Posts

Showing posts from March, 2012

Nota 5 2012 : Riadah Satu Tarbiah

Image
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca =) Rindu kepada Semua pembaca. (Ada ke yang nak baca? =.=’) Insya-Allah, saya menitipkan lagi tulisan #Nota2012 untuk siri yang ke-5, bagi bahagian kedua Bulan Mac ini. 16 Mac 2012 (Jumaat) Hari ini hari Jumaat. Tak banyak aktiviti pada hari ini. Hanya menghadiri Masjid Kariah Pekan Mantin bersama keluarga bagi menunaikan solat Jumaat. :) 17 Mac 2012 (Sabtu) Hari ini rumahku didatangi oleh makcik saudaraku sebelah bapa, Puan Dasimah Hassan dan keluarga. Saya memanggilnya sebagai Ummi. Mereka sekeluarga datang atas sebab-sebab tertentu *yang tidak perlu dinyatakan di sini* .   18 Mac 2012 (Ahad) Hari ini saya pulang semula ke institut tempatku belajar. Menaiki bas seorang diri. :D biasanya, ramai yang ikut bersama, tapi kali ini i’m alone~ haha. Ummi (My aunt) pula meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. 19 Mac 2012 (Isnin) Insya-Allah, hari ini, saya  akan menyambung semula Peperiksaan Semester 2 Diplo

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur : Apa yang Menarik???

Image
Menangi Baucer Mingguan dari PTS sempena PBAKL. klik ni utk sertai peraduan tersebut. mudah ! klik gambar untuk maklumat lanjut :) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. dapat maklumat lanjut di sini:> http://suka.pts.com.my/index.php/hebah/pbakl/1783366042 Jumpa anda di sana !! Insya-Allah.

Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke?  Dia

[GAMBAR] Misi Hidup Anda !!!

Image

Nota 4 2012 – Ujian Dihadapi, Cabaran Diatasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Insya-Allah, seperti biasa, aku akan membawa sedikit khabar berita untuk tatapan pembaca semua. =) Tajuk kali ini berkaitan dengan ujian dan cabaran. Ya, kedua-duanya saling berkait. Ujian dan Cabaran , kedua-duanya adalah pakej bersama apabila kita diHIDUPkan. :) Jadi, ayuh, hadapi ujian, atasi cabaran bersama. ! 1 Mac 2012 Hari ini merupakan hari pertama bagi guru-guru yang dipindahkan ke institutku. Mereka ialah Ustaz Mohd Roikhan Zubir dan Cikgu Mohamad bin Aspari. 2 Mac 2012 Hari Jumaat, seperti biasa Institutku akan mengadakan Perhimpunan Perdana. Ia merupakan perhimpunan pertama bagi 2 orang guru baharu ITQAN. :) Banyak wasiat dan nasihat yang diberikan mereka berdua pada ucapan pertama mereka dalam perhimpunan tersebut. “The First Law of Success is You Must Sacrifice !” – Cikgu Mohamad bin Aspari, GPK HEM ITQAN “Jangan kalian kehausan di dalam hujan yang lebat !” – Ustaz Mohd Roikhan bin Zubir, GPK Akademik ITQAN

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t

Kisah seorang Abang. =)

Image
Di tempat pegajianku, aku mempunyai ABANG. Kewujudannya amat bermakna buat diriku. Ada sejarah yang tersendiri terhadapku. :) -------------------------------------------------------------------------------------- Si ABANG. Namanya Abdullah bin Omar. Kami bukanlah kawan rapat pada mulanya. Namun, Allah memberikan peluang kepadaku untuk berkenalan dengannya dengan lebih erat walaupun masanya amat-amat singkat. (5 bulan kot ~) Ianya suratan dari-Nya. 5 bulan yang bermakna. :') Aku sering kali lepak bersama-sama dengannya. Dia tempat aku luah masalah (erk...aku rasa dia yang banyak luah masalah.. :P), luah perasaan (marah, bengang, sedih, suka dll). Dan satu perkara yang tertarik ialah, He always taking care about me. *ceh, sajo nak kasi dio up. haha I'm really2 appreciate someone who appreciate me. =) Act. selama ini, tiada lagi orang yang nasihat aku bagai seorang abang (ada yang menasihatiku, tapi sebagai sahabat.) Tiada seorang yang sanggup cerita masal

Nota 3 2012 | Pertemuan itu Harus, Perpisahan Itu Mutlak !

Image
Ku gagahi jemariku mengetik kekunci untuk merekod peristiwa yang berlaku. Insya-Allah, kali ini, aku akan menitipkan Beberapa peristiwa dan perkara sepanjang tempoh 19 Februari sehingga 29 Februari 2012. Sepanjang tempoh 10 hari ini, aku boleh katakana hampir semuanya bertemakan Perpisahan. Ada yang berpisah sementara, tidak kurang yang berpisah buat selama-lamanya. Sememangnya menjadi kebiasaan, masyarakat setempat akan memanggil kami pelajar di ITQAN untuk melunaskan solat jenazah. Namun, kebelakangan ini, agak ramai (hampir setiap 2 hari satu kematian) yang memanggil kami untuk mengerjakan slat fardu kifayah tersebut. Sungguh, ia merupakan satu teguran langsung daripada Pencipta kita semua, di mana Dia pernah berfirman dalam kalam-Nya, yang bermaksud: “Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menghadapi kematian” Maka, bersedialah kita semua untuk menghadapinya. Mereka mendahului kita, kita bakal menyusul mereka. Cuma masa yang menetukannya. Jadi, pertingkatkan amalan kebaji