Posts

Showing posts from August, 2016

Perginya Pemuda Yang Menghidupkan Jiwa

Image
Assalamualaikum. Baru boleh update tentang beliau. Allahuakbar. Sejujurnya baru dapat berita pemergian beliau jam 9 lebih tadi. Bila buka whatsApp, nampak "Ammar Haziq meninggal" terus aku terdiam, meratib al-Fatihah sahaja, dan tangan makin laju membuka group2 whatsApp yang semuanya bercerita tentang pemergian beliau. Ammar Haziq, mungkin kita tak rapat sepertimana sahabat Quran Sunnah dan sahabat Taaruf yang lain, tapi ketawadukkan kau terhadap semua orang menjadi perhatian dan tidak boleh dinafikan. Siapa je yang tak iktiraf kebaikan kau? Aku yakin semua orang akan sangat terasa dengan pemergian kau. . Kenangan sepanjang berada dalam Taaruf Committee tetap aku ingat. Dari situ aku kenal kau. Jaga pagar mahallah sama-sama, sambut beg budak baru. Program ALAM pon kau banyak join. . Tiada gambar kita bersama, kerana kita tidaklah serapat mana, namun kenangan lepas tetap tersemat. Insha-Allah. . Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Ammar Haziq bin Hawa. Pemergian kau

Akhirnya Berabang Ipar

Image
Hai Assalamualaikum ! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semuanya selesai. Kakakku selamat menjadi isteri kepada suaminya. Haha. Terima kasih kepada semua yang menaja, menyumbang tenaga, membantu apa yang patut. Sebenarnya nak tulis panjang-panjang, tapi rasa macam tak terkeluar benda yang nak ditulis ni. . Lega sebab dapat menyumbang tenaga untuk keluarga. Oh ye, aku memang renyah sikit buat kerja sebenarnya, bila disuruh baru la aku buat. Hahha. Perangai mengalahkan orang tua. Tapi ala kulli hal, selamat memenatkan diri semalam dan dua hari lepas. Rasa macam nak pergi spa, nak surub orang urutkan badan. Haha. Terima kasih jugak kepada kawan2 yang datang. Ajak atas stand Rumah Terbuka, padahal akak kawen. Haha. Terima kasih Raihan, Sood, Sope, Atok, Dayak, Faris, Ijat Qiwam, Bedek, Gelam yang dah lama sangat tak jumpa, Ajai, Adol, Zuhri, Baba, Syira, Fadilah, Baby Aisyah, Ain, Khaleeda, Zahidah, Nadrah, Kak Siti, Syamina, Nadzirah, Hani, Abel, Zuzu, dan 2 roommate Nad (xtau nama). D