Posts

Showing posts from 2019

Boss Susu sentiasa dengan punchline tersendiri di GegarVaganza | Farm Fresh

Image
Bagi mereka yang mengikuti program tahun ke-6 dari Astro iaitu GegarVaganza , tentunya akan mengetahui bahawa syarikat susu terkemuka negara, Farm Fresh Milk Sdn Bhd atau Farm Fresh merupakan penaja utama program tersebut.  Setiap minggu jika anda menonton GV, anda akan dapat mengikuti Ketua Pengarah Operasinya, Encik Azmi Zainal atau diberi gelaran Boss Susu diberi ruang untuk menyampaikan sesuatu. Menariknya, setiap kali bercakap, pasti akan meninggalkan punchline tersendiri ! Minggu 1 Kalau teringat orang di kampung yang disayang, anak di asrama, boleh order online www.farmfresh.com.my . Kita bagi tawaran istimewa, potongan harga istimewa, dan taip ffgv6 hantarkan kepada anak, ibu kita di kampung. Kalau nak hantar kepada Ex pun boleh.... Enjoy!" Minggu 2 Selain order online tu, kita boleh juga hantar ucapan kepada orang-orang yang tersayang. Kepada ibu bapa kita, kepada anak kita, yang jauh dari kita. Dan mana yang nak hantar kepada ex tu, boleh juga hantarkan ucap

Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang

Image
Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/ ------ Setuju dengan saranan ini. Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul. Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS. Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan. Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di

"Hormati Enam Ulamak ini" Pesan Seseorang kepada Blogger MSO

Image
"Sayuti enta sudah hebat...sebelum ana meninggal ana nak pesan kepada enta, hormati enam orang ulamak ini," pesan seseorang (yang tidak dinyatakan) yang sudah meninggal dunia pada tahun 2000 kepada blogger Mohd Sayuti Omar (MSO) Enam Ulamak tersebut ialah: 1. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom  (mantan Mufti Negeri Selangor) 2. Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor  (mantan Presiden PAS) 3. Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Azmi bin Ahmad  (mantan Mufti Negeri Pulau Pinang) 4. Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  (mantan Mursyidul Am PAS/mantan Menteri Besar Kelantan) 5. Almarhum Tuan Guru Dato' Dr Haron bin Din  (mantan Mursyidul Am PAS) 6. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang  (Presiden PAS) Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2013/09/beraya-di-harakah-sambil-mengusik-kawan.html

Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan

Image
Senarai Balai Polis di Negeri Sembilan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Jalan Cambell 70710 Seremban, Negeri Sembilan 06-7682222 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 Balai Polis dalam Daerah Jelebu 1. Balai Polis Kg.Chennah 71650 Kg.Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111324 2. Balai Polis Kuala Klawang 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6136222 3. Balai Polis Pertang 72300 Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4941224 4. Balai Polis Simpang Durian 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4914223 5. Balai Polis Simpang Pertang 72300 Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4929222 6. Balai Polis Titi 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan 06-6111222 Pondok Polis dalam Daerah Jelebu 1. Pondok Polis Paradong 71600 Paradong, Jelebu, Negeri Sembilan. 06-6136420 2. Pondok Polis Kg.Jerang 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan 06-4914862

Menaip semula

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hai, apa khabar semua pembaca. Alhamdulillah, kita telah pun memasuki bulan Ramadan 1440H, bulan mulia yang penuh mengajar kita untuk terus berusaha melakukan kebaikan dan perkara-perkara benar. Lama juga saya tidak menaip seperti manusia. Haha. Sebelum ini lebih kepada memberi informasi-informasi yang harapnya bermanfaat untuk semua, lebih kepada menjadi buku dan sebagainya. Hantaran kali ini lebih bersifat santai dan manusiawi. Insya-Allah --------------- Ada beberapa kenalan sudah meminta untuk saya menulis. Tulis secara ringkas Tulis dengan memberikan perkongsian baharu. Sehinggakan ada yang meminta saya menulis buku. Masya-Allah! Impian menulis buku sebenarnya sudah lama tersimpan kemas, sudah berhabuk tebal tidak berusik. Biarlah bila tiba masanya nanti, andai masih ada lagi rasa berkongsi menerusi buku, saya akan mulakan penulisan. Insya-Allah. - tangan sendiri -  Sebenarnya menulis blog seperti hantaran kali inipun m

Nama Masjid di Luak Sungai Ujong dengan Gelaran Adat

Image
Dato Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Mubarak Dohak NAMA MASJID DENGAN GELARAN ADAT - SUNGAI UJONG. Alhamdulillah, kelmarin (21 Disember 2018) telah berlangsung majlis perasmian & pengisytiharan Masjid Dato' Penghulu Menteri Sg. Ujong, Kuarters KLIA, Nilai yang disempurnakan oleh YTM Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak. Difahamkan, kini terdapat enam buah masjid dalam Luak Sungei Ujong (dikira Daerah Seremban kini) dinamakan sempena nama pemimpin atau gelaran adat bagi Luak Sungei Ujong. Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Kariah Sikamat. Masjid ini dibina pada tahun 2000, dan dinamakan dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-13, Dato' Mohd Yusof Hashim. Masjid Jamek Dato' Kelana Petra Sendeng, Ampangan. Masjid ini dibina pada tahun 1840, dan diubah nama pada tahun 1995 dengan nama Dato' Undang Luak Sungei Ujong ke-11, Dato' Sendeng. Masjid Dato' Klana Petra Undang Luak

Kerisauan Mengenai Pilihan Raya Tempatan

Image
KERISAUAN MENGENAI PILIHAN RAYA TEMPATAN. Antara kerisauan Presiden, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan adalah disebabkan impak warisan cara urus tadbir bandar peninggalan penjajah. Pilihanraya PBT menuntut proses pengundian oleh penduduk di kawasan-kawasan bandar, sedangkan bandar dihidupkan bukan sahaja oleh penduduk di bandar, tetapi mereka yang berkunjung dan bekerja - tidak duduk di bandar - turut terlibat dalam menghidupkan sesebuah bandar. Pilihanraya PBT yang dituntut oleh sesetengah parti politik akan menjadi tidak adil kerana ketidakseimbangan kaum di bandar dan tidak melibatkan mereka yang sebenarnya secara langsung menghidupkan bandar. #PilihanrayaPBT #LocalElection

Kenapa Najib Razak terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja Pahang?

Image
KENAPA NAJIB RAZAK TERLIBAT DALAM JEMAAH PANGKUAN DIRAJA PAHANG? Seperti yang diketahui, Jemaah Pangkuan Diraja Pahang telah melantik Sultan Pahang yang baharu, iaitu Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah. Ada pula yang mempersoalkan keberadaan ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Razak dalam Mesyuarat Jemaah Pangkuan Diraja Pahang. Bagi mereka yang tertanya-tanya, kenapa bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, YB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (DSNR) boleh terlibat dalam Jemaah Pangkuan Diraja tersebut, ini sedikit penjelasan. DSNR merupakan salah seorang Orang Besar Berempat, iaitu antara kumpulan pembesar negeri Pahang. Gelaran bagi DSNR dalam Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS). Orang Besar Berempat biasanya dipilih berdasarkan keturunan mewakili kumpulan atau puak tertentu di Pahang. DSNR dipilih sebagai OKIS kerana menggantikan ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein yang merupakan OKIS ke-10. Tun Raza

Gelaran Tengku Ampuan, Tengku Puan dan Sultanah Pahang

Image
GELARAN TENGKU AMPUAN, TENGKU PUAN, & SULTANAH PAHANG. Gelaran bagi permaisuri Sultan Pahang sekarang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar masih Tengku Puan Pahang, belum lagi Tengku Ampuan Pahang. Ini kerana, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah belum lagi melantik permaisuri baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang secara rasmi. Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (UUTKP), Sultan Pahang boleh melantik mana-mana permaisuri (sekiranya ramai) yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja sebagai Tengku Ampuan Pahang. Bagi permaisuri yang tidak menepati kriteria, tiada peruntukan khusus untuk menggunakan sebarang gelaran. Sultan Pahang ke-5, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mempunyai permaisuri yang berketurunan raja dan diberikan gelaran Tengku Ampuan Pahang iaitu bonda Sultan Abdullah, Almarhumah Tengku Ampuan Afzan binti Tengku Muhammad, manakala permaisuri yang bukan berketurunan raja pu

Transkrip Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dublin, Ireland.

Image
Transkrip Ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Dalam program "An Evening with Tuan Guru" bertempat di Limerick Suite Lucan Spa Hotel Dublin pada 22 Disember 2018. ======================= Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahillazi hadana lihaza wama takuna lanahtadiya laula hadanallah. wassolatuwassalamu ala rasulillah wa ala alihi wasohbihi wa man tabiahu wanasarahu wawalah, amma ba'du A'uzubillahi minassyaitanirrajim  يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ

Ketidakseimbangan Nisbah antara Penduduk Malaysia dengan Wakil Rakyat Kerajaan Mesti Dipulihkan

Image
KETIDAKSEIMBANGAN NISBAH ANTARA PENDUDUK MALAYSIA DENGAN WAKIL RAKYAT KERAJAAN MESTI DIPULIHKAN. Berikut merupakan sedutan transkrip ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam sesi dialog anjuran Majlis Perwakilan PAS United Kingdom-Ireland bersempena lawatan beliau ke London, United Kingdom pada 24 Disember 2018. Transkrip disediakan oleh Fuad Ahmad, dan disunting oleh Zahirul Nukman. __________________________ (Saya nak) bagi penjelasan berdasarkan pilihanraya baru ini. 1. Pakatan Harapan menang dalam kedudukan yang tidak selaras dengan demografi penduduk. Penduduk di Malaysia 60% adalah orang Islam. Yang baki itu bukan Islam. 2. Baru-baru ini (keputusan) pilihanraya menjadikan Pakatan Harapan, (wakil rakyat) yang bukan Islam 66 kerusi, (manakala wakil rakyat) Islam 58 kerusi. Bukan Islam mendominasi kerajaan, yang majoriti (rakyat)nya orang Islam. Ini akan menimbulkan masalah, dengan sebab itu perlu diselesaikan masalah ini. Kita ken

Wujudkah Jawatan Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?

Image
WUJUDKAH JAWATAN PEMANGKU PESURUHJAYA PAS NEGERI? 1. Ada soalan yang terlintas dalam tempoh selepas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Almarhum Ustaz Haji Mustaffa Daharun meninggal dunia, "Adakah Wujud Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?" 2. Setelah bertanya kepada yang berautoriti dan merujuk Perlembagaan PAS, dapat dihimpunkan beberapa perkara seperti berikut : i. Lantikan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri yang mengetuai Badan Perhubungan PAS Negeri adalah di bawah kuasa Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (Fasal 26 (1) (c) dan Fasal 40 (4)) ii. Semasa ketiadaan Pesuruhjaya sama dihalang atau terhalang untuk hadir ke Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri atau Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Negeri, maka salah seorang Timbalan Pesuruhjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut. (Fasal 40 (20) dan Fasal 41 (2) (b)) 3. Maka, kesimpulan daripada kedua-dua perkara yang disebutkan ialah: i. Tiada yang menjadi pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Se

Kenapa Tok Guru Terlibat Politik?

Image
KENAPA TOK GURU TERLIBAT POLITIK? Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "keterlibatan Tok Guru dalam arena politik", yang ditanya oleh mahasiswi kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan:  Tok Guru merupakan salah seorang tokoh ilmuwan yang berkecimpung dalam dunia politik. Secara logiknya, kalau Tok Guru memfokuskan hanya kepada bidang keilmuan, Tok Guru akan lebih disanjungi dan dihormati lebih ramai orang.  Jadi, soalan saya (ialah) kenapa Tok Guru memilih untuk berada dalam bidang politik yang kita tahu banyak tohmahan, kritikan dan ujian, sedangkan kalau Tok Guru hanya berada dalam bidnag keilmuan akan lebih banyak lagi pengaruh-pengaruh positif yang kita boleh sebarkan terutamanya dalam menyebarkan ilmu Islam? (minit 1:59:56 hingga 2:00:32) Jawapan: 1. Soalan