Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, October 26, 2012

Pembentangan, Qurban dan Haji.


‎[SalamAidiladha] 

Gambar: Iluvislam.com

Di hari yang mulia, ayuh kita hayati sirah pengorbanan Nabi Al-Khalil Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, juga Siti Sarah.

Audit diri kita, bagaimana kita aplikasikan kisah pengorbanan mereka dalam kehidupan?

Ibadah Qurban dan Haji diibaratkan seperti Assignment Presentation.

Jika Presentation,
Lagi cantik kita persembahkan (dari segi stail slaid, warna slaid, penampilan pembentang), lagi banyak dapat markah.

Begitu juga Qurban,
Lagi elok haiwan yang dipilih (dari segi jenisnya, warnanya, cara penyembelihannya), lagi banyak dapat pahala.

Begitu juga Haji,
Lagi elok tertibnya Haji kita (sempurna Wajib dan Rukunnya, Perelok Sunnah, dan lain-lain), maka makin bertambah rapat kita dengan Allah.

Insya-Allah, Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, Walillahil-hamd ^_^

Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga. ^_^

Tinggalkan komentar. :)
Share:

Wednesday, October 24, 2012

Ayam Goreng : Siapa untung?


Fikir semula siapa untung.

Ini hanya CONTOH. Ayam Goreng.

Gambar Hiasan : Ayam Goreng
Sebelum:
Saiznya Sederhana, tak terlalu besar, tak terlalu kecil.
Harganya RM3.00

Selepas:
Saiznya kecil, isinya tiada, banyak yang tulang.
Harganya RM2.50

Sebelum ini, kita membeli ayam goreng dengan harga yang mahal! Memang mahal, RM3.00 tu. Kemudian kita mendesak agar harga diturunkan. Dan hasil perbincangan dan campur tangan diplomasi, akhirnya kata sepakat ditemui. Harga berjaya diturunkan. Kita rasa selesa dengan harga baharu tersebut.

Kemudian, selang beberapa hari, kita dapati saiznya semakin kecil. Dengan harga yang kita rasa murah, kita membeli 2 ketul.

Chop! cuba kita fikir, dalam hal ini siapa yang untung? Kita atau Peniaga?

Peniaga, tak boleh salahkan mereka kerana motif perniagaan juga adalah mengaut keuntungan maksimum.
Ini yang menjadikan ia sebagai satu dilema kepada kita. Merekalah satu-satunya tempat di mana kita membeli. Dekat. Tiada lain. Jika ada pun, kena pergi keluar kampus.

Yang untung adalah Peniaga. Kalau satu dan bersaiz besar, mereka dapat RM3.00, tetapi bila dikurangkan harga dan saiz, mereka memperoleh RM5.00 hasil daripada 2 ketul yang kita beli.

Mindset kita kata, "Nasib baik kita beli dua ni RM5.00, kalau dulu beli dua RM6.00 !"

Nah, dengan mudah kita ditipu oleh peniaga, yang merupakan natijah daripada usaha kita juga. Kita menipu diri sendiri. Bijak kan?

Khulasahnya, kalau nak usaha turunkan harga, cari peniaga baharu. Kalau tidak, tak perlu bersusah payah nak suruh peniaga sekarang turunkan. Kekalkan harga maka kekallah saiznya. Jangan kita rasa bijak dengan apa yang kita lakukan. Kelak kita yang ditertawa orang.

[baca posting ini sepertimana anda berada dalam kampus. tq]

Sila berikan komentar.

Share:

Tuesday, October 23, 2012

toleransi atau hipokrit?

*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang.

Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya?

Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat)

Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya.

Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :)
---------

Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :)
Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua kawan. Umum mengetahui bahawa setiap orang mempunyai perangai masing-masing. Ada yang alim, ada yang biasa-biasa, ada yang suka membaca, ada yang minat anime, ada yang merokok, ada yang happy-go-lucky, dan macam-macam lagi tabiat dan perangai yang Allah cipta.

Allah s.w.t ada berfirman, yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) [Al-Hujurat:13]

Memang tabiat saya adalah cuba untuk boleh masuk dengan semua orang. Walaupun kadang-kadang kita kekok dengan perangai mereka, tapi saya masih mencuba. Tapi, jika memang tak boleh amasuk, memang tak boleh buat apa la. he he.

Bila melepak dengan kelompok alim, kita ubah jadi agak baik. Bila dengan yang biasa-biasa, kita jadi macam biasa. Bila lepak dengan peminat anime, kita tengok cerita anime sama-sama. Bila melepak dengan perokok, kita buat seperti biasa. Saya tidak merokok, harap maklum.

Kadang-kadang bila kita berborak, mereka (semua golongan) ada pendapat masing-masing terhadap satu-satu isu. Kelompok A tak suka perangai kelompok D. Kelompok C, ada cerita yang lain pula. Kelompok B, mereka ada pandangan lain.

Bila mereka semua berkumpul, mulut masih senyum. Tapi hakikat sebenar disimpan, dipendam. Itu terpulang pada mereka. :)

Cuma, yang agak merana adalah saya. Kelompok A cakap ni, saya sokong, kalau salah ada tegur sikit-sikit, bukan semua. Begitu juga dengan yang lain. Sehinggakan seolah-olah saya tersokong yang salah, dan di tempat lain, saya sokong yang betul.

Bila pendapat mereka bertembung, kelompok A dengan pendapat yang mereka rasa betul, manakala kelompok B dengan pendapat yang mereka juga rasa adalah betul.

Dan akhirnya, saya terpaksa keluar daripada kedua-dua kelompok. Tujuannya adalah mudah bagi saya untuk memberi penerangan secara natural, dan tanpa terikat antara mana-mana pihak.

Ya! itu yang saya cuba buat. Kita tidak boleh mudah menghukum (memang bukan mudah), Apa yang boleh kita buat hanya memberi harapan, mendorong mereka ke arah yang baik.

Biar saya dituduh hipokrit atau apa-apa lain, walhal saya cuba bertoleransi demi menyampaikan kebaikan kepada semua. Niatku hanya untuk menjadi orang tengah, yang punya pandangan yang win-win situation, yang bebas berprinsip tidak terikat dengan pandangan yang terlalu literal (Syadid) dan liberal (Longgar).

Wallahua'lam.

Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang.

Boleh berikan komentar. :) Terima kasih

Share:

Saturday, October 20, 2012

Perbincangan Kedai Kopi


Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan
Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :)

Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak).

"Mamak, roti canai dua, kuah asing"
"Mamak, teh tarik satu !"

Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi.

"Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula" 

*yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangladesh, mereka pun angguk-angguk je la menerima pesanan.

*okey, sebenarnya memang ada kaitan dengan tajuk, tapi isinya sudah lewah. merapu. hehe. maaf

Kedai Kopi. Perkara biasa-biasa yang boleh memungkinkan banyak perkara berlaku.
Kedai kopi adalah salah satu wadah terpenting kepada pendakwah khususnya (Muslim semua tanpa mengira siapa) bagi menyampaikan ilmu dan nilai agama walau secebis.

Perbincangan Kedai Kopi biasanya membincangkan hal-hal isu yang berlaku dalam kampung/kawasan perumahan, isu yang terdapat dalam surat khabar seperti Politik dan Sukan (famous issues). Jadi, pendakwah kedai kopi boleh sahaja berborak bersama pelepak kedai kopi lain sambil mengaitkan topik perbincangan dengan agama. :)

Berbincang, bersoal jawab. Mana tahu, buah fikiran pakcik pakcik ini lebih baik daripada apa yang kita fikirkan? Sebab itu merujuk di awal kata-kata di atas, segala kemungkinan boleh berlaku.

Cuma, jangan pula kita terus menghukum apa yang salah. Tegur dengan hikmah agar terkesan dalam hati. Insya-Allah kita boleh !

Kalau tak silap (kalau salah harap tegur), Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna juga menggunakan kaedah ini (berdakwah di kedai kopi) selepas beliau dihalang daripada mengajar di Masjid.

Apa-apa pun, tugas dakwah adalah tugas semua. kerana Islam itu inklusif, bukan eksklusif untuk sesiapa. Ia untuk semua. Sekian bertemu lagi di lain coretan. Wallahua'lam.

Macam biasa (macam la biasa...), kalau salah sila tegur, kalau baik ambil, kalau buruk buang.
Share:

Sunday, October 14, 2012

Menjalani Cuti Semester Pertama

Berubah ! Nah, semua orang inginkan perubahan.
Berubah dari yang buruk, kepada yang baik.
daripada yang baik kepada lebih baik !

Itu pengertian umum tentang berubah atau berhijrah.

Alhamdulillah, Semester Pertama sebagai Mahasiswa Asasi berjaya kutempuhi. Banyak pengalaman baru, pendedahan yang lebih universal, pemikiran yang lebih liberal dan macam-macam lagi dogma dan norma yang dilalui. :)

Selamat Tinggal Bilik. :D

Cuti. Yang diberi hanya 3 minggu. 3 minggu ini jugalah aku penuhi dengan pelbagai aktiviti.

Aktiviti Khususku untuk minggu cuti ini adalah 'Menguruskan Progrm Taaruf Asasi KUIS" untuk ambilan November 2012. Dan aku ditaklif sebagai Setiausaha. Nama pun s.u, jadi kerja memang banyak dan mobilisasi amat penting! Mujur, tuan pengarah program tinggal sekampung. Mantin ! he he. Kaau tak, tak tahu macam mana nak bergerak.

Inilah hasilnya buku-buku milik sendiri dari rumah dan KUIS yang tak tahu mana lagi nak letak. :)

OK, itu tentang Minggu Taaruf Asasi KUIS. Berbalik kepada diriku sebagai penulis, oh! Aku seperti terus hanyut meninggalkan papan kekunci, membiarkan ideaku terus tenggelam lemas dalam lautan kehidupan.
Sepertinya, idea itu masih ada, cuma kemahiran elaborasiku semakin kurang tajamnya. Aduh! ditambah lagi dan lagi dengan kemalasan yang melampau. Ini juga disebabkan desakan dan paksaan juga tidak kuterima. Jadi, penulisanku terpaksa dibantutkan.



Alhamdulillah, ini kalilah aku berjaya mengemaskini, melepas gian menaip di kamar blog ku ini. Oh! aku rindukan penulisan, aku perlu tingkatkan pembacaan. Membaca, membaca, dan membaca, itu kuncinya.

Sekian, Wasalam.

#maaf, andai bahasa yang kugunakan agak tidak tersusun dan terumbang-ambing.
Share:

Tuesday, October 09, 2012

Peperiksaan Akhir Semester 1


Tiada Komentar. Hanya Pengumuman. Syukran !


Jadual Peperiksaan Akhir Semester 1.| Kursus Asas Pengajian Islam.

8 Oktober 2012 | Isnin

9.00 am - 12.00 pm
PKK : FLAI 1113 - Al-Lughah Al-Arabiah Li Al-Dirasah Al-Islamiah I
2.30 pm - 5.30 pm
PKK : MPW 1143 - Pengajian Islam

9 Oktober 2012 | Selasa

9.00 am - 12.00 pm
PKK : FIAK 1103 : Al-Madkhal Li Al-Aqidah Wa Al-Akhlak
2.30 pm - 5.30 pm
DPU : FTSC 1103 : Introduction To Computer

10 Oktober 2012 | Rabu

9.00 am - 12.00 pm
DPU : FLEE 1113 : English I

11 Oktober 2012 | Khamis

9.00 am - 12.00 pm
DPU : FLAM 1103 : Al-Masadir Li Al-Dirasah Al-Islamiah


*DPU = Dewan Peperiksaan Utama, KUIS
*PKK = Pusat Konvensyen KUIS.
Share:
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi