Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, November 23, 2012

Al-Nasr : Pertolongan


.

TERJEMAHAN

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


PENGENALAN

Surah al-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.



NAMA DAN KELEBIHANNYA

Surah ini dinamakan surah al-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan firman Allah (bermaksud) : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan”. Dinamakan al-Futuh bermaksud pembukaan atau kemenangan sempena kota Makkah al-Mukarramah berjaya dibuka dan dikuasai semula oleh Muslimin. Juga dikenali sebagai surah al-Tawdi’, yang bermaksud perpisahan /selamat tinggal

Surah al-Nasr menyamai satu perempat al-Quran.

Diriwayatkan daripada  Anas ibn Malik ra katanya: Rasulullah saw bertanya salah seorang sahabatnya:
“Adakah bersama mu (surah al-Nasr?). Jawabnya: Ya. Sabda Nabi: (kelebihan membacanya menyamai) satu perempat al-Quran”



Dalam athar yang dikeluarkan oleh Nasaie,
Daripada Ubaidullah Ibn Abdullah Ibn Utbah berkata: Ibn Abbas telah berkata kepadaku: “Wahai Ibn `Utbah, adakah kamu mengetahui surah yang terakhir diturunkan di dalam al-Quran? Aku menjawab: “Ya! iaitu surah al-Nasr.” Beliau berkata: “Benar katamu itu”.


MUNASABAH SURAH


Pada akhir surah al-Kafirun, Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w supaya memutuskan hubungan akidah dengan agama-agama syirik sambil memberitahu mereka “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku”.

Dalam surah ini, Allah s.w.t menyatakan wujudnya pelbagai agama itu tidak lama kerana tidak lama lagi manusia akan berduyun-duyun memeluk Islam, lalu Islam menjadi agama yang paling tinggi dan tiada agama lagi mengatasinya.

Kedudukan Islam yang tinggi itu menunjukkan kelebihan Nabi Muhammad s.a.w dengan kemenangan dan dengan tersebarnya ajaran Islam dan kedatangan manusia beramai-ramai untuk memeluk Islam. Keterangan yang sama juga menunjukkan ajal Rasulullah s.a.w hampir tiba.

TEMA DAN RINGKASAN SURAH

Tema surah ini ialah “Tasbih dan Istighfar”

Surah ini diturunkan pada akhir-akhir usia Nabi saw.  Para sahabat segera memahami daripada ayat yang menyebutkan kemenangan dan pembukaan  bahawa usia baginda telah berada di penghujung.  Oleh itu bersedialah untuk pemergian ke alam Akhirat dengan tasbih dan istighfar.


Sumber: 
http://bersamaummualiya.blogspot.com/2011/06/45-surah-al-nasr.html
http://www.drhayei.com/2010/10/surah-al-nasr-bilangan-110-madaniyyah-3.html

Share:

Wednesday, November 21, 2012

Rama-rama dan Kura-kura

.
Ini rama-rama

Ini Kura-kura
[sebenarnya tajuk tiada kaitan pun. mungkin ada, tapi pepandai la nak relate kan~hehe]

Kelebihan Sahabat Rasulullah

Jika dilihat para Sahabat Rasulullah, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Sebagai contoh, dengan tema 'Al-Quran', ada team Sahabat yang mahir dalam Tafsir Al-Quran seperti Saidina Abdullah ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Abu Musa Al-Ash'ari dan lain-lain. Ada team Sahabat yang mahir dalam penulisan al-Quran seperti Zaid bin Thabit, dan Ubai bin Kaab.

Seterusnya, kita lihat pula contoh lain, mereka juga mempunyai perwatakan sendiri.

Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq terkenal dengan sifat dermawan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Rasulullah s.a.w. Corak pemerintahan beliau adalah dengan menyusun kembali kerajaan dengan mewujudkan sistem gabenor.

Khalifah Umar 'Al-Faruq' bin Al-Khattab pula terkenal dengan sifat ketegasan dan keberanian. Corak pemerintahannya pula juga berbeza dengan Saidina Abu Bakar. Khalifah Umar juga memperluas wilayah Islam.

Khalifah Uthman bin Affan pula terkenal dengan kesantunan adab dan seorang yang peramah sehinggakan Malaikat dan Rasulullah s.a.w turut segan dengan kesantunan beliau. Beliau mengumpulkan lembaran al-quran menjadi sebuah Mushaf yang dipanggil Mushaf Resam Uthmani.

Imam Ali bin Ali Taib Karamallahu Wajhah pula terkenal dengan sifat keberanian dan mempunyai jiwa kepemudaan (futuwwah) yang tinggi. Beliau dikenali dengan tugasan beliau sebagai Penasihat Khalifah Al-Rasyidin (sebelum beliau).


Kita dapati, kesemua mereka berbeza perwatakan dan pendekatan dalam memerintah (tidak berniat menyentuh manamana isu politik. Sekian). Namun mereka bersatu dalam memartabatkan Islam. Mereka dan masyarakat Islam waktu itu mempunyai satu matlamat. Sama-sama proaktif dan berkerjasama.

Synergize

Stephen Covey dalam bukunya 'The 7 Habits of Highly Effective People', salah satu kebiasaan bagi orang yang berjaya adalah dengan Sinergi (synergize).

Synergize bermaksud :
Combine the strengths of people through positive teamwork, so as to achieve goals no one person could have done alone.
Maksudnya (main terjemah je ni..)
Menggabungkan kekuatan individu membentuk gerak kerja kumpulan ke arah kebaikan, untuk mencapai target tiada sesiapa yang memperolehnya secara keseorangan.

see? Penerapan unsur Sinergi ini sebenarnya telah lama dipraktik oleh Rasulullah s.a.w. Mereka mempunyai perbezaan minat, pendekatan, kebolehan dan cara perwatakan, namun itu bukan menjadikan mereka berpecah. Mereka bersinergi demi mencapai 'goal' memartabatkan Islam di Dunia.

Hijrah Rasulullah

Kita lihat sewaktu peristiwa Hijrah Rasulullah ke Madinah. Ia memerlukan sinergi semua pihak, hatta non-Muslim sekalipun, kan? Semua mereka memainkan peranan masing-masing.

Saya tonjolkan 4 individu yang amat-amat penting dalam peristiwa Hijrah ini yang membentuk 4 kumpulan hebat zaman sekarang. Mereka adalah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Ali bin Abi Talib, Sayyidatina Asma' bin Abu Bakar, dan Abdullah bin Uraiqit.

Saidina Abu Bakar Al-Siddiq sanggup berkorban mempertahankan Nabi Muhammad sehinggakan sanggup menahan bisa ular (atau kala jengking, alamak ! dah lupa.. ) semata-mata untuk membiarkan Rasulullah tidur dengan lena. Saidina Abu Bakar kita boleh katakan, beliau mewakili kelompok Dewasa.

Saidina Ali bin Abi Talib pula sanggup dengan beraninya menyahut arahan dari Rasulullah s.a.w untuk tidur di katil Baginda, walhal semua t5elah ketahui bahawa akan datang puak Kafir Quraisy yang ingin membunuh Rasulullah pada malam itu. Saidina Ali bin Abi Talib kita boleh katakan mewakili kelompok Pemuda.

Saidina Asma bin Abu Bakar pula sanggup dengan penampilan yang sedang sarat mengandung, menguruskan urusan logistik,menyediakan makanan dan minuman kepada ayahandanya dan Rasulullah s.a.w.  Kita boleh katakan beliau mewakili kelompok Muslimat.

Kejayaan Hijrah rasulullah s.a.w tidak terhenti dengan ketiga-tiga kelompok di atas semata-mata, tetapi ia turut melibatkan Abdullah bin Uraiqit, seorang pengembala kambing yang bertindak sebagai juru pandu Rasulullah s.a.w ke Madinah. Kita boleh katakan beliau mewakili kelompok Non-Muslim. Rasulullah juga meletakkan kepercayaan kepada Non-Muslim, ini bermakna tanpa kelompok ini, Islam juga tidak berjaya dimartabatkan. Inilah pentingnya non-Muslim dalam memartabatkan Islam.

(Organisasi dalam Parti Islam Se-Malaysia, menepati konsep sinergi Hijrah ini apabila mewujudkan Dewan Ulama (Golongan Dewasa, Saidna Abu Bakar), Dewan Pemuda (Golongan Pemuda, Saidina Ali), Dewan Muslimat (Golongan Wanita, Saidatina Asma) dan Dewan Himpunan Penyokong (Golongan Non-Muslim, Abdullah bin Uraiqit) <-- Hanya pemerhatian, tiada niat politik. hee~

Hasilnya mereka bersinergi walau berbeza umur, keadaan, pegangan dan sebagainya. Hasilnya, sebuah kerajaan Islam Madinah berjaya dihasilkan.

Matlamat Utama

Lihat mereka berkerjasama untuk memperoleh sebuah hasil yang positif? Bukan ingin membangkitkancerita hijrah dan sebagainya, namun ia berbalik pada soal diri kita. Seperti dalam posting saya Tiba Masa Bergabung Tenaga, kita semua ada kelebihan tersendiri, tapi kita masih saling memerlukan antara satu sama lain. Kerana kelebihan kita hanya satu bahagian, bahagian lain adalah milik orang lain. Untuk mengjadikan bahagian-bahagian tersbut menjadi satu yang lengkap, ia memerlukan sebuah sinergi. Sinergi yang diikat dengan tali ukhuwah atas keimanan. Bukan sekadar berkawan tanpa tujuan.

Jadi, Ayuh kita gerakkan langkah, bergabung membentuk satu halaqah, bergerak atas dasar ukhuwah, dan bermatlamatkan dakwah !

Jom Synergize !
.
.
Share:

Friday, November 16, 2012

#PrayForGaza

Assalamualaikum.
tiada yang inginku katakan.
hanya titipan gambar, video untuk kalian.
dan doa buat saudara-saudaraku di sana.
Allahu Akbar !


-video-
Ayuh ! Bersatu demi Palestin.



-gambar-
sumber: twitter. search: #PrayForGaza

Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511)
Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511)
Allahu Akbar ! T_T
Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'(
Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'(



They won't give up, and we won't stop supporting them.

Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute

Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar !

Itu sahaja,
tiada kata lain.

Hasbunallahu Ni'mal Wakil !
Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir !

اللهم انصر المسلمين في فلسطين
اللهم انصر الإسلام و المسلمين في كل مكان

Salam Keamanan ! Salam Kemanusiaan !
#SaveGaza #PrayForGaza #TeamHijrah

Tingkatkan doa kita semua ! 
Allahu Akbar ! 
.
Share:

Sunday, November 11, 2012

Baru atau lama, tidak ku peduli

~motif tajuk? Nanti saya bagitahu ! he he.

tet tet tet tet tet tet tet *bunyi montaj* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Anda masih lagi bersama-sama saya, Zahirul Nukman dalam blog ZahirulOnline~ *gaya pengacara MHI*

~sebenarnya, memang suka berangan-angan nak jadi pengacara/ nak cakap sorang-sorang (gila)~

Gambar tiada kaitan dengan entri ini. sebenarnya.


Alhamduillah, minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah kolej. Daftar penempatan pada hari Isnin. Kelas bermula juga pada Hari Isnin. Segalanya bermula pada Isnin. Nasib baiklah Pensyarah semua faham yang kami ni baru sampai ke kolej.

Hari Isnin ada 3 subjek. Subjek pertama, Ustaz tunggu di pejabat. Nasib tak tunggu di Audi. Kalau tak, nanye~ Subjek kedua, lecturer awal2 dah batalkan. terbaik! Subjek ketiga, pada mulanya nak buat kelas, tapi akhirnya beliau batalkan. Fuh !

Disebabkan pada mulanya subjek ketiga tu nak buat kelas, saya sampai ke KUIS lebih awal daripada apa yang dirancang. Target saya nak daftar asrama lambat (petang sebelum pejabat tutup), tapi terpaksa balik pada tengah hari tu. Hoho.

Okey ! Itu hari pertama. Macam-macam jadi. Kami kemas rumah masing-masing. Berbekalkan idea pada waktu cuti, kami mereka hias dalaman rumah kami sebaiknya dan patuh buku peraturan ! Ye la kan. Design elok-elok, tapi langgar disiplin, tak guna juga. kan? he he.

Hari kedua, saya memulakan kehidupan seperti biasa. Bertemu sahabat-sahabat, berkenalan dengan lecturer baharu. Apa=apapun, baru atau lama, tidak ku peduli. Yang penting ilmu Allah daripada mereka ! ^^ <---motif tajuk.. he he

Pensyarah yang kekal mengajar kami untuk semester dua ialah:
- Ustaz Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad (Sem 1 ajar Aqidah, Sem 2 ajar Tafsir Al-Quran)
- Ustazah Widyana bt Md Ali (Sem 1 dan 2 ajar Bahasa Arab) - Belum mengajar lagi pada minggu pertama.

Pensyarah baru pula:
- Miss Zulifah Rini Mohd Zulkifli (Sem 1 ajar English di Kelas lain, Sem 2 ajar kami pula English)
- Ustaz Nushi bin Mahfodz (mengajar kami subjek Ulum Al-Quran. Sebelum ni hanya dengar ceramah/kuliah beliau sahaja)
- Puan Norizatini bt Norali (Sebut: Nor Ali) - Mengajar kami subjek baharu Subjek Kemahiran komunikasi Untuk Profesional Muslim. Subejk yang baik untuk mereka yang sukakan komunikasi, training, bercakap depan orang ramai *ini yang bermain dalam fikiran saya* best !
- Encik Hairol Anuar Haji Mak Din (Subjek Pengajian Malaysia (Sebut: Sejarah), subjek best, sebab ada politik. :P)



Peristiwa lain pula, pada malam Jumaat, telah berlaku detik yang bersejarah buat kami. Nak tahu sebab apa?
Group diskuis telah menganjurkan program perbincangan pertama mereka 'The Diskusi KUIS' (Diskuis).

Saya bertindak sebagai Moderator. Tajuk yang kami bincangkan ialah Pemuda Pilihan: Antara hak dan Peranan. Semua yang hadir mantap-mantap. Memang hebat, kami bertukar pandangan, dan pemikiran. :D

Diharap, DISKUIS kedua lebih mantap ! tak sabar nya nak join lagi !

Okey lah, itu sahaja coretan kali ni. apa yang kurang harap maaf. Yang lebih pun minta maaf juga. :D

Berikan komentar.
.
.
Share:

Wednesday, November 07, 2012

[Ads] Alkahfy Consulting & Services


Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu :

i. 5 Ways To Be A Proactive Teens
ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders

Antara program-program lain yang kami sediakan ialah :
1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi
2. Kem EZ Solat
3. Lead To Success Camp
4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan)
5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ)
6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari
7. Kem Motivasi Anak Soleh

Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan :
1. Banner
2. Backdrop
3. Banting
4. Poster
5. Risalah
6. Pamplet
7. ID Card / Business Card
8. Button Badge
9. Buku
10.Dan lain-lain

Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan anda dalam memperbaiki mutu perkhidmatan kami. berikan komentar. :)
Share:

Sunday, November 04, 2012

Tiba masa bergabung tenaga.



Kita melegkapi antara satu sama lain.

Pelajar Asasi KUIS yang sama batch dengan saya.
Mereka ini ada sesuatu yang mereka mahu. tetapi impian tersebut kebanyakannya terkubur.

Ramai yang ingin menghasilkan sesuatu. Mereka mempunyai semangat untuk memberi.
Pendekatan mereka pula lain-lain, itu perkara biasa.

Yang mahir dalam video/ fotografi, ingin menghasilkan poskad, filem pendek, vlog dan lain-lain.
Yang mahir dalam bahasa dan sastera, ingin menghasilkan buku, koleksi puisi dan lain-lain.
Yang pandai melukis, ingin hasilkan komik dakwah, kartun 4 kotak dan lain-lain.

Impian kebanyakan mereka terkubur,
Faktornya:
1. Pelajar lain tidak memberi kerjasama.
2. Mereka tidak dapat mencari kumpulan sendiri yang sama 'kepala' dengan mereka.
3. Kebanyakan mereka hanya memendam, tidak meluah.

Insya-Allah, aku berharap agar kita semua bergabung untuk semester ini sampai habis belajar, sampai mati.
Kita bina teamwork, walaupun tidak sama pendekatan, namun kita perlu untuk saling melengkapi.

Kau nak buat video, aku boleh bagi panduan dan nasihat, dia boleh berlakon, dia pula buat skrip.

Aku nak buat buku, kau boleh uruskan bahagian design dan rekaletak, dia boleh tambah lukisan, dan kau pula boleh edit dan perbetulkan mana yang silap.

Dia nak buat komik dakwah, aku boleh bagi beberapa idea, kau pegang bahagian foto dan rekaletak, dan kau pula fikirkan pendekatan alternatif.

Kita ada kelebihan, tapi masih saling memerlukan. Ayuh kita gerakkan langkah, bergabung membentuk satu halaqah, bergerak atas dasar ukhuwah, dan bermatlamatkan dakwah.

^^ luahan semangat. *bubbling pagi-pagi. ahak~ Tinggalkan komentar. :)
Share:

Debaran Semester Dua

Assalamualaikum !

Alhamdulillah, semester pertama Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjaya kuharungi. Keputusan peperiksaan akhir semester juga telah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya memasukkan diri dalam Senarai Dekan (literally translation of Dean's List)



Sedikit ulasan untuk semester satu, *mana tahu yang baca blog ni adalah yang bakal masuk Asasi KUIS, betul tak?*.

Subjeknya ialah:


FIAK 1103 - AL-MADKHAL LI ALAQIDAH WA AL-AKHLAK
FLAI 1113 - AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH I
FLAM 1103 - AL-MASADIR LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH
FLEE 1113 - ENGLISH I
FTSC 1103 - INTRODUCTION TO COMPUTER
MPW 1143 - PENGAJIAN ISLAM
STP 1000 - SISTEM TARBIYAH PELAJAR

Untuk subjek Akidah, tiada komen. :) Semuanya OK, belajar yang asas sahaja. Alhamdulillah. Cuma, perlu banyak menghafal. Yang dihafal itu, bahasa Arab. Tapi, belajar memang santai dan terbaik.
Pensyarah saya: Ustaz Wan Fakhrul Razi b Wan Mohamad.

Subjek Bahasa Arab. That is my favourite subject. Sejak dari Ustazah Juliana (semasa sekolah rendah). hehe. Kepada bakal pelajar Asasi, anda perlu banyak latihan dan hafalan perkataan serta fokus dalam kelas. :)
Pensyarah saya: Ustazah Widyana bt Md Ali

Subjek Masadir (sebut: Masodir) pula adalah subjek yang pertama kali dilihat. he he. Memang cukup teruja. Subjek ini memerlukan kita menghafaz nama kitab, pengarangnya dan dalam bidang apa. :) Fokus dalam kelas, dan skor dalam pembentangan. *Pembentangan dalam Bahasa Arab ya*
Pensyarah saya: Ustazah Nasimah bt Haji Abdullah

Subjek English pula, sama seperti subjek bahasa lain, kena fokus, banyakkan vocabulary dan sebagainya. Skor pada markah pembentangan. :)
Pensyarah saya: Encik Hafiz bin Mohd Radzi

Subjek Computer, untuk makmal, kita akan belajar Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. Insya-allah, mudah skor. Untuk kuliah, kena banyak hafal, kena fahamkan setiap tajuk sebaiknya. :)
Pensyarah Makmal dan Kuliah: Puan Siti Azrehan bt Aziz

Seterusnya Subjek MPW (PAI), ia seperti anda segarkan kembali ingatan anda kepada subjek Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, dan Pendidikan Syariah Islamiyah. Fokus dalam kelas, skor pada pembentangan dan ujian.
Pensyarah saya : Ustazah Siti Zaleha bt Ibrahim

Untuk STP, itu bukan subjek sebenarnya, tetapi itu Usrah. :) Usrah wajib hadir. Kalau gagal Usrah, gagal semester keseluruhannya. *kena ulang semester*

Ok, itu sedikit gambaran tentang subjek untuk Semester 1.

Alhamdulillah, berjaya mendaftar untuk semester 2. Subjek yang akan dipelajari ialah,


STP 2000 - SISTEM TARBIYAH PELAJAR
MPW1233 - MALAYSIAN STUDIES
FLKP2003 - KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK PROFESIONAL MUSLIM
FLEE2113 - ENGLISH II
FLAI2113 - AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH II
FIQU2103 - ULUM AL-QURAN
FIQT2102 - TAFSIR AL-QURAN

Semuanya seperti menarik. he he. Malaysian Studies tu kiranya Sejarah la.
Yang lain, insya-Allah akan cuba skor lagi. :) Insya-Allah, Amiin.
cukup excited ! ^^

Daftar penempatan juga sudah. Alhamdulillah, semester pertama, aku tinggal di tingkat 8. Tapi untuk semester 2, insya-Allah, akan menetap di tingkat 3. Mudah untuk bergerak, turun naik tangga, tanpa menunggu lif yang sentiasa out of services. oppss. #fakta

Kenapa aku pilih tingkat 3? Sebab:

1) Aku akan tinggal dengan rakan sekampung Mantin denganku.
Tuan Presiden Persis, Raihan Kamarulzaman. Lagipun, mudah untukku belajar dan menimba ilmu daripada beliau. :)
2) Dekat dengan Masjid, Kafe, tempat pelajar asasi melepak dan sebagainya.
3) Tidak perlu menunggu lif yang berkurun lama asyik rosak.

Okey, itu sahaja coretan kali ini.
Adios~ babai ! *lambai-lambai* Assalamualaikum.

Share:

Saturday, November 03, 2012

bingkisan titian

[tajuk memang tak boleh merepek lagi ke?]

Assalamualaikum w.b.t.

motif letak gambar ni? kredit: google.
Dengan nama-Nya, aku memohon perlindungan 24 jam 7 hari seminggu daripada terjebak ke kancah kebinasaan. (ini bukan iklan perlindungan 24 jam daripada nyamuk. sekian)

OK ! Apa khabar semua? Hebat? Positif? <--- ayat biasa

Alhamdulillah, hari meniti hari, aku meniti di jalanan cuti. Mengisi ruangan diberi seadanya sebaiknya. (cukup, jangan terlalu berfalsafah. ;p)

Minggu ini minggu ketiga saya bercanda dan berjimba-jimba menjalani cuti semester pertama. Sepatutnya kan, minggu ni adalah minggu kami menguruskan Minggu Taaruf Asasi untuk ambilan November 2012. Tapi akhirnya, berita baik muncul. Minggu Taaruf dibatalkan.

What? Macam mana boleh batal pula? Ya Allah... Tiada intake ke sesi ini? <---Itulah antara ayat-ayat terkejut daripada kami para pengurus minggu taaruf. he he..


Apa yang penting, cuti perlu diteruskan. aha!

Alhamdulillah, cuti kali ni banyak yang berlaku dan sudah diselesaikan.

Antaranya, Hari Raya Aidiladha disambut dengan sederhana. Pada hari kedua, famili sebelah bondaku mengadakan Kenduri Arwah dan Majlis Sambutan Hari Lahir. Bermula pada tengah hari dengan bacaan Yasin dan tahlil. Kemudian, makan-makan untuk jemaah Masjid.

Sebelah petangnya pula, kami semua mengadakan sambutan hari lahir untuk adikku Anis Adriana Fitryah, tiga pupu (eh, betul ke? ayah kepada mak budak ni sepupu nenek aku. ha, kira betul la kot..) aku, Nur Zara Aniqah, dan ayah saudaraku yang kupanggil 'Ayah De', Mohammad Asri Annuar.

Kawan-kawanku yang sempat datang, dua orang sahaja. Raihan dan Syaqirin. Yang lain sibuk agaknya. Maklumlah, raya kedua. ahak~

Peristiwa lain ialah, aku sudah berjaya mendapatkan Lesen P ! yeay \o/ ! Setelah bertahun-tahun menunggu, akhirnya inilah masa yang sempat untukku memperoleh lesen. Okey, no komen. lepas ni, kena banyak praktis je. ;P

Lagi apa lagi ek? haha. lupa sudah lupa. hish~

Ha! Awal minggu ketiga ni, aku dan rakan-rakan pergi ke KL Sentral. Lawatan ke Ekspo Buku Islam. *Motif sebut Lawatan? haha* Ya ! hangout bersama pelajar foundation (kalau bahasa indonesia, mereka sebut pondasi. ya buk, studen pondasi. haha) . Ada yang datang dari Kuala Selngor, Rawang, Gombak, dan Subang. After that, kami pergi Midvalley dan main bowling, makan-makan, jalan-jalan sampai petang. Lepas tu semua berpecah, dan balik.

*dulu hangout ni perkara paling aku rasa peliks~ ahak! jakun jap*

OK_bai. tiada apa yang nak diceritakan lagi, jumpa di lain siaran. ahak ! Assalamualaikum !

*lepas tengok cerita Cinta Vlog, rasa macam nak buat vlog pula. *k, mimpi* #kidding

#Bahasa yang digunakan dalam posting ini adalah bukan menggunakan bahasa melayu yang tepat. maaf ! *tunduk-tunduk gaya Jepun*

#posting ini bukan posting ilmiah. sekadar luahan bicara. Jadi tiada ruangan komen dari FB. he he. ;p
Share:

Thursday, November 01, 2012

Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral.



Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja.

Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya.

"Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas.

Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku.

Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas.

Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk,

Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?

Ini bukunya. Gambar ini dipetik dari Google.
Allahu Akbar. dalam fikiranku, aku yakin perempuan itu berusaha memujuk dirinya untuk bertudung. :') Justeru, aku memohon kepada kalian untuk mendoakan agar beliau berjaya memakai tudung dan istiqamah dalam memakainya.

Beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kita, namun mendoakan seseorang tanpa pengetahuannya amat mudah termakbul. Insya-Allah,

Wallahua'lam.

Sila tinggalkan komentar. :)

Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi