Posts

Showing posts from January, 2013

Manusia dan Musim Tema-tema Mereka

Image
Assalamualaikum. Salam Satu Malaysia ! Salam Maulid al-Rasul ! Kadang-kadang aku terfikir yang kita ni hanya hidup bertema. Well, manusia memang suka 'tema' kan? bukan apalah kan, sebab kebanyakkannya khususnya di Facebook (termasuklah yang bercakap ni. haha !), suka sangat dengan tema-tema tertentu. Contohnya, Isu Boikot Barangan.Israel. Selepas Israel membuat serangan yang akhirnya menimbulkan kemarahan Muslimin, hampir semua turut sama marah dan sama-sama berkempen agar memboikot produk  yang menyokong Israel. Sehinggakan, McD pun ramai yang tidak lagi kunjungi (untuk waktu itu). Namun, akhirnya kini, semua sunyi dan senyap. McD kembali ramai. Boikot tidak lagi bergerak. huh ! Lebih cepat sejuk dari tahi ayam kita ni ! Seterusnya, Isu Listen baru-baru ini. Huh ! Heboh satu Malaysia yang dichentai tentang tindakan 'kurang pandai' seorang pemegang ijazah terhadap seorang Mahasiswi. Secara baiknya, ya, ia menyedarkan kepada semua bahawa trend pembodohan ma

Segmen : Kempen Blogger Hijrah

Image
KEMPEN HIJRAH Organised by #TeamHijrah Blogger United Hosted by : Zahirul Nukman Cara Menyertai Kempen Ini. 1. Buatkan satu entri bertajuk: Kempen Blogger Hijrah 2. Letakkan poster rasmi kempen ini dalam entri tersebut dan linkkan ke post entri ini. 3. Tulis apa yang mahu berkaitan hijrah, sama ada: a) Cerita hijrah anda. b) Seruan untuk individu berhijrah. (cth: seruan untuk blogger berhijab, dan sebagainya) c) Seruan untuk memberi kesedaran agar mengislahkan blog. (cth: Seruan untuk mengajak blogger menghindari daripada meletakkan gambar yang membuka aurat dll) d) Informasi Hijrah yang anda ingin kongsikan. 4. (Sekiranya Mahu) Letakkan Banner FB Team Hijrah ini dalam blog masing-masing. Linkkan gambar tersebut dengan link: http://www.facebook.com/teamhijrah.my 5. Letakkan pautan (link) entri blog anda di ruangan komen entri ini dan ( kalau ada FB ) di FB Event : Segmen : Kempen Blogger Hijrah , agar kita semua tahu berapa ramai yang sudah join. 6

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20

Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat | #KL112

Image
DEKLARASI HKR | #KL112 Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman. Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut: Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas; Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka; Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia; Keempat: Kami m

#Diskuis5 : Kita Berbeza - Merapatkan Jurang Perselisihan

Image
Alhamdulillah, Isnin malam Selasa (07012013) sempat menghadiri Diskusi Mahasiswa Asasi KUIS (#Diskuis) edisi kelima, dengan tajuk - Kita Berbeza: Merapatkan Jurang Perselisihan. Ia merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS di bawah kelolaan Lajnah Akademik dan Pembangunan Ilmiah PERSIS. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Saudari Aminah Tajul Arifin dan Moderator yang mantap kali ini, Saudara Irfan Asyraf Al-Malizi kerana berjaya mengendalikan diskuis kali ini dengan baik, walaupun kehadiran yang amat-amat tidak dijangka ramainya. Terima kasih juga kepada beberapa orang bekas Mahasiswa Asasi yang turut hadir, Saudara Syed Hamzi Syed Mohamad (Senator MPP Akademi Islam KUIS) dan Saudara Muhammad Saifullah Mohd Rozli (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Jabatan Dakwah KUIS). Sungguh, kehadiran kali ini memang tidak dijangka. Lebih ramai daripada biasa. Sememangnya tajuk kali ini amat baik untuk dibincangkan oleh kami. Antara quote yang baik malam tadi untu

2013 : Tahun Perubahan | Bingkisan ORKED.

Image
Alhamdulillah, sambutan tahun baharu kali ini, Tahun Perubahan 2013 bersama Tim GAMIS dan ratusan Mahasiswa Malaysia, di Dataran Merdeka. Operasi Dakwah Dirasai (ORKED 2012), bermula selepas solat Isyak. Aktiviti kami, berdakwah dengan 3S (Senyum, Sapa, Salam), mengedarkan risalah dan takwim, serta membuat Flash Mob. Paling 'sabar je la' apabila semasa mengedar risalah, kami diprovok dengan tiupan Vuvuzela - yang menghalakan corongnya ke arah kami - yang amat-amat membingitkan. Namun, satu sahaja yang tersemat, "Dakwah, harus ada ujian !" Depan Pentas Utama, sedang berlangsung Konsert yang turut dihadiri pemimpin Islam Negara, dan di'seri'kan dengan lagu-lagu dari artis tempatan dan luar (terutama Artis K-Pop). Namun, di belakang pentas pula, ratusan Mahasiswa sedang berkumpul mendengar pidato dari pimpinan mahasiswa Malaysia. Antara yang hadir adalah pimpinan GAMIS yang diketuai oleh Muhammad Azan Safar, Presiden GAMIS dan mahasiswa/i selur