Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Friday, December 13, 2013

Medan PRK

Pilihan Raya Kampus KUIS.

Baru sebentar tadi, sengaja melayari laman sesawang rasmi KUIS. Kemudian, terpampang di paparan hadapan laman tersebut tentang berita Pilihan Raya Kampus KUIS bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014.

Notis sudah keluar. Demam PRK buat masa ini masih belum menyerang. Mungkin, setelah pembubaran MPP KUIS sesi 2012/2013 berlaku, baru demam tersebut akan viral kepada semua mahasiswa. Mungkin, dan mudah-mudahan.

Pilihan Raya Kampus : Mengapa perlu ia diadakan?

Pilihan Raya Kampus adalah satu platform demokrasi di mana calon-calon yang berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan peringkat kampus iaitu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui satu proses pilihan raya.

--------

Bercakap tentang PRK, masih terngiang suasana PRK sesi lepas dengan 'speaker corner' dari sebuah pertubuhan mahasiswa yang memperjuangkan isu yuran, fenomena 'gelombang ungu', malam manifesto dan 'kerusi fakulti' yang semuanya menang tanpa bertanding.

Simpan tarikh ini:
Pembubaran MPP : 17 Disember 2013
Penamaan Calon : 23 Disember 2013.
Pilihan Raya Kampus KUIS : 30 Disember 2013.

#CaknaKampus
Share:
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi