Posts

Showing posts from 2014

Menyelusuri dunia blog PMI

Image
Berjinak-jinak dalam dunia blog sejak 2009 membuatkan aku tetap peka dengan perkembangan dunia tersebut. Menjengah usia merapati institusi gerakan, tetap tidak melengahkan aku dengan perkembangan tersebut. Blog, sebelum Facebook, dahulu cukup aktif dan responsif. ya, sehingga kini pon, ia masih kekal aktif dan responsif. Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Malaysia turut tidak berkecuali dalam pembikinan blog masing-masing. Aku cukup mengikut rapat perkembangan mereka. Ternyata, bukan seringkali ianya dikemas kini. masing-masing lebih tertumpu pada Facebook rasmi persatuan masing-masing. Walau bagaimanapun, blog mereka kekal hidup alau bertukar kepimpinan. Ya, diharapkan agar institusi blog tidak ketinggalan dikemas kini. juga tidak ditinggalkan begitu sahaja untuk tenure kita, bahkan ia perlu diwarisi kepada tenure akan datang. Biarkan ia kekal dengan pautan yang sama. Berikut merupakan senarai pautan mereka, 1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia -  http://gamismalaysi

Jun Untuk Ummah

Image
Bulan Jun bulan sibuk. Bukan Jun sahaja, tetapi semua bulan sibuk. Mana bulan yang tak sibuk? Alhamdulillah, semalam selesai Seminar Friendly Comparative Reigion yang dikendalikan oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (India Muslim), Bro Mas-Yuri Mahyiddin (Melayu Muslim) dan Bro Ateh Kadir (Iban Muslim). Kami belajar kewajipan berdakwah, bedah bible, cabaran muallaf, perbandingan agama, salaha faham terhadap Islam dan sebagainya ! Ohsem. Hari ini (Jumaat) hingga Selasa, berlangsungnya Induksi Taaruf. Persediaan sebelum melangkah jauh. Rabu hingga Ahad depan, menyambut ketibaan mahasiswa baharu KUIS sesi pertama ambilan pertama. K & P : Kerjasama & Perpaduan. Khidmat untuk Ummah.

Unsung Hero

Image
Be an UNSUNG HERO, is better than be a TOXIC PEOPLE. #SilentSaturday

"Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia."

Image
Seronok bila Ustaz menyebut : "Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia." Teringat sejak waktu kecil lagi, saya dibesarkan dengan meja belajarku diletakkan peta dunia dihadapannya. Di sekolah rendah pula, saya mengambil subjek Kajian Tempatan. Subjek Pengetahuan Am yang sangat saya minati. (Ustazah yang mengajarku dahulu kini belajar sama kampus denganku. :p ) Di sekolah menengah rendah pula, saya mengambil subjek Geografi. Tahun saya mengambil PMR adalah tahun 2008 yang hangat dengan Pilihan Raya Umum ke-11. Kebiasaan bagi akhbar adalah menerbitkan sisipan khas PRU yang mempunyai peta kawasan pilihan raya. Apa lagi, kubaca dan kuhadam nama-nama tempat yang terdapat di Malaysia. Alhamdulillah, dek kerana minat tersebut, Geografi adalah subjek yang saya skor. Haha. Khulasahnya, jom didik keluarga dan rakan anda dengan menanam sifat 'kuasai dunia' dengan memiliki peta sekarang ! :)

Islah Sistem : Pray For Peace

Image
‪#‎PrayForMH370‬ & ‪#‎PrayForIM529‬ 1. MH370: Kita tidak mahu menyentuh kesedihan yang melanda, namun sudah tiba masanya sistem yang berada dalam sektor penerbangan perlu diislahkan. Mana-mana syarikat penerbangan dinasihatkan agar memasukkan elemen Islam yang kini sudah diketepikan. Antara aspek yang boleh direformasikan: - Pemakaian Uniform yang menutup Aurat. - Bacaan Doa sebelum Berlepas. - Pemberhentian hidangan bukan syarie - Pemansuhan cukai yang mengaut keuntungan melampau. 2. IM529: Mengambil pengajaran yang berlaku di Mesir. Ayuh, kita terus  perjuangkan syariat Allah agar tertegak di muka bumi ini.

Jalan Berbeza, Tujuan Sama. [Bukan Agenda Plural]

Image
Setiap jalan yang diambil oleh manusia itu berbeza. Jalan Sufi, Haraki, Tablighi, ops, maaf istilah ini mungkin susah difahami. Ambil contoh mudah, pergi ke Mekah. Ada yang naik kapal terbang, ada yang naik kapal, yang konvoi bermotor pun ada. Bila jalan yang diambil berlainan, maka pengalaman yang dilalui juga berlainan. Yang naik kapal terbang, nampak pemandangan bandar-bandar besar dari atas, laut yang terbentang luas dibawahnya danawan yang tebal. Yang naik kapal pula, banyak masa beribadah boleh dilakukan dalam kapal. Tenang, nampak lautan yang membiru, Bandar yang kejauhan, burung terbang melintasi kapal dan sesekali ikan-ikan mengikuti kapal. Yang berkonvoi pula, pasti lebih banyak pengalaman. Perjalanan yang jauh, merentasi sempadan puluhan negara, dengan pelbagai suasana di setiap negara yang dilalui, bandar besar, perkampungan miskin, dan pelbagai lagi pengalaman yang berbeza daripada menaiki kapal dan kapal terbang, Jadi? Biar cara kita berbeza, jangan persalahk

Pesan Naqib-naqib tentang Profesional.

Image
Naqib 'Multimedia' aku pernah kata (lebih kurang begini bunyinya), gunakan sedikit kepakaran yang kita ada semaksimum mungkin sehinggakan orang lain menyangka kita profesional dalam kerja. Naqib 'Leadership' aku pula berpesan (pon lebih kurang begini bunyinya), jangan ajar sahabat-sahabat dengan perkara yang ala kadar. Budayakan diri kita dengan sikap profesional. Point utama: Profesional. Khulasah: Berilah manfaat buat ummat, dengan ilmu yang ada walau secebis.

Regenerate Campus Democracy

Image
Pilihan Raya Fakulti (PRF) yang dihangatkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat KUIS (PMFSTM) adalah satu langkah penyuburan demokrasi kampus yang amat baik bagi pandangan saya. Ia (Publisiti dan hebahan PRF ini) merupakan satu langkah bijak, khususnya untuk menghidupkan kembali 'semangat' plihan raya kampus yang telah luluh dek kerana pembatalan PRK untuk sesi kali ini. Fakulti-fakulti lain juga dinasihatkan agar sama-sama menghidupkan PRF masing-masing. Satu fenomena yang 'seronok' bila kesedaran politik dalam kalangan mahasiswa kembali naik dan hidup. Sebagai cadangan, untuk sesi akan datang (tahun depan), pihak pentadbiran KUIS melalui BPM mungkin boleh anjurkan dua acara. Acara pertama ialah Pilihan Raya Kampus bagi memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar KUIS. Manakala selang seminggu, acara kedua iaitu Pilihan Raya Fakulti pula dianjurkan, dengan kerjasama pihak Fakulti masing-masing. Ia sekaligus dapat mengaktifkan dan me