Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, January 27, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012




sekadar sebuah promosi, walaupun tak dapat pergi nanti. :)

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang menghimpunkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “Ummatan Wasata” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – Akidah, Muamalah, Ibadah, Siasah, Dakwah, Tarbiyah, Cara Hidup, Al-Quran dan Hadith.

Tarikh: 18 - 19 Februari 2012
Tempat: Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur

Membariskan ILMUWAN TEMPATAN yang diakui ilmunya seperti:

1. Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Ph.D Syariah, Universiti Sains Malaysia

2. Ustaz Dr. Zahazan Mohamed
Ph.D Balaghatul Quran, Universiti Malaya

3. Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
Ph.D Islamic Studies & Finance, University of Wales, Lampeter

4. Ustaz Hasrizal Abdl Jamil
B.A Pengajian Islam & Syariah, Universiti Mu’tah, Jordan

5. Imam Muda Muhammad Asyraf Muhammad Ridzuan
B.A Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya

6. Abu Anas Madani, Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah

7. Ustaz Dr Maszlee Malik
Ph.D Sanis Politik, University of Durham, United Kingdom

8. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin
M.A Tafsir dan Ulum Al-Quran, Universiti Antarabangsa Madinah

9. Ustaz Izhar Ariff Kashim
M.A Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

10. Ustaz Muhammad Nidzam Abdul Kadir Al-Jarumi
M.A Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

11. Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali Al-Takiri
Ph.D Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

12. Ustaz Mohd Sukki Othman
M.A Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

13. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahman
M.A Usuluddin & Tafsir Al-Quran, Universiti Malaya

14. Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
B.A Syariah, Universiti Islam Madinah

15. Ustaz Haji Mohd Aizam Mas'od
M.A Pemikiran Islam, Universiti Malaya

16. Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Ellias
M.A Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

17. Ustaz Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Ph.D Maqasid Syariah, Universiti Maulai Ismail, Morocco

18. Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Al-Idrus
B.A Pengajian Islam, Universiti Sains & Teknologi, Yaman

Turut menampilkan ILMUWAN ANTARABANGSA yang terkenal dengan ilmunya seperti:

1. Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Ulama Arab Saudi
Pengarang Buku best-seller ‘La Tahzan’

2. Mufti Ismail Musa Menk
Mufti Zimbabwe

Juga menampilkan Juara Akademi Al-Quran seperti:

1. Abdullah Fahmi

2. Anuar Hassin

3. Tarmizi Abd Rahman

Turut mempersembahkan ARTIS TEMPATAN seperti:

1. Sham Kamikaze

2. Akhil Hayy


Anjuran bersama:

1. ILI Dot Com [www.iluvislam.com]

2. www.zaharuddin.net

3. Telaga Biru Sdn Bhd

4. Mantop Training & Consultancy

5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Share:

Sunday, January 22, 2012

Pemimpin : Mukmin Profesional


Konsep kepemimpinan sememangnya perlu dipandang serius dan bukan sambalewa. Ia merupakan antara cabang topik yang amat besar peranannya untuk kelestarian Islam zaman kini. Jika ada segelintir individu atau golongan yang menolak soal kepemimpinan, maka mereka itu sebenarnya tergolong dalam kelompok yang menafikan al-Quran dan al-Sunnah. Isu pemilihan pemimpin bukan isu yang main-main. Sedangkan keberadaan individu di tandas pun ada hukum-hakamnya, inikan pula isu pentadbiran yang melibatkan semua pihak.

Memilih pemimpin merupakan satu tanggungjawab. Jadi, adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk memilih pemimpin yang terbaik, termasuklah dalam ruang lingkup kampus. Dalam artikel kali ini, penulis menggariskan Beberapa ciri utama yang perlu diterapkan bagi seseorang Pemimpin

Mukmin Profesional
Seorang pemimpin seharusnya merupakan seorang mukmin professional. Dapat saya rumuskan, Mukmin Profesional ialah individu yang mempunyai 2 ciri unggul berikut :

1) Tingkah Laku (Mukmin)

Seseorang pemimpin seharusnya mempunyai keperibadian yang unggul, serta memperkukuh hubunganya dengan Pencipta (Hablu Minallah), hubungannya dengan dirinya dan orang lain (Hablu Minannas).

Hablu Minallah
Seseorang Presiden mahupun individu biasa mestilah meletakkan hubungan dengan Allah mengatasi lain-lain perkara. Dalam isu hubungan dengan Allah, antara pokok perbincangan utama adalah pemimpin itu mestilah mempunyai sifat ubudiah (kehambaan), berfikrah (berfikir mengikut acuan) Islam, menjalani proses tarbiah Islami (dengan menyertai usrah dan program pentarbiahan) dan apa-apa yang berkaitan dengan Rabbani. Seorang pemimpin itu bukan sahaja melibatkan dirinya dalam perkara makruf (kebaikan), malah berusaha menerapkan agenda tajdid dan tarbiah dalam organisasi yang bakal dipimpin. Sekiranya pemimpin tersebut sejak dari awal menolak proses kebaikan, tarbiah dan tajdid atas dasar ilmu, kredibiliti sebagai seorang pelajar dipertikai, maka penolakan adalah satu kemestian.

Hablu Minannas
Seseorang pemimpin juga mestilah memperkasa hubungannya dengan manusia lain. Berhubung persoalan ini, pemimpin tersebut hendaklah sentiasa mengamalkan budaya 3S (Salam, Senyum, Sayang), sentiasa bekerjasama dalam apa jua situasi dan mengamalkan sikap peduli dengan sesuatu keadaan.

Ia terangkum dalam akronim MAWAR (Mahabbah, Wahdah, Redha)

i. Mahabbah
Kasih sayang sesama manusia

ii. Wahdah
Bersatu padu bergandingan tangan, dalam perkara kebaikan dan pencegahan mungkar

iii. Redha
Mengajak manusia menuju redha Allah

Dalam ruang lingkup kampus, maka seorang pemimpin pelajar harus mempunyai hubungan dengan:
i. Pelajar sesama gender
ii. Pelajar berlainan gender
iii. Pelajar dengan pensyarah dan kakitangan
iv. Pelajar dengan pihak pentadbiran

Jika keempat-empat item di atas dipenuhi, maka sudah layaklah beliau dipilih sebagai pemimpin.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bahawasanya Allah s.w.t telah berfirman: “Terdapat 4 perkara, (1) mengikat jalin hubungan dengan-Ku, (2) mengikat jalin hubunganmu dengan hamba-hamba-Ku, (3) untuk dirimu; dan (4) untuk-ku.

Adapun untuk Aku adalah bahawasanya engkau menyembah-Ku, tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku
Adapun untuk engkau ialah bahawasanya apa yang telah engkau membuat kebaikan, maka Aku akan membalasmu.
Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahawasanya engkau berdoa dan Aku menerima
Adapun yang antaramu dan hamba-hamba-Ku ialah bahawasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri."
(Riwayat Abu Nu'aim)

2) Gerak kerja (Profesional)

Seorang pemimpin bukan sahaja Mukmin (Mahir dalam urusan agama) tetapi juga Profesional (Mahir dalam pengurusan dan gerak kerja). Pemimpin Mukmin yang profesional dalam gerak kerja adalah  mereka yang memimpin dengan ilmu dan kepakaran serta kemahiran terhadap kerja yang dilakukan. Persoalannya berkisar dalam ruang lingkup bahawa seseorang pemimpin harus  mempunyai kepakaran dan kemahiran terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.”
(Riwayat Abu Daud)

Selain itu, seorang pemimpin juga haruslah mempunyai pengalaman berkhidmat dalam bidang pengurusan organisasi. Bayangkan, jika seorang Perdana Menteri dilantik, tetapi sebelum itu beliau langsung tidak pernah mengetahui selok belok dalam pentadbiran, adakah beliau sudah sedia sepenuhnya untuk berkhidmat? Sekurang-kurangnya, beliau mestilah pernah bekerja sebagai Menteri mahupun Pengerusi Badan-badan Kerajaan (GLC) lain.

Secara khulasahnya, saya mengajak sahabat pembaca agar berfikir dengan penuh teliti dan professional dalam pemilihan pemimpin. Jika Imam satu waktu kita boleh memilih dengan begitu teliti, inikan pula Imam yang akan memimpin kita satu penggal. Kita memilih bukan atas dasar dia rakan kita, tetapi memilih kerana dia dapat memimpin kita ke arah lebih baik.

Sehingga bertemu lagi, wassalam. 
Share:

Saturday, January 21, 2012

Nota Buat Penulis Blog Baharu ^^

.

Kali ini aku titipkan khas buat blogger-blogger yang baharu sahaja memiliki blog sendiri.




1) Mulakan dengan Pengenalan

Nasihat saya buat blogger baharu, mulakan blog anda dengan entri pengenalan. Ceritakan tentang misi anda untuk blog tersebut. Kenapa anda memilih medium blog, dan siapakah inspirasi anda dalam dunia blog ini? Ringkas dan padat, semua suka dan mesti baca.

2) Selaraskan Penggunaan Bahasa

Gunakan bahasa yang anda rasakan sesuai dengan cara penyampaian anda. Kekalkan stail bahasa anda. Jika anda menggunakan tatabahasa yang betul, itu lebih baik. :)

3) Sertai Segmen dan Pertandingan

Banyakkan menyertai segmen-segmen dan pertandingan (contest) untuk mempromosikan blog anda. Jika anda menyertainya, sekaligus anda cuba membiasakan diri anda dalam dunia blog. :)

4) Bina Artikel Hebat dan Mantap

Cabar diri anda ! Tulis sebuah rencana yang mempunyai penggunaan ayat yang teratur dan menarik. Jangan lupa untuk masukkan nilai-nilai kemanusiaan sebagai mesej penceritaan anda. :) Penulisan adalah satu satu jihad yang besar.

5) Mesra Facebook dan Shoutbox

Biasakan diri anda mempromosikan blog anda dalam Facebook. Juga biasakan diri anda untuk blogwalking ke blog-blog lain. Mesra Shoutbox / ruangan chat. Sekaligus blog anda akan dikunjungi orang lain.

6) Penggunaan Widget yang Moderate.

Kawal widget anda. Jangan terlalu banyak dan nampak canggih. Widget yang terlalu banyak akan memberatkan blog anda. Biasanya, blogger baharu memang akan memasukkan sebanyak yang boleh dalam blog mereka. ini secara tidak langsung, akan memberatkan sekaligus membosankan pengunjung. Jadkan blog anda mesra pengunjung ^^

7) Bina produk sendiri

Produk di sini bermaksud anda cabar diri untuk membuat segmen dan pertandingan sendiri. Sebagai contoh, segmen Bloglist, Giveaway, Cabutan Bertuah, Pertandingan Blog jejaka dan jelita dan macam-macam lagi.

Ini sahaja tips-tips buat blogger baharu. Moga ia bermanfaat. Bagi mereka yang mengikut tips di atas, tinggalkan link anda di ruangan ini ya. :)
.
.

Share:

Nota2012 : Selangkah Perubahan



Allahu Akbar ! Lama sungguh aku tidak mengemas kini lamanku ini... Rindu aku dibuatnya.. :)

Suka untukku berkongsi sedikit berita dan cerita selama beberapa hari ketiadaan ku di laman blog ini.



4 Januari
- Alhamdulillah, aku berjaya menghadirkan diri ke ITQAN bagi meneruskan sesi kuliah bagi semester 2.


7 Januari
- Bayangkan, tak selamanya kita hanya bertemu di alam maya. Kita perlu juga untuk bersua menambah ukhuwah dan pengetahuan. Perjumpaan pertama Blogger ITQAN berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah, walaupun tidak ramai yang tahu, namaun cukup untuk kami bertukar idea dan membentuk sebuah blogger team.
Perjumpaan pertama ini lebih ke arah taaruf, bercerita pengalaman dan sembang-sembang tentang blog. :)



8 Januari
- Untuk tahun ini juga, aku diamanahkan oleh rakanku untuk menjaga sebuah blok asrama di ITQAN. Ya, memang berat, diri sendiri pun tak terjaga, inikan pula anak orang. Tapi, aku mengambil ini adalah cabaran dan pengalaman kepadaku untuk menempuh hari-hari yang lebih mencabar.


13 - 15 Januari
- Kebiasaannya, aku dan rakan-rakanku dalam unit khas, Unit Bimbingan & Kaunseling ITQAN menganjurkan program berbentuk motivasi. Namun, tugasan pertama kami pada tahun ini adalah mengendalikan kem kepimpinan @ Qiyadi untuk Barisan Kepimpinan Pelajar ITQAN. Sebuah tugasan berat yang baharu, dan setiap yang baru itu adalah gru pertama kita bukan? :) Tahniah kepada Saudara Ihsan Zaini selaku Pengarah Program, dan barisan fasilitator, Akasyah, Huzaifah, Izzat, Zuhairi, Faid dan Arif. Turut setia membimbing kami, Ustaz Mad hajat Din dan Ustaz Amiza Khusyri.

- Barisan BKP ITQAN (yang terdiri daripada wakil pelajar @ pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas) telah bersetuju untuk melancarkan Manifesto BKP ITQAN 2012 sebagai sebuah batu loncatan mereka dalam menjalankan tugasan tahun ini. Berikut adalah isi kandungan manifesto tersebut:

1. Mewujudkan Bi'ah Al-Quran di ITQAN
2. Menuju matlamat ITQAN Sifar Masalah Disiplin
3. Mendahulukan budaya 3S [ Salam, Senyum, Sayang]
4. Sentiasa berpenampilan kemas dan bersih
5. Membantu dan memudahkan tugas guru

Mereka turut memperkenalkan tagline baharu "Rela Dihina Kerana Kebernaran"






19-31 Januari
- Seperti lumrah, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Begitu juga dengan kepimpinan sesebuah organisasi. Insya-Allah, sepanjang tempoh 19-31 Januari ini, akan berlangsung Kempen Pilihan Raya Kampus ITQAN, bagi memilih tampuk pentadbiran Persatuan Kebajikan Siswa dan Siswi ITQAN (PAKSI) yang baharu. PRK ITQAN akan diadakan pada 020212 akan datang. :)

"Kita memilih pemimpin bukan atas dasar dia rakan kita,
tapi memilih pemimpin yang boleh memimpin kita ke arah lebih baik"




20 - 29 Januari
- Cuti Tahun Baharu Cina ^^

Kekalkan Keharmonian tanpa ketegangan ^^

Alhamdulillah, itu sahaja update saya untuk kali ini. sehingga bertemu lagi. wassalam. ^^
Share:

Sunday, January 01, 2012

Pencetus Fenomena Baharu

Assalamualaikum.. tirai 2011 telah berlabuh.. kini, tersingkap pula tirai 2012. Membuka inspirasi baharu...


Umum mengetahui, malam tahun baru kali ini ada kelainan. 


Aktiviti yang paling menarik minat aku ialah:


Countdown 2012
(Jom Santai Bersama GeMS)






#aku tak berkesempatan untuk pergi (T_T) sedih lak ai....




Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor.


Kehadiran: Mencecah 80, 000 orang !

Tetamu/Artis: Ustaz Azhar Idrus, Sham Kamikaze, Shahir, Zizan Razak (Raja Lawak), Imam Muda Asyraf, Ustaz Norhisyam Tuan Padang, YB Dr Halimah Ali, YB Khalid Samad dan ramai lagi yang tidak disenarai. :D


Zizan Raja Lawak ft Ustaz Azhar Idrus

80 Ribu hadirin hadir. Satu Fenomena baharu !


Zizan, Sham, Ustaz Azhar, Ustaz Syed Norhisyam. :)


Shahir menyampaikan lagu...


Dua ikon hebat. Tembok agamawan-remaja berjaya dipecahkan !!!
Sham Kamikaze :)


Ustaz Azhar, Akhil Hayy, YB Khalid Samad, Zizan.


Alhamdulillah, 


1. 80 000 orang hadir: kini ramai yang kehausan ilmu, dahagakan ilmu-ilmu agama.Mereka hadir untuk menimba sebanyak-banyaknya ilmu Akhirat sambil berhibur cara Islam. :)


2. 80 000 orang hadir: insya-Allah, Selangor kekal di bawah PR, jika PRU dibuat tahun ini. :)

3. Ulama, Umara, Artis. bergandingan di atas satu pentas: Tembok sekularisme antara golongan karyawan dan agamawan dapat dipecahkan. 



4. Semangat Wahdah terserlah: Ketika solat Maghrib, mikrofon mengalami masalah (lumrahlah, di awal program. =) ), bayangkan bagaimana seorang Imam mengendalikan jemaah sebanyak lebih kurang 60 ribu orang tanpa Mikrofon !!! Jemaah bersahut-sahutan bertakbir, menolong imam dalam perpindahan setiap rukun fi'li. Allahu Akbar !


5. Fenomena baharu, Alunan Asmaulhusna berkumandang di saat jam 12 tengah malam yang dipimpin oleh Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Azhar Idrus.

~Pencetus Inspirasi Hijrah~
Share:
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi