Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, May 24, 2013

Kabinet Berimbang atau Kabinet yang Membimbangkan?

Kabinet Baharu Malaysia, sebuah 'Kabinet Berimbang' atau 'Kabinet yang Membimbangkan'?



Isu selepas pengumuman barisan Menteri:

1. Suara Politik Baharu

Fokus kebanyakannya bertumpu kepada YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang mewakili 'golongan muda' dalam Kabinet kali ini. Walaupun kes 'terlibat dengan politik wang dalam Pemilihan UMNO' menjadi topik yang tidak boleh dilupakan, namun keterbukaan berpolitik anak muda ini dipandang baik oleh kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara yang menarik perhatian, "Ini adalah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, bukan Kementerian Belia dan Sukan Barisan Nasional", yang memperlihatkan keterbukaan secara professional dalam politik dan tanggungjawab.

2. Isu Mubaligh Kabinet.

Fokus lain, peratusan 'mubaligh Kristian' dalam Kabinet menaungi dan memayungi jemaah menteri dengan barisan Menteri dan Timbalan Menteri yang beragama Kristian, sedangkan mereka yang berpendidikan Islam adalah sedikit, mungkin seorang.

Sekurang-kurangnya 7 Menteri Kristian terlibat, tidak termasuk Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Datuk Mary Yap Kain Ching yang dilantik Timbalan Menteri Pelajaran. Mereka adalah:

1. Tan Sri Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

2. Dato Joseph Entulu Belaun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. Datuk Seri Idris Jala
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

4. Datuk Richard Riot Jaem
Menteri Sumber Manusia

5. Datuk Dr Ewon Ebin
Menteri Sains, Teknologi & inovasi

6. Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili
Menteri Tenaga, Air & Teknologi Hijau

7. Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan & Komoditi.

3. Isu Minoriti yang Besar.

Hakikatnya saiz kabinet Malaysi lebih besar dari negara-negara maju lain yang mempunyai warganegara yang lebih berlipat kali ganda.

Jumlah Menteri di Malaysia hampir menyamai di India (33 orang), namun kapasiti yang di tadbir oleh India adalah 1 Billion++ penduduk, dan keluasan negara yang 10 kali ganda lebih besar dari Malaysia.

Manakala di England dan Australia, jumlah menteri mereka lebih sedikit berbanding Malaysia, yang ditadbir oleh Kerajaan yang mendapat sokongan 48% (urang separuh) rakyat (pengundi) Malaysia - minoriti-.

4. Isu Menteri Tidak Sah

Timbul masalah bilamana Menteri dan Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah tetapi hakikatnya tidak layak menggalas jawatan tersebut dek kerana tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hakikatnya Jemaah Menteri Kabinet hanya boleh diisi oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sahaja, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 5 individu yang dipilih sebagai Menteri dan Timbalan Menteri tetapi tidak bergelar Senator (Ahli Dewan Negara). Ini sekaligus melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan institusi YDPA.

Barisan Nasional harus bertanggungjawab atas penghinaan ini!

Mereka adalah:

1. Datuk Paul Low Seng Kuan (Mantan Presiden Transparency International-Malaysia)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Mantan Presiden Maybank Malaysia)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. P Waytha Moorthy a/l Ponnusamy (Ketua pertubuhan Hindraf)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

4. Datuk Dr J Loga Bala Mohan a/l Jaganathan (Pengerusi PPP Pulau Pinang)
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

5. Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Ketua Perhubungan UMNO Kedah)
Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

5. Isu Menteri Wanita

Kabinet kali ini seolah-olah mengenepikan peranan wanita. UMNO bukan sahaja tidak mencalonkan Timbalan Ketua Wanitanya (bekas), Datuk Kamilia Ibrahim sebagai calon malah melantik wanita tidak sampai dari 30% seperti mana yang dihebahkan sebagai "penglibatan 30% wanita dan sektor kerajaan".

Menteri dan Timbalan Menteri Wanita:

1. Datuk Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2. Nancy Haji Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

3. Datuk Azizah Mohammad Dun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

4. Datuk Noriah Kasnon.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

5. Datuk Halimah Mohamad Sadique
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

6. Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pelajaran

7. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kerja Raya

6. Isu Ketua Wilayah Persekutuan bukan Wilayah Persekutuan.

Isu ini seringkali dibangkitkan. Kabinet Barisan Nasional sering kali tidak melantik individu dari Wilayah Persekutuan mengetuai wilayah tersebut.

Seperti 2008, Menterinya ialah dari Wilayah Persekutuan, tetapi timbalannya tidak.

Kabinet sebelum ini.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.(Senator WP - Lantikan YDPA)
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan (Tapah, Perak )

Kabinet sekarang:
Kementerian Wilayah Persekutuan.
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (MP Putrajaya)
Timbalan Menteri: Datuk Dr Loga Bala Mohan a/l Jaganathan (Senator Pulau Pinang - Lantikan YDPA)


------------------------------
Ternyata Kabinet Malaysia kali ini bukan Kabinet Berimbang, tetapi kebinet yang cukup membimbangkan !
Share:

0 Komentar:

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi