Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Tuesday, August 28, 2012

[Nota 2] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

As-Salam, kita sambung yang semalam ya. 

Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail.


Surah Al-Baqarah: 26-30

Ayat 28 bermaksud:
Bagaimana kamu kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya

(untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

> Ayat ini berbentuk Soalan. Kenapa Allah Tanya?
Allah tanya bukan bermaksud Allah tidak tahu. Tetapi, Allah menimbulkan persoalan supaya Manusia berfikir dan bermuhasabah.

> Allah menceritakan siapa diri kita. Segala Timeline hidup mati kita telah diketahui Allah (Allah Maha Mencipta), Kehidupan kita sebelum dilahirkan, setelah dilahirkan, selepas mati, dan setelah dibangkitkan semula. Jadi mengapa perlu kufur?

Ayat 29 bermaksud:
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

> Allah cipta semua hasil bumi untuk kita.
> Allah mencipta Bumi dahulu, kemudian Langit.
> Langit ada 7 lapisan.
Ada yang andaikan 7 lapisan Langit kita (Atmosfera)
Ada yang andaikan 7 lapisan langit itu 7 planet disekeliling Bumi (Andaian ini ditolak)
dan terdapat banyak lagi andaian. Hakikatnya, Allah lebih mengetahui.
Ada hadith mengatakan: Serendah-rendah langit adalah yang dihiasi bintang.

[bersambung...]
Share:

Monday, August 27, 2012

[Nota 1] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.


Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail.



Sumber: Google Image

Surah Al-Baqarah: 26-30

Ayat 26 Allah membuat perbandingan. 

Mengapa Allah membuat perbandingan? Ada Hikmah yang tersembunyi.

Orang Yang Beriman akan Mempercayai perbandingan tersebut.
Orang yang kufur akan mempersoalkan kenapa dan kenapa.

Sama seperti Belajar/ Kaji Sains.
Ada yang makin bertambah keimanan. Namun, tidak sedikit yang bertambah kufur.

Orang yang disesatkan itu ialah Orang-orang Fasik.

Ayat 27 memperihalkan siapa Orang Fasik.

Orang Fasik dalam ayat tersebut ada 3 definisi.
1) Orang Yang Merombak Perjanjian dengan Allah sesudah diperteguhkan. Perjanjian dengan Allah bermaksud beriman/ Amar Makruf Nahi Munkar.
2) Orang Yang Memutuskan Apa Yang Allah Suruh Sambung. Bermaksud: Persaudaraan/ Silaturrahmi.
3) Orang Yang Membuat Kerosakan (Dengan Melakukan Maksiat) di Muka Bumi.

*Maksiat juga merupakan Kerosakan. Sebagai contoh, Zina. Dari nilai Islam, ia dikira 'merosakkan' setelah mengira aspek kerosakan nasab dan adab. Namun, bagi Kafir, zina tidak dikira kerosakan. Inilah beza Islam dan Kafir.

[bersambung...]

Share:

Friday, August 24, 2012

Kita Promoter, Kita Duta !



Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan.

Kita ambil contoh, Kereta.
Ciri-cirinya dapat dilihat melalui:
> Jenis Enjin,
> Gear
> Rekaan Luaran dan Dalaman
> Hal-hal Keselamatan
> Ketahanan dan lain-lain.

Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka.

OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum.

Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam?

Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam.




1) Rabbaniyah

Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe..
Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam.

Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah.

2) Syumuliyah

Syumul pula bermaksud MENYELURUH. Islam itu bukan berada pada aspek spiritual semata-mata. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan. Orang kata "The Way Of Life". Ini sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan agama hanya berada dalam rumah ibadat.

3) Inqilabiyah

Inqilab bermaksud tegaknya Islam dengan runtuhnya Jahiliah. Maksudnya begini. Jika seorang bukan Islam kemudian memeluk agama Islam (convert to Islam), maka secara tidak langsung, beliau hendaklah meninggalkan upacara keagamaan sebelum ini dan apa-apa tabiat yang bertentangan dengan Syariat.

4) Alamiyah

Islam itu bersifat Global/Universal. Islam itu sesuai untuk semua manusia di mana jua mereka berada. Ia bukan seperti Agama Samawi lain yang diturunkan untuk kelompok tertentu, tetapi ia merangkumi semua masyarakat di Dunia.

5) Waqi'eyah

Waqi'eyah bermaksud realiti dan mengikut kondisi. Sebagai contoh mudah, Menutup Aurat bagi Wanita. Di Malaysia,lebih mudah untuk memakai tudung dengan berbaju agak longgar. Tetapi di negara lain, Ada yang memakai pakaian litup satu badan. Begitu juga dengan negara-negara lain. Ini mambawa maksud islam itu bukan Idealisme semata-mata tetapi berpegang pada realiti.

6) Thabat wa Murunah

Thabat wa Murunah bermaksud, Tetap dan Anjal. Fix and Flexible.
Maksud di sini, Islam itu Fix pada Hukum, tetapi fleksibel dari segi pelaksaannya.

Contohnya: Solat. Solat 5 Waktu dari Hukumnya ialah Wajib. Namun, dari pelaksanaannya, ia boleh dijamakkan/diqasarkan/dijamakqasarkan mengikut keadaan seperti sakit, musafir dan macam-macam sebab lagi.

7) Wasathiyah

Wasathiyah bermaksud Pertengahan dan Terbaik. Seperti yang selalu dihebahkan. Wasathiyah berdiri di antara 2 pandangan yang melampau. Terlampau Ketat (Rigid/Jumud) dan Terlampau Longgar (Liberal/Plural).

Jadi, kepada kita sebagai seorang Muslim, hendaklah berusaha mempromosikan ciri-ciri Islam kepada semua orang di sekeliling kita. Kita DUTA ISLAM ! Kita Daie Muda ! Kita Penggerak dan Penegak Hukum Islam. Allahu Akbar !.

#segala kesilapan dan kesalahan harap dapat diperbetulkan dan ditegur. (^_^)V

Wallahua'lam. :)
Share:

Tuesday, August 14, 2012

Metodologi Usrah. ;)

#sekali lagi, tajuk entri dah macam tajuk Kertas Kerja Seminar. Ngee~

Sumber: Google
Assalamualaikum w.b.t. semua.

Artikel ini ditulis atas kesedaran bahawa Sistem Usrah kini semakin lama tidak begitu menerapkan unsur tarbiyah ruhiyyah. Sebab apa saya berkata begitu?

Wujudnya Dua Pendapat...
Pendapat Pertama: Golongan yang terlalu ketat/rigid dengan perlaksanaan usrah dengan mengatakan 'Usrah Hanya Pada Halaqah Ilmu'.
Pendapat Kedua: Golongan yang terlalu leberal dengan perlaksanaan usrah. Hakikatnya mereka tidak menyukai sistem Usrah yang nampak 'formal' (Atau istilah lain, kolot dan tidak progresif). Pelaksanaan mereka lebih kepada aktiviti luar seperti Futsal, Bowling dan lain-lain.

Pengenalan Usrah *sebelum apa-apa, kita belajar sikit tentang usrah ni ye :):

Usrah dari bahasa, berasal dari kalimah Arab, (الأسرة) yang bermaksud keluarga.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili.
Dalam kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.

Dari segi istilah, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).
Sumber: Google

Sejarah Usrah:

Hakikatnya, Sistem Usrah telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda berusrah bersama- sama para Sahabat di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Rasulullah s.a.w mengajar mereka yang hadir setiap ayat al-Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan peribadi Muslim dalam diri para Sahabat.

Setelah Zaman kejatuhan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah, Imam Hasan al-Banna melalui gerakan Islam yang diasaskan oleh beliau, Ikhwanul Muslimin telah menyusun kembali sistem Usrah dan diterapkan semula Tarbiah islamiah yang sebenar.

Usrah bukan hanya sebagai tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan.

Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara Muslim.

---------------------------------------------

sumber: Google
Pandangan saya:
Bukan niat saya untuk membangkitkan mana-mana isu. Cuma sepanjang saya terlibat dalam aktiviti Usrah ini, macam-macam pandangan, method telah dibuat dan direka untuk nampak Usrah menarik. Usrah bukan tidak menarik, cuma kaedah nak menyampaikannya perlu dipelbagai.

Sebagaimana Pendapat Pertama di atas, Usrah hanya pada Halaqah.
Betul, adalah lebih elok sekiranya Usrah di buat dalam Halaqah.

"Ala, usrah lagi. bosan la !"
"Weh, Usrah ni memang duduk je ke?"

Ok-ok. ramai yag cakap macam tu. Tapi, cuba kita soal dri kita semula. Kalau duduk beriman sekejap pun kita tak boleh, bagaimana pula kita nak berjuang dalam tempoh yang lama.

Kalau serius dalam sejam dua kita dah lelah dan letih, belum lagi kia serius dalam perjuangan menegakkan Islam di dunia realiti.

Atsar dari seorang sahabat (tak ingat nama), "Ijlis Bina Nu'min Sa'ah" (Duduk Bersama, Beriman Seketika)

OK, harap sesiapa yang anti sangat dengan Usrah yang Formal ni, harap koreksi diri semula. Jangan buang 'keformalan' Usrah !!

Sementara Pendapat Kedua pula, Usrah Tidak Semsetinya pada Halaqah.
Betul juga, tidak semsetinya Usrah itu hanya pada formal.

Usrah ini kita fahami adalah keluarga. Ertinya ia berlangsung sepanjang kehidupan kita sehari-hari. Makanya, takkanlah kita nak usrah hanya 'duduk congok' dalam halaqah semata-mata seharian. Jadi, aktiviti lain yang bermanfaat perlu dilakukan sebagai alternatif lain dalam merapatkan ukhuwah antara ahli.

Ringkasan dari apa yang saya ingin bawa:

1) Hakikatnya Usrah itu adalah sepanjang kehidupan kita. Bukan hanya pada bermulanya Al-Fatihah dan diakhiri Tasbih Kafarah.

2) Usrah itu perlu fleksibel dengan keadaan. "Fundamentalis berjiwa Idealis yang Kontemporari".

3) Kita bahagikan Usrah kepada 2 bahagian, tanpa menolak semua dan mengambil semua. Dengan erti kata lain, Usrah yang melibatkan aktiviti luar perlu diadakan, TANPA TIDAK melakukan usrah secara formal.

4) Dalam perlaksanaan Usrah (sama ada di kampus atau sekolah), waktu yang ditetapkan oleh pihak kolej atau sekolah untuk Usrah adalah waktu usrah dilakukan secara formal. Sekiranya ingin melakukan usrah 'aktiviti luar', maka hendaklah dibuat pada waktu lain.

---------------------------------------------------------------------------------------

Kagum dengan program Usrah Musika yang melibatkan artis-2. Kini, para artis pun dah ada alternatif untuk soal jawab agama mengenai kehidupan mereka. Kita yang bukan artis bagaimana?

Sampai di sini sahaja penulisan 'panjang' saya. Moga bermanfaat hendaknya. Wassalam.
Share:

Sunday, August 05, 2012

Tiada Entri Tentang Ramadhan Tahun Ini???

Ayat macam gempak kan? :P

Apa-apa pun, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua!

Dengan segala hormatnya, Perkara di atas adalah dirujuk. *Ni apa hal tetiba buat surat lak ni??

Cilok dari FB

Ok, berbalik kepada tajuk di atas, Tiada Entri Ramadhan tahun ini. Ada yang bertanya, dan ada kalanya saya terfikir. Kenapa ya tiada entri tentang Ramadhan?


1) Kehilangan Mood

Semua tahu bahawa perkara paling utama dalam nak menulis blog ialah Mood/minat. Maka, tahun ini adalah tahun yang tiada mood untuk menulis yang panjang-panjang tentang Ramadhan.

2) Kesibukan Melampau

Sebenarnya belum lagi tahap melampau. Cuma, kekangan masa amat-amat membuatkan diri ini tidak meyempat untuk menaip blog. Macam yang saya pernah tulis di entri lepas, Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling banyak assignment, presentation, dan kerja-kerja lain.

3) Ketandusan Idea

Jika tahun lepas saya menulis artikel Menyelusuri Denai Ramadhan adalah untuk urusan penerbitan Buletin Al-Islah terbitan Unit Bimbingan & Kaunseling ITQAN. Tahun ini, saya tidak menulis kerana tiada 'paksaan atau gesaan' ke arah nak menulis artkel berkaitan Ramadhan. Maka, inilah sebabnya !

Setulusnya, sedikit kekesalan kerana belum bejaya menulis artikel untuk Ramadhan kali ini. Namun, saya kini lebih gemar mengemaskini status di Facebook Kumpulan Daie Muda. Alhamdulillah, bertemakan Rahmatnya Ramadhan, KDM sentiasa mengemaskini info-info berkaitan Puasa, Ramadhan dan yang berkaitan dengannya. Hasilnya nanti, mungkin akan cuba mengeuarkan booklet (buku kecil) untuk koleksi sendiri. =)

Sebelum Beredar, saya tinggalkan beberapa Quote tentang Ramadhan :) Moga bemanfaat.

Quote 1

'Sesungguhnya Aku Sedang Berpuasa'

1) Ucapan 'Sesungguhnya Aku Sedang Berpuasa' tidak boleh menjadi penyebab kepada ketidakhadiran kita ke kuliah agama atau program ke arah kebaikan ! =)

2) 'Sesungguhnya Aku Sedang Berpuasa' merupakan sebuah lontaran Positif terhadap Perkara Negatif.

3) 'Sesungguhnya Aku Sedang Berpuasa' adalah benteng daripada provokasi Nafsu.

Sedutan Forum Transformasi Ramadhan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil & Ustaz Shuhadak Mahmud. :)

Quote 2

Untuk 10 Malam Terakhir Ramadhan, Anda Pilih Yang Mana?

a) Lailatul Kamdar (Dah Mula Ber'shopping' ^^)
b) Lailatul Cadar (Masih Lena Dibuai Mimpi)
c) Lailatul Qadar (Menjadi Hamba Allah !)

Sedutan Forum Transformasi Ramadhan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil & Ustaz Shuhadak Mahmud. :)

Quote 3

Matlamat Akhir Puasa ialah TAQWA.

Antara ciri-ciri Orang Bertaqwa:

(Surah Al-Baqarah: 3-4)
1) Orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib
2) Orang yang mendirikan Solat
3) Orang yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang diberikan kepadanya.
4) Orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran dan Kitab-kitab sebelumnya
5) Orang yang yakin wujudnya hari Akhirat.

(Surah Ali Imran: 134-136)
6) Orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah
7) Orang yang menahan kemarahannya
8) Orang yang memaafkan kesalahan orang.
9) Orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera bertaubat dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.

::RahmatnyaRamadhan::


Sekian dahulu daripada saya. Ramadhan Kareem !!

::RahmatnyaRamadhan::
Share:
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi