Posts

Showing posts from May, 2013

Of Our Examination, Friendship and Expectation

Image
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.

Image
PEMBUKA Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini. I ------------------------------- Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi. Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga. Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita. Walau benar sekalipun yang disampaikan, nilai akhlak di paras yang mendukacitakan, Maka, sia-sia usaha anda. Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas. II ---------------------------------------- Kuat berdemo, turun ke jalanraya, Namun jati diri sebagai Muslim tiada. Musnah dan deritalah agama. III ---------------------------------------- Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini. Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah, Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG. 1) Idealisme

Tentang ISM.

Image
Assalamualaikum. Dua tiga hari ini, semua berbicara tentang ISM.  Bukan pertubuhan NGO-Politik ISMA, atau 'ism, ism' yang lain. Tetapi soal Ijazah Sarjana Muda. Hakikatnya aku buntu. Kaku dan lesu. Namun dipujuk juga Qalbu, Harus tempuhi semua yang bakal berlaku ! Okey, cukup. Tak perlu berima-rima yang indah. Haha. Serabut juga kepala ni bila memikirkan apa yang inginku sambung untuk ISM nanti.  Soalnya, jangan ditanya tentang cita-cita. Aku pasti tidak bisa menjawabnya. Dari dulu, tak lain tak bukan. Aku hanya 'berani' menyebut, cita-citaku adalah Pendidik. fullstop. Kalau tanya orang lain, mesti dah 'set up' apa yang mereka inginkan. Ada yang nak jadi Pegawai Pemasaran lah, Doktor lah, Tutor lah, dan lain-lain lagi lah. Peduli. Itu orang lain. Bukan aku. Heh. Sebenarnya, aku sudah ada pun syarikat, lagi mahu apa kan? Haha.  Okey, insya-Allah. Dalam borang permohonan kemasukan, pilihanku adalah: Pertama: Ijazah Sarjana Mu

Kesempitan itu Pengajaran, Juga Pengalaman.

Image
Puisi tekanan perasaan *pon boleh* Kadang-kadang kita rasa nak lari dari realiti, kan? Kita cuba lari, dan lari, dan lari. Sampai mana kita mampu? Kita takkan boleh lari dari realiti. Jangan nak membohong ! Jangan nak tipu diri-sendiri. Realiti itu, hakikatnya mimpi.' Mimpi kita di dunia ini. Nyah kau tekanan perasaan. Pergi kau alasan ! Biar kita sudah terlajak, Setiap derap harus dijejak. Huh! Kita tak mampu untuk lari dari semua ini ! Tapi kita takut. Takut, hingga membuatkan minda kita kabut. Argh ! Ketakutan itu membantutkan diri kita, memerangkap langkah kita, menggetarkan jiwa kita ! Di saat ini dan sepanjang masa, hanya Tuhan tempat kita meminta. ----------------------------------------- *Ada yang kata aku ni terlalu 'jijik' dengan hal ehwal cinta-cinta ni. Oh no . Aku bukan jijik dengan cinta, aku jijik dengan orang yang terlalu obses bercinta seolah-olah dunia milik dia dan 'bakal' pasangannya. 'Jijikan' aku