Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Saturday, February 11, 2017

Secangkir Cappuccino


Beginilah keadaan kami Malam Sebelum Pengundian #PilihanrayaKampusKUIS2017.
Ambil pengalaman buat program bicarawara secara langsung di Facebook Page KUIS Campus Election, untuk slot #SecangkirCappuccino.

As you can see, begini sahaja kami bersiaran. Haha (sedih ke suka?) Dengan kekurangan (yang teramat) peralatan teknikal. Ditaqdirkan malam tu, kepala tripod pula boleh tertinggal dekat hostel - yang dalam sangkaaan kami semua, ianya sudah hilang. Kalut. Dah la guna telefon pintar sahaja. (Kamera tiada peruntukan)
Tengah bersiaran pula, bateri handphone boleh habis dengan laju, padahal sedang dicas ketika bersiaran.Kalut kuasa dua.

Anyway, ianya satu perkara baru untuk diri aku. Sasaran-saaaran dalam kemahiran-kemahiran media ni tercapai sedikit demi sedikit. Lain kali nak cuba lagi kemahiran-kemahiran lain dengan penambahbaikan, selepas menjalankan proses pasca-nilai.
Terima kasih kepada ahli panel, walaupun sebelum ni tak pernah pun berprogram bersama, tapi sabar dengan masalah yang ada, ditambah masa bersiaran lewat malam.

Hajat hati macam nak ulas perbincangan mereka, tapi malas pula. Oh ya, boleh la kiranya pergi ke Page fb.com/kuiselection untuk mengetahui hal-hal berkaitan PRK.


#statusthaipusam
#MenangPRKKUiSCuti
#blogwalking
Share:
Aku Insan damba aman,
cari Ilham damaikan satu Alam.
Aku Insan mendambakan,
cari Sayang damaikan seluruh Alam.
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Murabbi