Posts

Showing posts from August, 2013

Sufi Haraki di Aidilfitri

Image
Jadilah Sufi Haraki di Aidilfitri. Dalam sibuk menyelami Hari Raya dengan ibadah kerana Allah, Jangan lupa praktikkan Muamalah kepada handai dan kerabat. Jadilah individu yang bukan sahaja hebat mensucikan diri,  tetapi jadilah juga individu yang mendengar dan memahami selok-belok tradisi ummat. - mesej dari sahabat Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi silaturahmi." - (Hadith Riwayat al-Bukhari) :)

Keadilan VS Kesamarataan

Image
Keadilan VS Kesamarataan Situasi Satu. Hamdi merupakan seorang bapa kepada dua orang kanak-kanak comel, Danial dan Diana. Baru-baru ini, beliau membeli dua helai baju kemeja-T lengan pendek di Jusco untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Beliau bukan seorang bapa yang adil. Sekiranya beliau seorang yang adil, apa yang patut beliau lakukan? Ya, dengan memberikan perkara yang sepatutnya bertepatan dengan kehendak Islam, iaitu membeli T-Shirt lengan panjang (Muslimah) untuk anak perempuannya, dan T-Shirt lengan pendek/panjang untuk anak lelakinya. Ini baru dinamakan adil. :)

Tentang Syiah

Image
Perbualan dua individu. Tentang Syiah. A: Kenapa Kerajaan bersungguh-sungguh banteras Syiah? B: Sebab Syiah itu terpesong dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita mesti membantu kerajaan bagi menanganinya secara bersama. A: Oh. Saya cadangkan agar Kerajaan perlu tanamkan subjek Aqidah dalam sistem pendidikan Negara. B: Err... Bukankah Kerajaan sudah lama memperkenalkan subjek Pendidikan Al-Quran  dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. A: Ya, tapi ia khusus bagi mereka yang 'memilih' aliran agama sahaja. Apakah Islam itu boleh dipilih-pilih? B: Em.. Bukankah sudah ada subjek Pendidikan Islam dan Tasawur Islam? A: Benar, tapi apakah ia sudah mencukupi dan dihayati oleh setiap pelajar Muslim? B: Insya-Allah, sudah cukup untuk dihayati sebenarnya. Kerajaan kita sudah cukup memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. A: Terus, kenapa perlu banteras Syiah? Kenapa Syiah mudah berleluasa di Malaysia? B: ... err.. :) Mari bersama membante