Posts

Showing posts from July, 2012

Kongsi Ramadhan !

Image
Assalamualaikum w.b.t. Ha, bagaimana PUASA kalian setakat? :3 Sumber: Google Tergerak untuk menaip beberapa bait ayat. *huhu.. Baru sebentar tadi menghadiri Sesi Mentor (Mentoring Session). Ia merupakan aktiviti wajib di bawah Sistem Tarbiyah Pelajar KUIS. Tiada STP, Tiada Sijil ^^ Mentor saya ialah Ustaz Nushi Mahfodz Tadi, kami hanya melakukan beberapa aktiviti bermotif. Untuk lebih dekat antara satu dengan yang lain. Antara Quotes yang dapat hari ni.. ;) 1)  "Contohilah Malaikat yang Tunduk (Hormat) Pada ADAM (Manusia) kerana ILMUnya.  Jangan Jadi Seperti Iblis yang hanya Menilai ADAM (Manusia) kerana FIZIKALnya (dari Tanah)" Kebiasaan antara kita menilai orang dari luaran. Kalau Ustaz tak pakai kopiah, kata tiada Ilmu, tak thiqah. Kalau pakai seluar jeans, tak belajar agama. Kalau main gitar, haram. Kita lihat mereka dari luaran semata-mata. Sedangkan kita tak tahu bahawa mereka mempunyai ilmu mereka sendiri.  Mereka tidak pakai kopiah, mun

GA: Rahmatnya Ramadhan

Image
Assalamualaikum semua. Jika tahun lepas, aku memaparkan sebuah rencana tulisan sendiri berjudul: [Menyelusuri Denai Ramadhan] , manakala tahun ini pula aku agak malas  untuk memberi nukilan yang sebegitu. Cuma, aku ingin menyertai sebuah giveaway sempena Ramadhan kali ini. Rahmatnya Ramadhan ! Ramadhan itu sebuah persiapan. Ia adalah sebuah madrasah tarbiah. Universiti rahmah dan maghfirah. Tempat kita melatih diri untuk memperbanyakkan amalan dan mempertingkatkan ibadah. Tempat di mana kita mengutip  dan memungut seberapa banyak bekalan untuk meneruskan sebuah perjalanan ke Universiti Ramadhan tahun berikutnya ... Giveaway kali ini dianjurkan oleh Musical Xiao  . Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan pertama saya berpuasa di KUIS | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. *awak ni tak habis-habis promote pasal kolej baru awak. huhu.. sorry, dah memang kolej baru kan? ;P Ramadhan kali ini ialah Ramadhan pertama saya tidak berpuasa di ITQAN | Institut Tahfiz Al-Qu

Releven atau Tidak?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun ! Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu. Pelajar dari Negara luar turut sama belajar. Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu. Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua b

Hidup Sebagai Siswa Asasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, tanggal 21 Jun, saya disahkan bergelar Mahasiswa Asasi bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Program Kursus Asas Pengajian Islam. Banyak perubahan yang saya alami, dari segi budaya belajar, suasana kehidupan di hostel, dan lain-lain. Antara yang saya peroleh - perkara baharu - di sini yang agak lain daripada Institut sebelum ini (bukan membuat perbandingan, tetapi menghebah penemuan baharu yang ditempuhi) ialah: 1. Setiap Hari Isnin, Kami (Semua Pelajar Sem 1 Asasi) ditempatkan dalam kos (subjek) yang sama iaitu Introduction To Computer. Apa yang lain di sini ialah, minggu pembelajaran kami dimulakan dengan seorang antara kami membaca Doa Rabitah, dan diaminkan oleh semua. Bayangkan, walaupun bukan subjek 'Agama', tetapi subjek 'Dunia' bukan penghalang untuk dimasukkan elemen 'Agama'. Setiap minggu, kami mendoakan agar hati kami semua terikat dan tertaut antara satu dengan lain. 2.