Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Sunday, June 09, 2013

Ukhuwah yang tidak terbeli

Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha.

Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun.

Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :')

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Biasalah hiruk pikuk jadinya kampung ni bila anak beranak semua berkumpul. haha. *Gambar tiada, sebab aku tak sempat nak ambil gambar dari kamera maklong. >,<'

Esok paginya aku balik semula ke KUIS. Cepat kan? Ramai yang kata, kenapa tak balik je rumah tu? kenapa awal sangat balik kuis? bla bla bla haha. Tapi entahlah, rasa kemalasan yang amat bila duduk rumah. Bukan buat apa pun sebenarnya. Nak berjalan, kereta dekat kak long. Haa, kaklong aku dah kerja dekat Shah Alam tau, bersama kereta kancil itu ! haish.

Aku balik awal ni sebab aku nak ke #MyGMJ dekat Shah Alam.

#MyGMJ

Hasrat hati nak ke MyGMJ ni sudah lama. Seminggu sebelum program berlangsung lagi dah rancang nak pergi. Cuma, yang belum dirancang adalah pergi dengan siapa? haha.



Kebetulan selang beberapa hari aku promotekan iklan dekat grup Foundation tu, Syazwan offer dekat aku yang nak pergi sama-sama. Persoalan, "Naik apa?" Dia jawab, motor. Waktu tu aku cuba bayangkan yang aku dan dia naik satu motor. Mulanya, memang tak mampu nak bayang.

Sehari sebelum har kejadian, Syazwan mengalami kemalangan kecil. Lutut dan siku luka. Dan aku memang merasakan keperitan itu. Berdarah di siku dan lutut, mana tak sakit? =,='

Namun, di hari kejadian, dia gagahkan juga nak pergi MyGMJ tu, tekad juga nak bawa aku. Part ni aku serba salah. Manakan tidak, dengan lutut sakit, dari Shah Alam pergi Bangi, dengan motor, berdua lagi. fuhh.  Salute habis kau sahabat. :)



Sampai di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sakitnya jelas. Duduk di atas motor hampir sejam membuatkan tulang belakang rasa amat lenguh. haha. Kami terus ke kawasan program.

(entri MyGMJ akan berpautan di sini nanti, Insya-Allah)

Sesudah habis program sahaja, sakit beliau semakin jelas. Sudah lama duduk, lutut pasti sukar untuk dibengkok. Apa-apapun, beliau tetap mengambil keputusan untuk terus memecut ke Bandar Seri Putra. Pesanku agar berhenti dahulu di mana-mana RnR, tidak diendahkan. Bukan apa, ujar beliau "kalau sudah berhenti nanti, rasa berat nak gerak". Ada benar katanya, namun aku masih risaukan dia. Haih dia ni.

"Anak Muda Harus Berani!" itu je kata-kata yang mampu dijadikan alasan agar terus kental mengharungi segala dugaan.

Sesampai di BSP, kami solat Isyak dahulu di Surau PLUS BSP. Berehat sebentar, kemudian mengisi perut yang kekosongan sejak petang. Selesai makan, menginap di rumah Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr, finalis Daie Muda TV3 di kawasan Bandar Seri Putra. Kami lena keletihan.

Sungguh, aku kagum dengan semangat sahabatku ini.
Semoga ukhuwah yang tidak terbeli ini sampai akhirat nanti.

P/S: Entri tentang MyGMJ nanti akan kukongsikan, insya-Allah. :)
Share:

Thursday, June 06, 2013

Seketika di HKK 2013.

Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu.



Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah:
1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik)
2. Syair (Perpaduan Negara)
3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran)
4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna)
5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona)

Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus.

Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat gaya persembahannya, namun contentnya cukup bertenaga. :)

Persembahan Sajak turut menghibakan suasana. Lontaran suara Amar Sunan dan Yasmin cukup membuatkan penonton sebak dan memanggil memori lama. Sajak berkaitan bonda (bukan satakat sajak), kalau pidato berkaitan bonda pun kita semua boleh sebak, kan? :)

Persembahan yang lain juga mantap. Pantun dan Lakonan cukup menghiburkan. Syair mungkin perlu dinaiktarafkan sedikit, mungkin boleh ditambah dengan elemen muzik syair. Bunyi tersebut boleh menambah perasa Syair agar penyampaian tidak terlalu sunyi. Sekadar sedikit komentar.

Paling tertarik minatku adalah video gimik yang memang awesome. Kalau sudah di-upload ke Youtube, akan ku kongsikan di sini. :)

-------------------------
HKK seperti juga CFNPersis yang lepas, berjaya mempertemukan beberapa pensyarah yang tidak mengajar kami pada Semester 3 ini. Khususnya Encik Hairol Anuar Mak Din, pensyarah Pengajian Malaysia kami semester lepas. Ingatkan sudah tidak berpeluang bersua muka dengan beliau lagi, haha. Alhamdulillah dapat bertemu dengannya di HKK tadi.

Selepas HKK berkahir, Encik Hairol Anuar tiba-tiba berkata kepadaku, "Bagus blog kamu, saya suka"(something like that la). Terus kekagetan aku. haha. Bukan apa, Tak kusangka blogku ini dibaca oleh pensyarahku.

Apa-apapun, terima kasih kerana membaca blogku. Moga peroleh manfaat, sekiranya ada. :)

sekian dahulu coretanku, kita bersua di lain kalam.

Saya Mohammad Zahirul Nukman, terima kasih kerana membaca. (dah ikut stail pembaca berita dah) haha.
Share:

Sunday, June 02, 2013

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Assalamualaikum w.b.t,

Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :)

Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha.



Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa..

Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat.


Apa-apa pun, untuk majlis makan malam tersebut,

terima kasih kepada penilai anugerah (barisan MT Persis) kerana memilihku,

terima kasih kepada petugas Unit Makanan yang saya ketuai kerana menjalankan tugasan yang superb,

terima kasih kepada putera puteri Asasi AI B kerana menerimaku seadanya (haha) - hadiah ini buat kalian!,

terima kasih kepada Murabbi Ustaz Nushi Mahfodz dan Murabbi Ustaz Amiza Khusyri Yusof kerana mereka adalah pencetus inspirasi untukku aktif dalam berorganisasi. :)

Terima kasih khas buat Ummi, Papa, Ayah De kerana membantu menjadi 'catering' untuk Makan Malam tersebut. Sayang Ummi, Sayang Papa, Sayang Ayah De. Haha.

Mengimbas kembali beberapa babak dalam persiapan CFNPersis ini,


Ini gambar Mesyuarat Terakhir CFNPersis, yang berlangsung pada Rabu Petang sehingga Malam Khamis. Membincangkan langkah-langkah dan persiapan akhir program agar perjalanan berjalan lancar.




Malam Jumaat tersebut pula, kami menggagahkan diri menyiapkan susunan pentas yang ceria tu, sampai agak lewat malam. Persiapan bersambung sampai sebelum Asar hari berikutnya (sebelum CFNPersis bermula). Penat, mengantuk semua ada. haha. Jadi, nah sedikit gambar malam tersebut. :P



Apa-apa pun, inilah kenangan yang bakal dibawa untuk masa hadapan. Semoga ukhuwah kami berkekalan sehingga mati.

Assalamualaikum, jumpa lagi !

-----------------------------------------
Senarai Pemenang Anugerah CFNPersis.

Anugerah Pelajar Asasi Teknologi Maklumat Terbaik.

Lelaki: Muhammad Syaqirin bin Mohd Suhaimi
Perempuan: Siti Shahirah binti Yusof

Anugerah Pelajar Asasi Pengurusan Terbaik.

Lelaki: Muhammad Azizul bin Mohd Sahimi
Perempuan: Nurul Arifah binti Bukhari

Anugerah Pelajar Asasi Pengajian Islam Terbaik.

Lelaki: Muhammad Shahril bin Abdullah
Perempuan: Nur Hurul Ain binti Asmuri

Anugerah Pelajar Asasi Terbaik
: Muhamad Raihan bin Kamarulzaman

Anugerah Mahasiswa Proaktif
: Mohammad Zahirul Nukman bin Mohd Narakna

Anugerah Mahasiswi Proaktif
: Azyan Amalina bin Azhar

Anugerah Olahragawan Asasi
: Mohd Fitri bin Mohd Naim

Anugerah Olahragawati Asasi
: Farziana binti Badrizaman

Anugerah Pelajar Cemerlang
: Nurul Arifah binti Bukhari

Anugerah Kelas Terbaik
: Kelas Asasi Teknologi Maklumat (IT)

Anugerah Khas PERSIS
: Muhammad Syaqirin bin Mohd Suhaimi

Anugerah Hang Tuah
: Muhamad Aiman bin Rosdi

Anugerah Mahsuri
: Basyirah binti Mohamad

Anugerah Selaut Kasih
: Pusat Asasi KUIS.

Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi