Posts

Showing posts from November, 2018

Perjuangan Islam : Ramai Penyokong Berbanding Pendokong?

Image
PERJUANGAN ISLAM : RAMAI PENYOKONG BERBANDING PENDUKUNG? Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "penyokong dan pendukung perjuangan Islam", yang ditanya oleh mahasiswa kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan: Ada seorang sahabat saya pernah berkata, orang Islam ni ramai yang menyokong tapi tidak ramai yang mendukung. Jadi, seperti kita tahu, menyokong dan mendukung ini ialah suatu perkara yang baik sebenarnya - dua-dua baik, tapi apa yang saya lihat dalam konteks Malaysia sendiri, yang mendukong Islam itu tidak ramai (manakala) yang menyokong tu terlalu ramai. Jadi bagaimana untuk kita melahirkan lebih ramai pendukung Islam dan minta untuk Tuan Guru berikan hamasah sedikit kepada kita sebagai umat Islam untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. (Minit 2:00:42 hingga 2:01:

Ahli Dewan Negara : Pelantikan Tokoh Luar Terengganu Bukan Suatu Yang Asing

Image
PERLANTIKAN TOKOH LUAR TERENGGANU BUKAN SUATU YANG ASING. 1. Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ustazah Nuridah Salleh di atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini (29 November 2018).  2. Dimaklumkan bahawa proses mengangkat sumpah sebagai Senator akan diadakan di Dewan Negara (Parlimen Malaysia) dalam tempoh terdekat. 3. Perlantikan Ustazah Nuridah Salleh dibuat kerana kekosongan kerusi wakil Terengganu ekoran tamatnya tempoh berkhidmat mantan Senator, YM Puan Engku Naimah Engku Taib pada bulan ini (November 2018). 4. Perlantikan Ustazah Nuridah yang berasal dari luar Terengganu - yang juga kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan - bukanlah suatu tindakan yang asing. Ianya boleh dilakukan oleh mana-mana negeri. 5. Malah, ketika PAS mentadbir Terengganu di bawah kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1999-2004, tindakan yang sama

ADUN Wanita Terengganu : Trvia Mengenai ADUN Lantikan

Image
ADUN WANITA TERENGGANU : TRIVIA MENGENAI ADUN LANTIKAN.  Tahniah diucapkan kepada YB Zuraida Md Noor di atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kuota Wanita. Berikut merupakan beberapa trivia mengenai ADUN lantikan: 1. Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu boleh melantik 4 orang ADUN lantikan daripada kalangan Wanita & Bukan Islam, sekiranya tiada wakil Wanita & Bukan Islam dalam DUN bagi penggal tersebut. 2. ADUN lantikan Wanita boleh terlibat dalam politik, manakala ADUN lantikan Bukan Islam tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik. 3. Peruntukan Undang-undang untuk membolehkan pelantikan ADUN lantikan Terengganu ini diluluskan pada 2003, yang mana ketika itu Terengganu sedang ditadbir oleh PAS di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004) 4. Negeri Terengganu bukan satu-satunya negeri yang ada ADUN lantikan. Di Negeri Sabah sudah ramai yang dilantik sebagai ADUN lantikan selepas PRU14 tempoh h

Erdogan, AK Parti, Turki dan Islam

Image
ERDOGAN, AK PARTI, TURKI DAN ISLAM. Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai isu Turki dan AK Parti yang ditanya oleh mahasiswi UIAM kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan : Assalamualaikum wbt. Soalan saya, apakah bacaan Ayah Chik sendiri terhadap Turki yang sekarang masih berada di bawah pemerintahan parti AKP. Sebab seperti yang kita semua sedia maklum, parti AKP adalah parti yang membawa ideologi sekular, bahkan kerajaan Turki sendiri mempunyai hubungan rasmi dengan Israel. Jadi, adakah langkah yang diambil Turki mutakhir ini agak terkehadapan berbanding negara-negara Islam yang lain dalam mempertahankan hak kemanusiaan seperti di rohingya, hanyalah sebagai satu percaturan politik atau satu agenda belakang yang dikuasai Amerika, atau bagaimana? (minit ke 1:18:12) Jawapan:

Tengku Ampuan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

Image
TENGKU AMPUAN SELANGOR DAN TENGKU PERMAISURI SELANGOR. Tahukah anda, pasangan kepada DYMM Sultan Selangor akan memakai salah satu daripada dua gelaran iaitu 'Tengku Ampuan' atau 'Tengku Permaisuri'. Pasangan DYMM Selangor sekarang (tahun ditulis : 2018), DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memegang gelaran Tengku Permaisuri, dengan nama rasmi "DYMM Tengku Permaisuri Norashikin" . Jadi, kenapa tidak mengguna pakai "Tengku Ampuan" seperti bekas penyandang Tengku Ampuan Selangor sebelum ini seperti Tengku Ampuan Rahimah dan Nenda Sultan Selangor, Tengku Ampuan Jemaah ? Ini adalah disebabkan syarat pemegang gelaran "Tengku Ampuan" mestilah Isteri DYMM Sultan yang berkahwin secara sah mengikut agama Islam, BERDARAH RAJA, berbangsa Melayu dan menganut agama Islam Manakala bagi pemegang gelaran "Tengku Permaisuri" pula, syarat-syarat sama seperti Tengku Ampuan, kecuali bukan berdarah raja. Maksudnya, faktor pe

Membahagi Wilayah Islam Seperti Pusaka Orang Mati : Nusantara Tidak Terkecuali

Image
MEMBAHAGI WILAYAH ISLAM SEPERTI PUSAKA ORANG MATI :  NUSANTARA TIDAK TERKECUALI. Perjanjian Bangkok telah dimeterai antara British dan Siam pada Januari 1909, namun pada Julai 1909 baru ia disahkan.  Walau bagaimanapun, British mengambil masa 21 tahun untuk memastikan semua negeri jajahan mereka (yang dikenali Negeri-negeri Tidak Bersekutu) untuk bersetuju dengan Perjanjian tersebut. Satu tempoh yang agak lama untuk 'memujuk Sultan yang memerintah' dan 'merasionalkan perjanjian yang pada awalnya dibantah'. Kelantan adalah negeri terawal menandatangani perjanjian dengan British iaitu tahun 1910. Selepas melalui tempoh yang panjang, Terengganu menandatanganinya pada 1919. Kedah pula pada 1923 dan Perlis pada 1930. Akibat daripada perjanjian ini, wilayah-wilayah Islam di Tanah Melayu dipecahkan kepada dua. Wilayah Patani, Narathiwat dan Songkhla diserahkan kepada Siam. Begitu juga Wilayah Setul (kini Satun) yang kalau diikutkan lebih rapat dengan Nege