Posts

Showing posts from September, 2016

PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

Image
PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI Disusun oleh: Zahirul Nukman Narakna PENDAHULUAN Turki, seperti yang kita semua sudah ketahui adalah sebuah negara yang terletak dalam dua benua, Asia dan Eropah. Di bahagian Asia, ia dipanggil sebagai Anatolia ( Anadolu ) dan di sebelah Eropah yang lebih popular dengan nama Balkan [1] . GEOGRAFI TURKI Secara geografinya, ia dikelilingi oleh daratan dan lautan. Bersempadan dengan negara Bulgaria dan Greece di bahagian Eropah; Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, dan Syria di bahagian Asia. Turki juga disempadani dengan perairan Laut Hitam (yang menjadi pertikaian proksi US dan Rusia dengan isu tuntutan terhadap wilayah Crimea), Laut Aegea (antara Greece dan Turki) dan laut yang tidak asing di persempadanan Eropah-Asia), dan Laut Mediterranean (yang di dalam kawasannya terletaknya kepulauan Cyprus). Turki menguasai selat yang penting yang memisahkan Eropah dan Asia, iaitu Selat Turki yang meliputi Selat Bos