Posts

Showing posts from July, 2013

Coretan Solidariti Ummat : Mesir.

Image
Coretan Himpunan Aman Bantah Kudeta Mesir. 1. Alhamdulillah, himpunan tadi tidak terganggu dengan Asap Rokok. Berbanding himpunan yang sebelum ini, asap tu jadi makanan dan wangian semua peserta (walaupun tak hisap). 2. Alhamdulillah, himpunan tadi berada dalam cuaca redup (dan akhirnya hujan ketika perjalanana pulang), berbanding Badar Al-Kubra yang berperang ketika berpuasa dan cuaca yang panas. 3. Saat Ustaz Akram Ikrami (sebagai wakil Mahasiswa, dan bekas Presiden GAMIS) bertanya kepada para demonstran, siapa Mahasiswa yang hadir, sila angkat tangan', ramai rupa-rupanya mahasiswa yang hadir dan mengangkat tangan menandakan sokongan kepada rakyat Mesir, Presiden mereka yang sah iaitu Prof Dr Mohammed Morsi, dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, dan menyatakan bantahan kepada pengkhianatan demokrasi yang dilakukan oleh Jeneral Al-Sisi, dan pemerintahan tentera tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang sebenar. 4. Kelihatan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan ramai demonstran m

Ya Thoybah !

Image
Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam: 1. Jangan terlalu cepat menghukum: 'itu salah, ini bid'ah'. 'Yang kau buat ni tak ada nas sahih' 2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan. Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu. 3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.' Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul. 4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman? Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat. Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyy

Apa selepas PERSIS?

Image
Assalamualaikum. Selamat berpuasa diucapkan lagi. Sekarang sudah masuk pertengahan Ramadhan. Bulan pon mengambang cantik. Yang bawah ni, gambar bulan lepas. 23 Jun. Sumber: http://shahgazer.net/astrophotography/ Macam-macam berlaku di bulan puasa ni. Menariknya tarbiyyah dari Allah itu datang bukan dari luar sahaja, tetapi bagaiaman kita mengawal yang dalam. Bayangkan tekanan sekarang bukan sekadar makanan (dah tak layan dah nafsu makan), tapi datang dari kerja, assignment, pinjaman dan macam-macam. Mahu atau tidak, wajib dilalui untuk teruskan hidup. Fuhh. berat nanang. Berbalik kepada tajuk. Apa selepas PERSIS? Saudara Hasnan Daud pernah kongsikan kepada kami dalam DISKUIS, environment di universiti ini berlainan dengan keadaan di sekolah atau rumah. Fasa Universiti merupakan fasa bebas. Tidak terikat dengan undang-undang sekolah lagi. Jadi, terpulang kepada kita ke mana mahu bawa diri. Alhamdulillah, mahu atau tidak, semasa di Asasi dahulu kami terlibat secara langsung dalam

Dari Berangan, Kepada Perancangan

Image
Bismillah. Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan. Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :) Anak Bulan 3 Ramadhan. :) Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga. Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :) Hidupkan budaya Ilmu. :) Pernah dengar tak hadith, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pah

Sahur: Jom Lewatkan !

Image
Perihal Sahur 1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Minda Tajdid: Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. 2. Ustaz Shahrizan Daud Al-Turabi turut berkata dalam Seminar Impactive Ramadhan yang lepas, waktu imsak adalah waktu sahur yang terbaik. Tapi jangan time tu nak makan makanan berat seperti Nasi dan lauk. Cuma, waktu itu sunat kita mengikut cara Nabi, dengan memakan Kurma dan minum air. 3. Ustaz kata lagi, kalau nak makan sebelum waktu itu (pukul 12-5 pagi) pun tak mengapa, tapi ambillah sunnah melewatkan bersahur dengan makan sedikit kurma beberapa minit seb

Pengalaman, Terus Melangkah !

Image
Hari semalam, kami mendapat keputusan GPA bagi Semester 3 Asasi KUIS. Maka, lengkaplah ketiga-tiga Semester dan peroleh CGPA bagi Pengajian Asasi KUIS. Alhamdulillah, keputusan yang baik. Meski mungkin 'bawah sedikit dari target', namun aku harus bersyukur. Selama ini Allah telah banyak memberi rezeki dari arah yang lain. Jadi mengapa perlu 'melenting' bila tidak mencapai sasaran. Keputusan memang penting, namun bagiku pengalaman semasa berada dalam Asasi lebih bermakna. 1. Pengalaman menjadi junior tetapi tak pernah menjadi senior. (sebab kami tiada junior selama kami dalam Asasi) 2. Pengalaman berkhidmat sebagai salah seorang EXCO dalam Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) 3. Pengalaman menganjurkan program Diskuis dan program lain. 4. Pengalaman berselisih pendapat dengan student lain di Asasi. 5. Pengalaman menetap di Parcel (Penempatan) Type A (Sebab dapat tajaan Tabung Biasiswa Rektor. Mungkin lepas ni dah tak boleh dah duduk Type A) 6. Pengalama

Ikatlah Seeratnya

Image
IKATLAH SEERATNYA Oleh: Amir Madani Zikra Kuhirup udara segar di kawasan rekreasi dalam kawasan kolej tempat kumenimba ilmu. Merenung tasik yang cukup indah, tenang airnya. Sesekali kelihatan beberapa ekor ikan muncul di permukaan. Diiringi angin yang seolah-olah membuai tubuh. Sungguh, petang Jumaat itu amat damai. Sedang asyik memandang panorama indah kurniaan Rabb al-Jalil, otakku ligat memikirkan tugasan yang diterima dari murabbiku semalam. Aku harus menyiapkannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Bukan lagi harus, malahan wajib kerana ia tugasan penting yang telah disepakati oleh kami semua secara bersama. TARBIYAH SENIOR Fikiranku melayang entah ke mana. Cuba mengimbau memori lama di saat aku di sekolah menengah dahulu. Aku pernah menuntut di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, terkenal dipanggil sebagai ITQAN. Itulah bumi aku ditarbiyah dan mentarbiyah diri. Bumi yang cukup berharga buat Ummah Khusus di Malaysia, dan di dunia secara amnya. Hari i