Al-Nasr : Pertolongan


.

TERJEMAHAN

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


PENGENALAN

Surah al-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.



NAMA DAN KELEBIHANNYA

Surah ini dinamakan surah al-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan firman Allah (bermaksud) : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan”. Dinamakan al-Futuh bermaksud pembukaan atau kemenangan sempena kota Makkah al-Mukarramah berjaya dibuka dan dikuasai semula oleh Muslimin. Juga dikenali sebagai surah al-Tawdi’, yang bermaksud perpisahan /selamat tinggal

Surah al-Nasr menyamai satu perempat al-Quran.

Diriwayatkan daripada  Anas ibn Malik ra katanya: Rasulullah saw bertanya salah seorang sahabatnya:
“Adakah bersama mu (surah al-Nasr?). Jawabnya: Ya. Sabda Nabi: (kelebihan membacanya menyamai) satu perempat al-Quran”



Dalam athar yang dikeluarkan oleh Nasaie,
Daripada Ubaidullah Ibn Abdullah Ibn Utbah berkata: Ibn Abbas telah berkata kepadaku: “Wahai Ibn `Utbah, adakah kamu mengetahui surah yang terakhir diturunkan di dalam al-Quran? Aku menjawab: “Ya! iaitu surah al-Nasr.” Beliau berkata: “Benar katamu itu”.


MUNASABAH SURAH


Pada akhir surah al-Kafirun, Allah s.w.t menyuruh Rasulullah s.a.w supaya memutuskan hubungan akidah dengan agama-agama syirik sambil memberitahu mereka “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku”.

Dalam surah ini, Allah s.w.t menyatakan wujudnya pelbagai agama itu tidak lama kerana tidak lama lagi manusia akan berduyun-duyun memeluk Islam, lalu Islam menjadi agama yang paling tinggi dan tiada agama lagi mengatasinya.

Kedudukan Islam yang tinggi itu menunjukkan kelebihan Nabi Muhammad s.a.w dengan kemenangan dan dengan tersebarnya ajaran Islam dan kedatangan manusia beramai-ramai untuk memeluk Islam. Keterangan yang sama juga menunjukkan ajal Rasulullah s.a.w hampir tiba.

TEMA DAN RINGKASAN SURAH

Tema surah ini ialah “Tasbih dan Istighfar”

Surah ini diturunkan pada akhir-akhir usia Nabi saw.  Para sahabat segera memahami daripada ayat yang menyebutkan kemenangan dan pembukaan  bahawa usia baginda telah berada di penghujung.  Oleh itu bersedialah untuk pemergian ke alam Akhirat dengan tasbih dan istighfar.


Sumber: 
http://bersamaummualiya.blogspot.com/2011/06/45-surah-al-nasr.html
http://www.drhayei.com/2010/10/surah-al-nasr-bilangan-110-madaniyyah-3.html

Comments

Zahirul Nukman said…
@cinonex coreyan nice to meet you ! :D #TeamHijrah

Popular posts from this blog

Efektif dan Efisien

[UPDATE] Senarai Sekolah Agama, Pusat Tahfiz & Pondok Negeri Sembilan