Posts

Showing posts from April, 2011

Profil Ringkas ITQAN

Image
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) telah ditubuhkan pada tahun 1991 di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan , Gemencheh dengan nama Kelas Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan. Penubuhannya merupakan hasil cetusan idea mantan Menteri Besar Negeri Sembilan (kini ADUN Pasir Panjang), YB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad . Kelas tersebut ditempatkan di Maahad Ahmadi Negeri Sembilan selama 11 tahun dengan pengambilan pertama seramai 17 orang pelajar. Pengurusan ITQAN dikendalikan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan berada di bawah pentabdiran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan . Pada tahun 2002, Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah membina kompleks khas bernilai RM27 juta yang terletak berhampiran Pekan Gemencheh bagi menempatkan pelajar untuk memberi keselesaan dan membuka lebih banyak peluang belajar kepada anak-anak Negeri Sembilan . Penubuhan ITQAN merupakan adaptasi daripada Maahad Tahfiz Daru

Belajarlah dari Alam

Image
Belajarlah dari Alam. Ia adalah ciptaan langsung (directed creation) dari Tuhan. Bukan barang yang dicipta oleh manusia. Ayuh, kita belajar dari Alam!! Di sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri. Si isteri baru sahaja mengandungkan bayi. Kandungannya baru berusia 3 bulan. Baru lagi... Suatu hari, seperti mana-mana isteri mengandung yang mengidamkan sesuatu, si Isteri meminta agar suaminya untuk membeli sebiji buah Tembikai. Si suami menuruti permintaan Isterinya. Almaklumlah, Isteri mengandung memang macam ni... Kunci diambil, motorsikal dihidupkan. Pergilah seorang suami untuk membelikan sebiji Tembikai untuk isteri tercinta. 10 mint kemudian... Si suami pulang ke rumah dengan buah tembikai yang dibelinya sebentar tadi. Lalu, beliau terus ke dapur, memotong Tembikai tersebut untuk diberikan kepada Isterinya... Tatkala si isteri merasai tembikai tersebut, si isteri mendapati tembikai tersebut tidak manis. Tawar. "Abang, apa ni bang, tawarnya buah ni. tak rasa t