Posts

Showing posts from May, 2014

Jun Untuk Ummah

Image
Bulan Jun bulan sibuk. Bukan Jun sahaja, tetapi semua bulan sibuk. Mana bulan yang tak sibuk? Alhamdulillah, semalam selesai Seminar Friendly Comparative Reigion yang dikendalikan oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (India Muslim), Bro Mas-Yuri Mahyiddin (Melayu Muslim) dan Bro Ateh Kadir (Iban Muslim). Kami belajar kewajipan berdakwah, bedah bible, cabaran muallaf, perbandingan agama, salaha faham terhadap Islam dan sebagainya ! Ohsem. Hari ini (Jumaat) hingga Selasa, berlangsungnya Induksi Taaruf. Persediaan sebelum melangkah jauh. Rabu hingga Ahad depan, menyambut ketibaan mahasiswa baharu KUIS sesi pertama ambilan pertama. K & P : Kerjasama & Perpaduan. Khidmat untuk Ummah.

Unsung Hero

Image
Be an UNSUNG HERO, is better than be a TOXIC PEOPLE. #SilentSaturday

"Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia."

Image
Seronok bila Ustaz menyebut : "Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia." Teringat sejak waktu kecil lagi, saya dibesarkan dengan meja belajarku diletakkan peta dunia dihadapannya. Di sekolah rendah pula, saya mengambil subjek Kajian Tempatan. Subjek Pengetahuan Am yang sangat saya minati. (Ustazah yang mengajarku dahulu kini belajar sama kampus denganku. :p ) Di sekolah menengah rendah pula, saya mengambil subjek Geografi. Tahun saya mengambil PMR adalah tahun 2008 yang hangat dengan Pilihan Raya Umum ke-11. Kebiasaan bagi akhbar adalah menerbitkan sisipan khas PRU yang mempunyai peta kawasan pilihan raya. Apa lagi, kubaca dan kuhadam nama-nama tempat yang terdapat di Malaysia. Alhamdulillah, dek kerana minat tersebut, Geografi adalah subjek yang saya skor. Haha. Khulasahnya, jom didik keluarga dan rakan anda dengan menanam sifat 'kuasai dunia' dengan memiliki peta sekarang ! :)