Posts

Showing posts from July, 2016

Ulamak yang hidup, Menghidupkan

Image
Telah kembali ke rahmatullah Tuan Guru Haji Salleh Musa 8.15 MALAM 18 SYAWAL 1437 22 JULAI 2016 Di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Al-Fatihah. Seorang yang istiqamah dalam mendidik daie ilallah, dan turun ke lapangan menentang kemungkaran.

Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Image
Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) November 1951 Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu) , bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO). Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Disember 1956 Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi , Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad . Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan

Pelbagai masalah : Tuhan Maha Kuasa

Image
Di KUIS aku mengenali ramai orang bermasalah. Ada yang keluarganya sakit, Ada yang ibu bapa kedua-keduanya telah pergi, Ada yang salah seorang daripada ibu atau bapa yang telah tiada, Ada yang dibuang keluarga, Ada yang tidak pernah beraya bersama keluarga, Ada yang jadi kes cinderella - dibuang keluarga tiri, Ada yang sakitnya pelbagai, Ada yang sakitnya hanya aku sahaja yang tahu, Ada yang sakitnya misteri, Ada yang keluarga susah, Ada yang sara hidup bulanan daripada sumbangan orang lain, Ada yang cutinya penuh dengan mencari duit sara diri Ada yang miskin, Ada yang faqir, Ada yang sederhana hidupnya, Ada yang golongan berada, Ada yang adik beradik ramai, Ada yang adik beradik pon bergaduh, Ada yang hidup tunggal, Ada yang hanya bertemankan keluarga angkat. Semua ini membuatkan aku belajar mengenali manusia dengan lebih dekat. Membuatkan kita mengenali Allah, Tuhan yang maha berkuasa menentukan segala-galanya. Membuatkan kita bersyukur dan cukup dengan apa yang

Cakap main lepas, Fahamnya tidak

Image
Ramai terkeliru dengan istilah, dan tidak kurang yang "tak kisah la" dengan penggunaan istilah. Bila ditanya maksud istilah yang digunakan, dikatanya kita terlalu teliti. Walhal kita nak ajarkan supaya berwaspada dengan sebarang ustilah yang digunakan. Ramai orang salah faham bila kita salah guna perkataan. Maksum, Taksub, "Holier Than Thou", Asabiyah. Macam manusia, tumbuhan dan matahari. Manusia memandang matahari sebagai tanda waktu siang, tapi tumbuhan lebih merasakan keberadaan matahari sebagai sumber tumbesaran. Konteks sesebuah kata itu perlu diperjelaskan.