Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, December 30, 2012

Bila Bahasa Berminggu.

[17-21/12/2012]

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang minggu ini, Pusat Asasi KUIS menganjurkan Minggu Bahasa (Language's Week). Secara jujurnya, pada permulaannya aku memang seperti terpaksa. Ya, perasaan itu sama seperti semester lepas.

Semester lepas, langsung tidak aku masuk apa-apa kerana seperti tiada kepentingan. Lagipun, hebahan kepada kami pelajar Pengajian Islam + Semester 1, agak kurang. Namun, itu semester lepas. Semester ini, hampir semua program yang dianjurkan kami semua sertainya.

Pada malam hari pertama (Isnin), pihak penganjur menayangkan sebuah filem yang bukan 'apa-apa', tetapi penuh bermakna, filem Brave. Ia mengisahkan seorang puteri raja berambut merah yang minat memanah.

Nak tahu ceritanya? Silalah muat turun sendiri. hehe

Selepas habis filem ditayangkan, ada slot Cabutan Bertuah. OK, aku belum bertuah lagi hari itu. hehe.

Pada pagi hari Selasa, ada program Bicara Santai bersama Pensyarah Jabatan Bahasa Pusat Asasi KUIS pada belah pagi. Ada empat orang panelis, iaitu Miss Zulifah Rini, Miss Aina Al-Mardhia, Ustazah Zati Azmina dan Ustaz Khairul Akbar.

Dalam bicara Santai tersebut, kami diminta untuk mengemukakan soalan-soalan yang berhubung bagaimana ingin menguasai bahasa dengan baik.

Seriously, they was very very awesome. Ada satu part tu, ada salah seorang pelajar meminta agar mereka (panelis) membuat dialog dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab secara spontan.

Miss Rini dan Miss Aina berborak dalam bahasa Inggeris.
Ustaz Akbar dan Ustazah Zati berborak dalam bahasa Arab. :)

Ia spontan. Ish, kalau aku la, mesti boleh juga, tapi...gugup dan gementar tu nombor satu ! haha

Mereka berborak ringkas dan Alhamdulillah, hampir semua memahaminya.

Sebelah petang pula, kami menyertai Charade Contest. Permainannya lebih kepada teka perkataan. Permainannya meminta seorang peserta untuk melakonkan gaya perkataan tersebut, manakala peserta lain meneka perkataan melalui gaya tersebut.

Alhamdulillah, kumpulan kami memperoleh tempat kedua..

Hari Rabu, kami kembali menonton wayang ! Kali ini, filemnya adalah Beautiful Minds.

Cerita ini memang mantap. Penuh ilmu sehinggakan jadi pening. hehe.

Cerita tentang seorang genius/ ahli matematik yang selalu berfikir dan berfikir sehinggakan berhalusinasi dengan fikirannya. Best dan amat memeningkan ! Ceritanya tidak cacamarba, tapi 'seolah-olah' menjiwai watak, jadi turut sama terpening dengan nombor dan sebagainya dalam cerita itu. Ceritanya agak mental seperti cerita SAM. -,-'

Di akhir tayangan, juga diadakan Cabutan Bertuah, tapi apa kan daya masa tak akan kembali *tetiba nyanyi* tetap tak bernasib baik~ hee.

Hari Khamis, kami tiada program sangat, hanya latihan untuk Choral Speaking. Bayangkan, kami hanya berlatih Choral Speaking hanya sehari (atau mungkin beberapa jam!). Teruk tak teruk la kan? Haha.

Hari Jumaat, pada paginya, kali terakhir berlatih Choral Speaking waktu kelas Miss Rini. "jangan jeles* :P
kemudian Usrah dan Solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat, maka acara yang ditunggu telah tiba.
Acara Choral Speaking + Pubic Speaking dan Kalam Jamaie.

Semua team melakukan persembahan yang baik ! :) Team kami? haha, budak baru belajar~

Ini team kami~Agak merepek. XD


Satu perkara yang membuatkan aku berbangga adalah, sahabatku Tarmizi Ramli berjaya mencabar dirinya untuk menyertai Public Speaking. Dan dia berjaya melakukannya. Tahniah bro !

Alhamdulillah, selesai kami berminggu bahasa. Moga ukhuwah tetap terikat erat. Amin.

Nah, ada beberapa gambar~ :D




Sekian. Wassalam.

tinggalkan komen:
.
Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi