Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, November 23, 2016

Resepi : Spaghetti Bolognese


Memang lately suka letak gambar makanan je dalam insta ni. hahaha. Okey gais, kali ini kami anak beranak buat bolognese spaghetti (oh menn taktau eja betul dia camne . haha)
.
Buat kuah dia ni senang je. Umi ajar. Haha. Basically :

1) Bawang Merah sebijik
2) Bawang Putih 2 ulas je.
3) Daging Ayam / Lembu kisar (tadi kisar sendiri)
4) Pes Bolognese semestinya dari Prego~
5) Minyak dan Garam jangan lupa.

Okey, mula² tuangkan minyak. lepas tu, tumiskan bawang² tadi sampai naik bau. Lepastu masukkan daging2 kita yang dah dikisar tadi. Bila ayam macam dah masak sikit, masukkan sos Prego tadi. .
Okey, dah siap. Ce try rasa sikit. Kalau tawar, letak garam sikit, kalau nak masam lagi, letak sos tomato atau sos cili sikit.
.
Dan Basic Kuah dia dah siap. 👌👌
.
Anda2 semua nak tambah Sosej pon boleh, tomato dadu pon boleh, dan campur la pape asalkan sedapp .
.
Okey, pasta dia pulak acano?
Cam biasa la, letakkan pasta dia tu dalam air bersama sedikit minyak. Didih sampai pasta dia tu sedao ditelan.
.
.
Okey, selesai lah menu makan petang kita . Haha.
.
#cubadulubarutahu
#ApronNukman
Share:

Resepi : Patin Masak Tempoyak

======================
PATIN MASAK TEMPOYAK
======================

Ini adalah resepi untuk Patin masak tempoyak, stail umi saya.
.
Bahan-bahan.
Patin seekor.
2 btg Serai, ketuk dia.
Cili api yg dikisar (sesuka hati / dlm 3 sb)
Serbuk Kunyit
Tempoyak (sesuka hati / dalam 3-4 sb)
Air
Bawang (kalau nak, tak letak pon xpe)
.
Simple kan?
So, sekarang kita trust pada lidah kita je. haha.
.
Cara-cara nak buat:
.
1. Campak dulu Cili api yang dikisar tadi, bersama air sikit. Tak perlu buka api lagi. (refer gambar 1)
.
2. Lepas tu, masukkan serai yang dah diketuk. (refer gambar 2)
.
3. Letak serbuk kunyit, bawang yg dah dipotong, dan air. Air jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Pandai-pandai, ok? (refer gambar 3) (time ni boleh dah hidupkan api)
.
4. Masukkan tempoyak sesuka hati kemudian (refer gambar 4)
.
5. Dah boleh masukkan ikan patin. (refer gambar 5)
.
6. Tunggu dalam beberapa minit lagi, dan ...
.
Dah siap! .
Boleh la cuba rasa. Touch up pape yang patut ikut selera.
.
# Umi saya suka masukkan bawang, sebab manis-manis gitu.
.
#Teknik cuci ikan pulak, rendam dengan air garam lama2 sikit dalam setengah jam gitu. Pastu basuh, nak bagi darah, lendir2 ikan tu keluar. .
So, itu je resepi semalam. Cuba try masak. Kalau x jadi, try sampai jadi.
.
#ApronNukman
Share:

Resepi : Masak Cili Api


Menu petang ni, simple jugak masak dia. Dipanggil sebagai "Masak Cili Api", bukan masak lemak cili api ea. Jangan silap. Herher.
.
Macam masak sambal je sbnrnya.
.
Bahan2 dia tengok time saya bercerita nanti. Haha.
.
- - - - - - - -
.
1. Gorengkan Ayam terlebih dahulu. Nak guna sotong pon boleh, nak guna ikan keli pon boleh. Daging korban yang x habis hari tu pon, boleh guna jugak. Goreng semua, kasi garing2 gitu.
.
Tadi ayam dalam 7-8 ketul. Nak masukkan seekor pon boleh.
.
2. Dah siap goreng, jangan buang minyak dia. Kita nak guna minyak tu utk buat sambal. Biarkan je dalam kuali tu.
.
3. Kalau saya, saya suka letak kentang. So, goreng kentang siap2. .
4. Untuk sambal, kita perlukan :
- 4-5 biji Bawang Besar. Lagi banyak lagi bagus. Manis bawang tu yg kita nak. (serius ni). Hiris bawang siap2.
- Cili api yang dah dikisar lumat.
- Asam keping dalam 4-5 keping, carik2 kan jadi lebih halus.
- Garam satu sudu besar.
.
5. Panaskan minyak ayam tadi. Kuantiti ikut banyak mana kita nak masak. Kalau ramai banyak la, kalau sikit, buang sikit minyak tu.
.
6. Lepas tu, tumis cili sampai pecah minyak gitu, lepas tu masukkan bawang yang telah dihiris. Biarkan sampai bawang layu2 sikit. Gaul bika perlu.
.
7. Lepas tu, masukkan asam keping dan garam. Garam jangan sikit sangat, jangan terlalu banyak. satu atau setengah sudu besar tu kira cukup la kot. .
8. Gaul sambal tadi tu sampai sedap baunya. Try test rasa. Pedas dia okey ke tak? Masin dia rasa ke tak? Dan jangan expect benda ni manis sangat, sebab kau mmg x letak gula. haha.
.
9. Kalau kira dah okey rasa tu, masukkan Ayam, Kentang yang kita dah goreng tu. Kacau sampai sambal tu sebati dengan ayam dan kentang.
.
Dan, dah siap! Wuhuuu.
.
Tak sabar nak try masak kat rumah sewa. haha.
.
Selamat mencuba uolls. Kalau masak dan jadi, boleh la tag insta iolls, ok? haha.
.
#ApronNukman
Share:

Efektif dan Efisien


Efektif dalam Kamus Dewan membawa maksud dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan. Dalam erti kata lain, efektif ialah mencapai matlamat dalam melakukan sesuatu perkara.
.
Efisien dalam Kamus Dewan membawa maksud mampu mengerjakan sesuatu tugas dengan tepat dan cermat tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja.
.
=======================
.
Bila didedahkan dengan kedua-dua terma di atas, terus minda aku teringat rancangan di TV iaitu Chef in Your Ear. (Minda sudah dijajah hedonisme? okebai) Pengguna Astro boleh tonton di Saluran 702, DIVA pada masa yang ditetapkan.
.
Rancangan ini menguji dua orang chef yang terkenal untuk mengajar dua orang peserta yang kurang berkemahiran dalam memasak bagi menghasilkan hidangan yang enak, dengan dibekalkan sebuah monitor dan sepasang headphone.
.
=======================
.
Apa yang mengaitkan rancangan ini dengan dua terma yang diutarakan ialah, rancangan ini menguji keefektifan kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dalam masa yang diperuntukkan.
.
Keefisienan kumpulan pula diuji dengan kecekapan chef memastikan peserta mereka melakukan beberapa perkara seperti berikut sambil memasak :
- Memilih bahan dan alatan yang betul untuk memasak, memotong, menghias, dan sebagainya.
- Memastikan ruang masak dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum masa tamat.
- Memotong dengan cara yabg betul.
- Menghias dengan teknik yang dikehendaki.
.
Paling mencabar apabila ingin memastikan rasa makanan yang dimasak oleh peserta menepati rasa yang chef mahukan. Chef sama sekali tidak boleh merasainya kerana mereka tidak berada di ruang masak.
.
Kesimpulannya, segala perkara yang kita lakukan mestilah mencapai matlamat - efektif, dan semoga segala perkara yang kita lakukan semakin cekap dari masa ke masa - efisien. Jimat tenaga, jimat wang, jimat masa.
.
p/s: Kepada orang yang suka masak, sambil masak, tingkatkan efisien. Jangan bersepah, berselerak.
Share:

Monday, October 10, 2016

Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya : Daerah Seremban

Syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihanraya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri-negeri Tanah Melayu Sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam Tahun 2016.



Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat satu pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu :

P. 132 Port Dickson
(Nama Asal: Telok Kemang)

Bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri dalam Negeri Sembilan, tiada pewujudan baharu, tetapi terdapat tiga pindaan dan perubahan nama sedia ada iaitu :

1. N. 24 Seremban Jaya
(Nama Asal: Senawang)

2. N. 33 Sri Bayu
(Nama Asal: Port Dickson)

3. N. 36 Bukit Rokan
(Nama Asal: Repah)

Terdapat perubahan pada persempadanan bagi P. 127 Jempol, P. 128 Seremban, P. 130 Rasah, P. 131 Rembau, P. 132 Port Dickson dan P. 133 Tampin. Sempadan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang tidak disebut tetap serupa seperti yang ada sekarang.

Rujuk Peta yang disediakan.

Parlimen Jelebu

 
Parlimen Kuala Pilah


Parlimen Tampin
 

Parlimen Port Dickson

Parlimen Rembau
 

Parlimen Seremban

Parlimen Rasah

Parlimen Jempol

Syor Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya ini memperlihatkan beberapa perubahan khususnya di Daerah Seremban yang mempunyai Parlimen Rasah, Parlimen Seremban dan sebahagian Parlimen Rembau.

Parlimen Rasah pula mengalami perluasan kawasan di kawasan Sendayan, yang sebelum ini diletakkan dalam Parlimen telok Kemang.

Perubahan sempadan DUN juga banyak berlaku.

Parlimen Seremban kini mempunyai hampir 100,000 orang pemilih, dan mempunyai hanya 6 kawasan DUN. Mengikut rekod SPR, seramai 99,752 pemilih berdaftar di Parlimen Seremban.

Daerah Seremban mengikut Pejabat Tanah dan Daerah.


Daerah Seremban mengikut Google Maps

Daerah Seremban mengikut Syor Persempadanan Kawasan Pilihan Raya

Daerah Seremban mengikut Persempadanan SPR

Sekadar rumusan beberapa maklumat. Apa-apapun, persempadanan semula ini baru di peringkat syor. Maka kemungkinan akan berlaku perubahan.
Apa kata anda mengenai Parlimen dan Daerah Seremban?
Share:

Thursday, September 29, 2016

PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

PENGENALAN TURKI : GEOGRAFI DAN GOVERNANSI

Disusun oleh: Zahirul Nukman Narakna



PENDAHULUAN

Turki, seperti yang kita semua sudah ketahui adalah sebuah negara yang terletak dalam dua benua, Asia dan Eropah. Di bahagian Asia, ia dipanggil sebagai Anatolia (Anadolu) dan di sebelah Eropah yang lebih popular dengan nama Balkan[1].

GEOGRAFI TURKI

Secara geografinya, ia dikelilingi oleh daratan dan lautan. Bersempadan dengan negara Bulgaria dan Greece di bahagian Eropah; Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, dan Syria di bahagian Asia. Turki juga disempadani dengan perairan Laut Hitam (yang menjadi pertikaian proksi US dan Rusia dengan isu tuntutan terhadap wilayah Crimea), Laut Aegea (antara Greece dan Turki) dan laut yang tidak asing di persempadanan Eropah-Asia), dan Laut Mediterranean (yang di dalam kawasannya terletaknya kepulauan Cyprus).

Turki menguasai selat yang penting yang memisahkan Eropah dan Asia, iaitu Selat Turki yang meliputi Selat Bosphorus[2] (menghala ke Laut Hitam), Laut Marmara dan Selat Dardanelles (menghala ke Laut Aegea dan Laut Mediterranean).

Turki mempunyai salah satu titik bumi yang tinggi, iaitu Gunung Ararat yang mencapai ketinggian 5,166 meter dari aras laut. Ia terletak di bahagian yang berhampiran dengan Armenia. Gunung Ararat adalah sebuah gunung berapi yang tidak aktif, dan dilitupi salji.

Turki termasuk dalam kategori negara-negara Timur Tengah[3] atau istilah lain, Asia Barat[4]. Perubahan istilah ini adalah kerana perbezaan kedudukan penutur istilah tersebut. Sebagai contoh, kalau mereka yang berada di Portugal, maka mereka memanggil Turki sebagai negara Timur Tengah kerana kedudukan Turki (dan Asia sendiri) terletak di bahagian Timur negara mereka. Begitu juga dengan negara Malaysia dan Jepun, mereka memanggil Turki sebagai sebuah negara Asia Barat kerana Turki terletak di bahagian Barat benua Asia. Jadi, jangan gaduh-gaduh la ye.

GOVERNANSI TURKI

Dari aspek governansi (pentadbiran) pula, Turki atau nama rasminya Turkiye Cumhuriyeti (Republik Turki) merupakan sebuah negara repubik berparlimen. Hari ‘Kemerdekaan’ mereka adalah pada tanggal 29 Oktober 1923, rentetan daripada pengisytiharan negara Republik itu selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyyah. Turki akan menyambut hari kebangsaan mereka pada tarikh tersebut setiap tahun.

Ibu negaranya bernama Ankara, yang terletak di bahagian Asia. Turki mempunyai 81 negeri (provinces, dipanggil sebagai iller atau ili) iaitu :

Iller di Turki
Adana
Adiyaman
Afyonkarahisar
Agri
Aksaray
Amasya
Ankara
Antalya
Ardahan
Artvin
Aydin
Balikesir
Bartin
Batman
Bayburt
Bilecik
Bingol
Burdur
Bolu
Bitlis
Bursa
Canakkale
Cankiri
Corum
Denizli
Diyarbakir
Duzce
Edirne
Elazig
Erzincan
Erzurum
Eskisehir
Gaziantep
Giresun
Gumushane
Hakkari
Hatay
Igdir
Isparta
Istanbul
Izmir (Smyrna)
Kahramanmaras
Karabuk
Karaman
Kars
Kastamonu
Kayseri
Kilis
Kirikkale
Kirklareli
Kirsehir
Kocaeli
Konya
Kutahya
Malatya
Manisa
Mardin
Mersin
Mugla
Mus
Nevsehir
Nigde
Ordu
Osmaniye
Rize
Sakarya
Samsun
Sanhurfa
Siirt
Sinop
Sirnak
Sivas
Tekirdag
Tokat
Trabzon
Tunceli
Usak
Van
Yalova
Yozgat
Zonguldak





Memandangkan Turki menggunakan sistem Republik Berparlimen, Turki diketuai oleh seorang ketua negara yang memakai gelaran Presiden. Presiden sekarang ialah Recep Tayyip Erdogan yang telah berkhidmat sejak 10 Ogos 2014.

Ketua bagi kerajaan Turki ialah Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden dalam kalangan ahli parlimen yang terpilih. PM Turki sekarang (ketika penulis menulis) bernama Binali Yildrim yang telah berkhidmat sejak 22 Mei 2016 menggantikan Ahmet Davutoglu. Beliau dibantu oleh beberapa orang Timbalan PM iaitu Nurettin Canikli (dilantik sejak 24 Mei 2016), Veysi Kaynak (dilantik sejak 24 Mei 2016), Mehmet Simsek (berkhidmat sejak 24 November 2015), Yildirim Tugrul Turkes (berkhidmat sejak 29 Ogos 2014), dan Numan Kurtulmus (berkhidmat sejak 29 Ogos 2014). Barisan kabinet atau Majlis Menteri pula dilantik oleh Presiden sendiri, selepas dicadangkan oleh PM.

Dari sistem pilihan raya pula, terdapat sekurang-kurangnya 3 pilihan raya yang perlu dihadapi oleh rakyat Turki, iaitu Pilihan Raya Tempatan, Pilihan Raya Umum dan Pilihan raya Presiden.

Pilihan Raya Umum – rakyat Turki perlu memilih 550 individu yang akan berkumpul dalam Türkiye Büyük Millet Meclisi (atau bahasa mudahnya, Parlimen Turki) mengikut kawasan pilihan raya masing-masing. Sistem yang digunakan ialah ‘party-list proportional representation system’, di mana sesebuah parti yang memenangi kawasan tersebut akan memegang kawasan tersebut selama 4 tahun. Sekiranya seseorang ahli Parlimen meninggal dunia, parti yang diwakilinya sendiri akan melantik individu lain untuk menggantikannya tanpa melalui pilihan raya kecil.

Pilihan Raya Tempatan – merupakan pemilihan datuk bandar bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Turki. Datuk Bandar yang dilantik akan memegang selama 5 tahun.

Pilihan Raya Presiden - Presiden diundi berdasarkan undi popular (iaitu jumlah undi daripada rakyat, bukan mengikut majoriti kawasan) yang diterima, dan menggunakan ‘two-round system’ iaitu undia sebanyak dua kali pusingan di semua kawasan dalam Turki. Presiden biasanya akan dipilih setiap 5 tahun sekali.

Terdapat lebh kurang 6 buah parti-parti politik yang terkenal di Turki, iaitu :

Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP)[5] yang diketuai oleh Binali Yildrim.

Cumhuriyet Halk Partisi (CHP)[6] yang diketuai oleh Kemal Kilicdaroglu.

Milliyetçi Hareket Partisi (MHP)[7] yang diketuai oleh Devlet Bahceli

Halkların Demokratik Partisi (HDP)[8] yang diketuai oleh Selahattin Demirtas

Saadet Partisi (SP)[9] yang diketuai oleh Mustafa Kamalak

Demokratik Parti (DP)[10] yang diketuai oleh Gultekin Uysal.


PENUTUP

Inilah beberapa perkara sebagai rujukan awal dalam mana-mana perkaitan berkenaan Turki. Semoga tulisan ini bermanfaat. Menjadi revisi bagi mereka yang baru berjinak dalam mempelajari negara Turki.

-------------------------------
ENDNOTE

[1] Balkan adalah kawasan Eropah yang meliputi negara Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Montenegro, Macedonia, Serbia, Moldova, Romania, Slovenia dan Turki.

[2] Di kawasan Bosphorus ini juga terletaknya Selat Tanduk Emas (Golden Horn Straits) yang terkenal dengan sejarah Muhamad Al-Fateh membuka wilayah Konstantinopel (kini Istanbul).

[3] Middle East; sebutan yang digunakan oleh mereka yang di Amerika dan Eropah

[4] Western Asia; sebutan ini digunakan oleh mereka yang berada di wilayah sebelah Asia

[5] Dalam Bahasa Inggeris, AKP ialah Justice and Development Party

[6] Dalam Bahasa Inggeris, CHP ialah Republican People's Party

[7] Dalam Bahasa Inggeris, MHP ialah Nationalist Movement Party

[8] Dalam Bahasa Inggeris, HDP ialah People's Democratic Party

[9] Saadet Partisi merupakan parti politik menggantikan Fazilet Partisi, inspirasi dari gagasan Milli Gorus yang diasaskan Necmettin Erbakan.

[10] Sebelum tahun 2007, DP dikenali sebagai Doğru Yol Partisi (DYP) atau True Path Party.

---------------------------------------------------------

Artikel ini merupakan salah satu artikel dari e-book Turki & Erbakan terbitan Projek Anak Muda Islam. Sekiranya berminat, boleh dropkan e-mel anda di rungan komen blog ini ye. :) 

Selamat membaca, walaupun sumbangan saya tidak seberapa untuk e-book ni. Haha.


Share:

Wednesday, August 03, 2016

Perginya Pemuda Yang Menghidupkan Jiwa

Assalamualaikum.

Baru boleh update tentang beliau.

Allahuakbar.

Sejujurnya baru dapat berita pemergian beliau jam 9 lebih tadi. Bila buka whatsApp, nampak "Ammar Haziq meninggal" terus aku terdiam, meratib al-Fatihah sahaja, dan tangan makin laju membuka group2 whatsApp yang semuanya bercerita tentang pemergian beliau.

Ammar Haziq, mungkin kita tak rapat sepertimana sahabat Quran Sunnah dan sahabat Taaruf yang lain, tapi ketawadukkan kau terhadap semua orang menjadi perhatian dan tidak boleh dinafikan. Siapa je yang tak iktiraf kebaikan kau? Aku yakin semua orang akan sangat terasa dengan pemergian kau.
.
Kenangan sepanjang berada dalam Taaruf Committee tetap aku ingat. Dari situ aku kenal kau. Jaga pagar mahallah sama-sama, sambut beg budak baru. Program ALAM pon kau banyak join. .

Tiada gambar kita bersama, kerana kita tidaklah serapat mana, namun kenangan lepas tetap tersemat. Insha-Allah.
.
Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Ammar Haziq bin Hawa. Pemergian kau tazkirah langsung buat kami.
.
Rest in Peace, Ammar Haziq, bersama para syuhada, amilin, dan solehin.
.
#SahabatKUIS #2Ogos

Share:

Monday, August 01, 2016

Akhirnya Berabang Ipar

Hai Assalamualaikum !

Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semuanya selesai. Kakakku selamat menjadi isteri kepada suaminya. Haha.

Terima kasih kepada semua yang menaja, menyumbang tenaga, membantu apa yang patut.

Sebenarnya nak tulis panjang-panjang, tapi rasa macam tak terkeluar benda yang nak ditulis ni.
.
Lega sebab dapat menyumbang tenaga untuk keluarga. Oh ye, aku memang renyah sikit buat kerja sebenarnya, bila disuruh baru la aku buat. Hahha. Perangai mengalahkan orang tua. Tapi ala kulli hal, selamat memenatkan diri semalam dan dua hari lepas.

Rasa macam nak pergi spa, nak surub orang urutkan badan. Haha.

Terima kasih jugak kepada kawan2 yang datang. Ajak atas stand Rumah Terbuka, padahal akak kawen. Haha. Terima kasih Raihan, Sood, Sope, Atok, Dayak, Faris, Ijat Qiwam, Bedek, Gelam yang dah lama sangat tak jumpa, Ajai, Adol, Zuhri, Baba, Syira, Fadilah, Baby Aisyah, Ain, Khaleeda, Zahidah, Nadrah, Kak Siti, Syamina, Nadzirah, Hani, Abel, Zuzu, dan 2 roommate Nad (xtau nama). Dan yang last datang, Syaq. Hehe.

Terima kasih yang mendoakan semuanya selamat.

Masa 1 Syawal haritu, punya la menangis sebab tak dapat pakai Baju Melayu, hahaha... Baju dah ada, tapi kena reserve untuk kenduri dulu. Ni bila kenduri dah berlangsung, nah kau baju melayu bersampin siap bersongkok aku pakai. Kasut je x pakai. Haha. Lepas gian pakai Baju Melayu ni. Baju Melayu kan baju kebangsaan. #AkuAnakMalaysia

Oh ye, lupa nak citer, fotografer kahwin akak aku ni kawan masa kat KUIS. Hehe. Siapa berminat, boleh la PM FB aku. Haha. Nanti aku bagi link baekk punya. 😂😂

Itu je la saje nak sembang sembamg dalam ni. Kekeke.

Wabillahi taufiq. Wassalam. #sebarkancinta .💚

Share:

Friday, July 22, 2016

Wednesday, July 13, 2016

SEJARAH PERTANDINGAN JAWATAN PRESIDEN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)


November 1951
Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu), bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO).
Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama.

Disember 1956
Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi, Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad.
Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan Adli menarik diri selepas terpilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS, dan selepas daripada itu diangkat setaraf dengan Naib Yang Dipertua PAS.
Keputusan pertandingan menyaksikan Dr Burhanuddin al-Helmi terpilih sebagai Yang Dipertua PAS, manakala Dr Zulkiflee Muhammad terpilih sebagai Timbalan Yang Dipertua yang mana beliau turut bertanding untuk jawatan tersebut.

September 1973
Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kali ke-19 telah menyaksikan pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua PAS antara Datuk Asri Muda dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah yang menyaksikan Ustaz Abu Bakar tewas dan beliau kekal sebagai Naib Yang Dipertua PAS.

Jun 2015
Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 menyaksikan pertandingan bagi memilih jawatan Presiden pertama kali selepas 42 tahun antara penyandang, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan Ustaz Ahmad Awang (bekas Naib Presiden PAS).
Keputusan pemilihan menyaksikan Tuan Guru Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden, manakal Ustaz Ahmad Awang selepas daripada itu keluar dari PAS dan kini menjadi Penasihat Umum Parti Amanah Negara.

Share:

Monday, July 11, 2016

Pelbagai masalah : Tuhan Maha Kuasa

Di KUIS
aku mengenali ramai orang bermasalah.

Ada yang keluarganya sakit,
Ada yang ibu bapa kedua-keduanya telah pergi,
Ada yang salah seorang daripada ibu atau bapa yang telah tiada,

Ada yang dibuang keluarga,
Ada yang tidak pernah beraya bersama keluarga,
Ada yang jadi kes cinderella - dibuang keluarga tiri,

Ada yang sakitnya pelbagai,
Ada yang sakitnya hanya aku sahaja yang tahu,
Ada yang sakitnya misteri,

Ada yang keluarga susah,
Ada yang sara hidup bulanan daripada sumbangan orang lain,
Ada yang cutinya penuh dengan mencari duit sara diri

Ada yang miskin,
Ada yang faqir,
Ada yang sederhana hidupnya,
Ada yang golongan berada,

Ada yang adik beradik ramai,
Ada yang adik beradik pon bergaduh,
Ada yang hidup tunggal,
Ada yang hanya bertemankan keluarga angkat.

Semua ini membuatkan aku belajar mengenali manusia dengan lebih dekat. Membuatkan kita mengenali Allah, Tuhan yang maha berkuasa menentukan segala-galanya. Membuatkan kita bersyukur dan cukup dengan apa yang ada.

Hasbunallah wani'mal-wakeel.

Share:

Sunday, July 10, 2016

Cakap main lepas, Fahamnya tidak

Ramai terkeliru dengan istilah, dan tidak kurang yang "tak kisah la" dengan penggunaan istilah.

Bila ditanya maksud istilah yang digunakan, dikatanya kita terlalu teliti.

Walhal kita nak ajarkan supaya berwaspada dengan sebarang ustilah yang digunakan.

Ramai orang salah faham bila kita salah guna perkataan.

Maksum, Taksub, "Holier Than Thou", Asabiyah.

Macam manusia, tumbuhan dan matahari. Manusia memandang matahari sebagai tanda waktu siang, tapi tumbuhan lebih merasakan keberadaan matahari sebagai sumber tumbesaran.

Konteks sesebuah kata itu perlu diperjelaskan.

Share:

Thursday, June 23, 2016

Berhabuk Bahasa Arab

Cerita Di KLIA

Semalam sepertimana yang kutelah ceritakan, aku pergi KLIA, dan bukan nak menunjuk (tapi sebenarnya tak sempat tukar), aku pakai jubah. Siap kain pelikat. Haha.

Nak jadikan cerita, dalam perjalanan nak ke car park, tiba-tiba disapa dengan pertanyaan "hello, you tahu Arabic tak?"

Tiba-tiba ada pegawai airport berbangsa Cina siap berkot, kemeja lengkap tanya kepada kami yang tahu bahasa Arab ke tak.

Kes dia, ada seorang lelaki Arab ni nak ke Istanbul tetapi nak taknak dia kena beli "return ticket". Dia guna visa Arab Saudi, jadinya dia tak boleh beli tiket terbang terus ke Istanbul tanpa ada destinasi ketiga.

Jadi, Pegawai Cina tu nak minta bantuan kami untuk bertanya dengan lebih lanjut. Menakjubkan, pegawai Cina tadi sebenarnya dah lebih banyak cakap Arab daripada kami. Haha.

Dan Alhamdulillah, sedikit je dapat kami bantu, itupon kes belum selesai. Mana taknye, Pak Arab tu cakap bahasa Arab stail dia, kita ni pulak mulut tak terkeluar perkataan.

Destinasi Pak Arab tu selepas ke Istanbul adalah Arab Saudi, dan kes sebenarnya belum selesai dengan masalah dan persoalan lain pula timbul. Haha.

Akhirnya Pegawai Cina bernama Kent tadi hubungi kawan Melayu dia yang mungkin sebagai operator. Kami assume kes selesai selepas itu.

Moral : Kena selalu praktik Bahasa Arab. Jangan buat krik krik bila orang suruh cakap Arab. Haha. Kalau tidak, sorang mengembek, sorang mengaum, sorang lagi berkokok.

[ Itu sahaja cerita hari ni, cerita 2 pada masa yang akan datang dengan peristiwa lain pulak ]

Share:
Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi