Efektif dan Efisien
.
Efisien dalam Kamus Dewan membawa maksud mampu mengerjakan sesuatu tugas dengan tepat dan cermat tanpa pembaziran waktu, tenaga atau belanja.
.
=======================
.
Bila didedahkan dengan kedua-dua terma di atas, terus minda aku teringat rancangan di TV iaitu Chef in Your Ear. (Minda sudah dijajah hedonisme? okebai) Pengguna Astro boleh tonton di Saluran 702, DIVA pada masa yang ditetapkan.
.
Rancangan ini menguji dua orang chef yang terkenal untuk mengajar dua orang peserta yang kurang berkemahiran dalam memasak bagi menghasilkan hidangan yang enak, dengan dibekalkan sebuah monitor dan sepasang headphone.
.
=======================
.
Apa yang mengaitkan rancangan ini dengan dua terma yang diutarakan ialah, rancangan ini menguji keefektifan kumpulan untuk menyelesaikan tugasan dalam masa yang diperuntukkan.
.
Keefisienan kumpulan pula diuji dengan kecekapan chef memastikan peserta mereka melakukan beberapa perkara seperti berikut sambil memasak :
- Memilih bahan dan alatan yang betul untuk memasak, memotong, menghias, dan sebagainya.
- Memastikan ruang masak dalam keadaan kemas, bersih dan teratur sebelum masa tamat.
- Memotong dengan cara yabg betul.
- Menghias dengan teknik yang dikehendaki.
.
Paling mencabar apabila ingin memastikan rasa makanan yang dimasak oleh peserta menepati rasa yang chef mahukan. Chef sama sekali tidak boleh merasainya kerana mereka tidak berada di ruang masak.
.
Kesimpulannya, segala perkara yang kita lakukan mestilah mencapai matlamat - efektif, dan semoga segala perkara yang kita lakukan semakin cekap dari masa ke masa - efisien. Jimat tenaga, jimat wang, jimat masa.
.
p/s: Kepada orang yang suka masak, sambil masak, tingkatkan efisien. Jangan bersepah, berselerak.
Comments