat bahawa beliau masih lagi


PENGETUA KOLEJ SINAR REMBAU, NEGERI SEMBILAN


#pelik dan sedih saya tatkala ada pemimpin tidak menyedari yang beliau merupakan wakil kepada partinya.
:'(
Share:

Wednesday, December 21, 2011

Kutub Sittah | Part IV


Gambar Hiasan | Situasi ketika Talaqqi Kitab


Kitab Sunan Nasaie
As-Sunan As-Sughra juga dikenali sebagai Sunan Nasaie atau Al-Mujtaba ialah salah satu daripada enam kitab hadith utama Ahli Sunnah wa Jamaah, dan telah dikumpul oleh Imam Nasaie. Ahli Sunnah Wa Jamaah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadith utama mereka.

Kitab Al-Sunan Al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadith (termasuk Mukarrar (riwayat berulang)) yang dipilih oleh Imam Nasaie daripada karya utamanya, Al-Sunan Al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadith hasan di samping hadith sahih


Biodata Imam Nasaie
Imam Nasaie, nama lengkapnya Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syuaib bin Ali al-Nasaie adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama Imam Nasaie kerana dinisbahkan dengan Kota Nasaie, salah satu kota di Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215H. Beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Safar 303H
di Palestin dan beliau dikuburkan di Baitul Maqdis

Beliau menerima hadith daripada tokoh ulama ahli hadith yang berada di Khurasan, Hijaz, Iraq, Mesir, Syria, dan Semenanjung Arab. Beliau termasuk di antara ulama yang ahli dalam bidang ini dan kerana ketinggian sanad hadithnya. Beliau lebih kuat hafalannya menurut para ulama ahli hadits dari Imam Muslim dan kitab Sunan Nasaie lebih sedikit hadith daifnya (lemah) selepas Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Karangan-karangan beliau antaranya ialah, Sunan Kubra, Sunan Sughra (kitab ini merupakan bentuk perampingan dari kitab Sunan Kubra, Al-Khasais, Fadhail Al-Sahabah, dan Al-Manasik. Menurut sebuah keterangan yang diberikan oleh Imam Ibn Athir Al-Jazari dalam kitabnya Jami’ Al-Usul, kitab ini disusun berdasarkan pandangan-pandangan fiqh mazhab Shafie.


Imam Nasaie sangat teliti dalam menapis hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama, Sunan Kubra. Oleh kerana itu, banyak ulama bercakap “Kedudukan kitab Sunan Sughra di bawah martabat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Pada dua kitab terakhir, sedikit sekali hadis dhaif yang terdapat di dalamnya”.


Kerana hadith yang termuat di dalam kitab kedua, Sunan Sughra merupakan hadith-hadith pilihan yang telah disisih dengan ketat, maka kitab ini juga dinamakan Al-Mujtaba. Pengertian Al-Mujtaba bersinonim dengan Al-Mokhtar (yang terpilih), kerana memang kitab ini berisi hadis-hadis pilihan, hadis-hadis hasil sisihan dari kitab Sunan Kubra.
Share:

Thursday, December 15, 2011

[Video] Sembang Rakyat VS Oley~

Assalamualaikum w.b.t semua =)

Politik Malaysia kembali gempar ! Bahang Pilihanraya Umum ke-13 makin terasa. Namun bilakah ianya bakal menjelma? Apa yang pasti, semua rakyat setia menanti pengumumannya.
*terdetik juga, kenapa ya tarikh PRU tidak ditetapkan / diumumkan awal??




Dan terbaru, isu HUDUD kembali diperkata. Bukan dibuat oleh sidang media, mahupun akhbar (*isu perdana mengenai Hudud telah kembali sunyi setelah enakmen syariah telah diwartakan.), tetapi ia kembali hangat digembar-gemburkan di laman Youtube ! Perang Hudud kini lebih sengit. Namun, yang mengeceakan kita adalah dek kerana tidak setuju dengan pelaksanaan Hudud, ada yang sanggup mempertikaikan kewibawaan hukum Allah ini.

Terbaru, Sembang Rakyat (bukanlah mewakili rakyat Malaysia sebenarnya) telah menerbitkan 2 buah filem pendek tentang borak-borak warung kopi mengenai Hudud. Jom tengok !!

Filem 1: Musim Hudud

Filem 2: Lagi Hudud



Puas tengok? Sumpah ! Saya tidak kisah jika ingin mengutuk PAS, tetapi jangan sampai kita mengutuk Hukum Allah ! Kenapa memperlekehkan PAS dalam menegakkan hukum tersebut? Sepatutnya kita malu dengan Parti tersebut, setidak-tidaknya ada yang mereka ada untuk Islam, sedangkan kita?
*tanya iman kita , walaupun hanya sekelumit sahaja iman kita !


Justeru, Pihak Solidariti Muslim Prihatin dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menerbitkan sebuah filem pendek bagi menjawab segala kekeliruan yang telah ditimbulkan pihak Sembang Rakyat  . Tajuknya : Oley~
Menampilkan:
Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ILMAM
Ustaz Syed Abdul Kader Aljoofree, Panel Tanyalah Ustaz TV9
Ustaz Riduan Mohamad Nor, Muslim Care
Ustaz Imran Al-Malizi, Penceramah Bebas
Bob Lokman, Bekas Selebriti/Penceramah bebas
Mat Luthfi, Vlogger
Man John, Artis Rock 80-an


Jom Tengok !



Jadi, ingat pada diri sendiri, Jadilah UNSUNG HERO, Jangan Jadi TOXIC PEOPLE !

Biar jadi hero yang tidak diiktiraf, tapi jangan jadi orang yang merosakkan fikiran orang lain ! sekian, sehngga bertemu lagi, wassalam. =)

Takbir !

Share:

Friday, December 09, 2011

Jom Solat Gerhana Bulan !!!

Assalamualaikum w.b.t. semua =)






Insya-Allah, kita akan melalui peristiwa gerhana bulan esok (10 Disember 2011 bersamaan 15 Muharam 1433H). Justeru, ada beberapa rakan-rakan saya meminta agar saya menerbitkan entri berkaitan solat gerhana bulan. Terus saya merujuk beberapa sumber dan berikut adalah hasilnya.


Solat Gerhana Bulan


Nama:
Solat Gerhana Bulan, dalam bahasa Arab dipanggil Al-Khusuf.


Hukum melakukannya:
Sunat Muakkad. Sebagaimana Hadith Baginda s.a.w, mafhumnya:

"Sesungguhnya Matahari dan Bulan adalah dua tanda kebesaran Allah Taala. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan kerana hidupnya seseorang. Oleh itu, apabila kamu melihat gerhana berlaku, maka bersolat dan berdoalah sehingga hilang apa yang berlaku (menimpa) kamu iaitu bala kegelapan." - [Hadith Riwayat Muslim]


Kaedah solat:
Disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya:
As-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)


Cara Solat:
Saya memberikan kepada anda cara yang minimum. Cara yang mudah untuk semua. Perlu diingatkan di sini bahawa cara sebegini kurang memperoleh fadhilat yang sempurna kerana berlawanan dengan apa yang nabi lakukan. Namun, solatnya tetap sah. :)



Cara-caranya.

Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana Bulan
  2. Takbiratul Ihram
  3. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  4. Rukuk
  5. Iktidal
  6. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  7. Rukuk
  8. Iktidal.
  9. Sujud
  10. Duduk antara Dua Sujud
  11. Sujud

Rakaat kedua
  1. Qiyam Peralihan rakaat.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. Iktidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. Iktidal.
  8. Sujud
  9. Duduk Antara Dua Sujud
  10. Sujud
  11. Tahiyyat Akhir
  12. Salam

Apabila solat telah sempurna, maka Imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah. Sama seperti dua Khutbah Jumaat dengan mendorong jemaah bertaubat dan melakukan kebaikan serta memberi peringatan agar tidak lalai dan terpedaya.

* Solat Gerhana Bulan dinyaringkan bacaan ketika bacaan Al-Fatihah dan surah.
* Disunatkan mandi untuk menunaikan solat gerhana. Sucikan diri dan hati. :)

Alhamdulillah, berikut yang di atas merupakan informasi mengenai Solat Gerhana Bulan. Moga bermanfaat.

Sumber: Fiqhul Manhaji Al-Shafie Jilid 1, terbitan Darul Fajr.
Share:

Kutub Sittah | Part III


Assalamualaikum w.b.t. ! Pihak kami memohon kemaafan atas kelewatan menge'post' entri di blog ini. Justeru, kami kembali menyambung informasi berkenaan Kutub Sittah.

Teruskan bersama ZahirulOnline !

Sambungan daripada Kutub Sittah | Part II

Sekadar Hiasan | Membaca Jambatan Ilmu


Kitab Sahih Muslim
Sahih Muslim (Tajuk sebenar: Al-Musnad Al-Sahih bi Naqli Al-Adl) ialah salah satu dari enam kitab hadith dalam Islam mazhab Ahli Sunnah wa Jamaah. Kitab ini yang disusun oleh Imam Muslim, merupakan salah satu dari dua kitab yang paling sahih dan murni selepas al-Quran, bersama dengan Sahih Bukhari. Kedua-dua kitab sahih ini diterima oleh segenap umat Islam.

Imam Muslim telah mengerahkan seluruh kemampuannya untuk meneliti dan mempelajari keadaan para perawi, menyaring hadith-hadith yang diriwayatkan, membandingkan riwayat-riwayat itu satu sama lain. Imam Muslim sangat teliti dan hati-hati dalam menggunakan lafaz-lafaz, dan selalu memberikan isyarat tentang adanya perbezaan antara lafaz-lafaz itu. Dengan usaha yang sedemikian rupa, maka lahirlah kitab sahihnya.

Bukti mengenai keagungan kitab itu ialah suatu kenyataan, di mana Imam Muslim menyaring isi kitabnya dari ribuan riwayat yang pernah didengarnya. Diceritakan, bahawa beliau pernah berkata: "Aku susun kitab sahih ini yang disaring dari 300,000 hadith."

Diriwayatkan dari Ahmad bin Salamah rhm, yang berkata:
"Aku menulis bersama Imam Muslim untuk menyusun kitab sahihnya itu selama 15 tahun. Kitab itu berisi 12,000 buah hadith.”

Dalam pada itu, Ibn Salah menyebutkan dari Abi Quraisy al-Hafiz, bahawa jumlah hadith Sahih Muslim itu sebanyak 4,000 buah hadith. Kedua-dua pendapat tersebut dapat kita fahami, bahawa pengiraan pertama memasukkan hadith-hadith yang berulang-ulang penyebutannya, sedangkan pengiraan kedua hanya menghitung hadith-hadith yang tidak disebutkan berulang.

Imam Muslim berkata di dalam Sahihnya:
"Tidak setiap hadith yang sahih menurutku, aku cantumkan di sini (dalam Sahihnya). Aku hanya mencantumkan hadith-hadith yang telah disepakati oleh para ulama hadith."

Beliau juga pernah berkata, sebagai ungkapan gembira atas kurnia Allah yang diterimanya:
"Apabila penduduk bumi ini menulis hadith selama 200 tahun, maka usaha mereka hanya akan berputar-putar di sekitar kitab musnad ini."

Ketelitian Imam Muslim terhadap hadith yang diriwayatkan dalam Sahihnya dapat dilihat dari perkataannya sebagai berikut:
"Tidaklah aku mencantumkan sesuatu hadith dalam kitabku ini, melainkan dengan alasan; juga tiada aku menggugurkan sesuatu hadith daripadanya melainkan dengan alasan pula."

Imam Muslim di dalam penulisan Sahihnya tidak membuat judul setiap bab secara terperinci. Adapun judul-judul kitab dan bab yang kita dapati pada sebahagian naskhah Sahih Muslim yang sudah dicetak, sebenarnya dibuat oleh para pengulas yang datang selepas itu. Di antara pengulas yang paling baik membuatkan judul-judul bab dan sistematik babnya adalah Imam Nawawi dalam Syarahnya.


Biodata Imam Muslim
Abu Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Qushairi al-Naisaburi, pengarang bagi kumpulan hadith kedua penting dalam Islam mazhab Ahli Sunnah Wa Jamaah, Sahih Muslim. Beliau juga dikenali secara ringkasnya sebagai "Imam Muslim." Dilahirkan di Naisabur (Nishapur), Iran dan berketurunan Arab Qushair

Karya:
Sahih Muslim
Al-Tamyiz

Dari laman-laman blog/ website di Google.
Antaranya Wikipedia. =)
Share:

Saturday, December 03, 2011

Ayuh Sebarkan Cinta !



AYUH SEBARKAN CINTA
Oleh: Putera Madani




Alhamdulillah, bertemu kita dalam makalah daripada saya. Fokus kita kali ini cenderung ke arah isu remaja, CINTA. Jika ditanya tentang cinta kepada saya, jawapan saya mudah. Saya berpegang kepada satu pendapat yang saya rasakan mudah difahami oleh umum. Berpegang pada satu pendapat bukan bereti saya taklid buta, namun saya mengambil pendapat tersebut atas dasar formula yang diberikan amat sesuai dan boleh diterima oleh akal yang manusiawi. Imam Hasan Al-Banna turut menegaskan bahawa pendapat seseorang imam itu dalam sesuatu perkara yang tiada nas atau nas yang mempunyai pendapat umum dan dalam soal kepentingan umum adalah harus dan boleh dilaksanakan selagi mana ia tidak bertentangan dengan asas syarak [1].

BAHAGIAN CINTA
Pendapat yang saya ambil merupakan rumusan cinta daripada Sheikh Ibnu al-Qayyim al-Jauziy rahimahullah. Beliau memecahkan cinta kepada dua ketegori; yang dibenarkan dan tidak dibenarkan [2].

Cinta yang dibenarkan adalah seperti berikut:

1)    Cinta kepada Allah (Al-Hubb Ila Allah)
Inilah cinta agung dan cinta utama yang perlu dikecapi oleh setiap manusia yang manusiawi. Jadilah insan yang mendapat perhatian Ilahi. Menjadi fitrah kepada manusia untuk mengejar cinta khususnya cinta Sang Pencipta Cinta.

2)    Cinta apa yang dicintai oleh Allah (Al-Hubb ma yuhibbu Allah)
Sebagai mana kita mencintai seorang kekasih, kita turut mencintai apa yang disukai olehnya. Sebagai analogi, Gadis A amat menyukai anak patung Domo, maka kekasihnya mahu tidak mahu turut juga menyukai perkara yang sama sehinggakan memberikan hadiah berupa benda yang disukai oleh gadis tersebut. Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh kita yang berusaha mencari cinta Ilahi, turut juga mesti menyukai perkara yang dicintai Ilahi. Antaranya, malaikat, para rasul dan nabi, Kalamullah dan apa yang terkandung di dalamnya, para ulama yang jelas akidah dan fikrahnya, serta segala perkara baik yang jelas disukai oleh Allah.

3)    Cinta dalam keredhaan Allah (Al-Hubb Fillah)
Mahabbah fillah, cinta kepada manusia atau apa jua benda seperti harta dan kuasa untuk mencapai dan berada dalam lingkungan redha Allah. Cinta inilah yang sering menjadi fokus manusia. Cinta sesuatu kerana Allah. Ada segelintir ulama kontemporari menafsirkan erti ‘cinta sejati’ sebagai mencintai seseorang yang membolehkan seseorang itu lebih hampir dengan Penciptanya. Sebagai contoh, seseorang itu mencintai kekasihnya. Dengan cinta itu, beliau semakin rajin dalam melaksanakan solat di awal waktu secara berjemaah, fokus dalam pelajaran, dan bertambah aktif dalam sukan.

Inilah cinta-cinta yang dibenarkan dan perlu diresapi ketiga-tiganya dalam diri kita sebagai seorang pencari cinta. Tidak boleh hanya mengambil satu; selebihnya ditinggalkan. Ini secara tidak langsung mengurangkan cinta kepada Ilahi. Cintalah Allah, cintalah apa yang dicintai-Nya dan seterusnya rebutlah pula cinta hamba-Nya demi menggapai cinta Sang Pencipta.

Begitu juga sebaliknya, terdapat satu cinta yang ditegah dan perlu dijauhkan daripada kita. Cinta ini digelar ‘Cinta Bersama Allah’ (Mahabbah ma’a Allah). Cinta ini bermaksud mencintai Allah bersama-sama cinta kita kepada makhluk. Ia bukan sahaja menyamatarafkan martabat Khalik dengan Makhluk, malah mungkin boleh melebihkan cinta kepada kekasihnya berbanding cintanya kepada Allah. Cinta ini boleh membawa sang pencinta kepada syirik. Maka, jauhilah ‘Cinta Terlarang’ ini.



JANGAN MALU UNTUK BERTANYA
Fitrah bagi remaja yang sedang meningkat dewasa untuk mendampingi dan mengasihi seseorang yang berlainan jantina. Kepada para pembaca yang budiman, jika berbicara tentang cinta, maka janganlah berasa malu atau segan-segan silu. Kerana pepatah sering menyebut ‘malu bertanya sesat jalan’, malu bertanya tentang cinta, maka kita akan mudah hanyut dalam fitnah-fitnah percintaan. Sedar atau tidak, gejala zina, khalwat dan buang anak adalah bermula dengan cinta. Jadi, mahu tidak mahu janganlah malu bertanya tentang cinta, agar tidak hanyut ditelan arus maksiat.

Banyak persoalan tentang cinta yang diutarakan oleh orang kebanyakan terutama masyarakat negara kita. Contohnya, kini banyak dalam Facebook rasmi penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus sendiri, ramai peminat beliau bertanya tentang subjek cinta ini.

Antara soalan yang boleh saya utarakan ialah:

Soalan: Apa hukum saya pergi menemankan pasangan ‘couple’ berjumpa? Saya sudah memberitahu bahawa ‘couple’ dalah haram. Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan ‘couple’ itu haram.

Jawapan: Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram mengikut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya[3] :

“Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani mahramnya. “
                                                                                                                                                                               (Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya [4]:

“Tidak harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya.”
                                                                                                                                                                               (Hadith Riwayat Muslim)

Imam Nawawi menjelaskan,
Daripada hadith di atas diharamkan berdua-duaan dengan wanita bukan mahram sama ada dalam rumah wanita itu ataupun di mana-mana tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya.

                Jelas daripada dalil-dalil ini, berdua-duaan tanpa nikah itu haram dalam Islam. ‘Couple’ adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum agama.

Khulasahnya, mari bersama-sama kita merebut cinta Khalik yang merupakan cinta utama, sebelum mencintai ciptaan Sang Pencipta Cinta. Ayuh sebarkan cinta!

Rujukan:
[1] Himpunan Risalah Hasan Al-Banna, terbitan Pustaka Salam.
[2] Mutiara Pewaris Nabi, terbitan SynergyMedia
[3] Kitab Syarah Sahih Bukhari, karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani.
[4] Kitab Syarah Sahih Muslim
Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi