Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, March 23, 2011

Atas kertas kita mungkin...

Assalamualaikum to...
All my readers, my follower, and my.....fan? uhuk2...

_*****************************************************_
kini jadi sejarah...

#Dalam entri kali ini, perkataan ‘saya’ ditukar kepada perkataan ‘aku’. Harap Maklum#
#Entri ini khas buat Batch aku di ITQAN [15th Generation of Tahfiz Negeri Sembilan] #

Alhamdulillah...
Aku menghantar
[SPM SEMAK 930927 XXXXXX (No.Kad Pengenalan) XXXXXXXXX (No.Angka Giliran]

dan hantar ke MySMS (15888) tepat jam 10:01:05. Dan (setelah hampir 1 jam setengah) tepat jam 11:26:02 tanggal 23 Mac 2011, aku memperoleh keputusan yang aku tunggu. Aku belum lagi mengambil slipnya di sekolah atas kekangan jarak, waktu dan karierku (jadi babysitter, jaga adikku yang comel ni.hehe...). Dan hasilnya...

RM0.20 SPM: 930927XXXXXX 2A+ 2A 2A- 2B+ 1C+. Keputusan penuh di sekolah/JPN.
Sender: 15888
Sent: 23-Mar-2011 11:26:02

Itulah mesej yang aku terima... Terus, tanpa membuang masa, (tabiatku iaitu menyibukkan diri..heheh) aku bertanya pula kepada rakan-rakan yang lain. Dan tidak lupa, aku menghantar ucapan terima kasih kepada guru-guruku. Thank to ‘atuk’ for giving the data...haha...

Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberi..bukan tahniah yang kuharapkan, tapi doa kalian untuk aku terus berjaya di dunia dan Akhirat =)...Terima kasih juga buat Akhi Hafizan (blog beliau) kerana mengingat aku melakukan sujud syukur...Alhamdulillah, aku masih punya sahabat yang mengingatkan aku yang alpa...

Dah dah, kita berbalik pada tujuan sebenarku menulis kali ini..)

Ternyata, (seperti kebiasaan bagi batch kami, macam 2 tahun lepas ketika PMR) tatkala SPM tahun 2010 dikatakan terbaik di negara kita dalam tempoh 4 tahun, tiada pelajar (kitalah tu..) yang memperoleh 9A.

Bukan nak menjatuhkan air muka, bukan untuk mencemarkan imej sekolah mahupun diri sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Ya, tahun ini ITQAN tidak berjaya memperoleh pelajar yang mempunyai 9A dalam SPM. Namun, secara peribadi, aku memang dapat menyangka akan hal itu.

Penaik semangatku....

Awal pagi tadi, menonton MHI (almaklumlah, bujang.hehe...), Alhamdulillah, aku beroleh semangat tatkala Dr. MFK [Fadzilah Kamsah] memberi motivasi. MFK kate, Setiap apa yang ditetapkan oleh Tuhan, adalah yang terbaik buat hambanya.

Celotehanku...

Ya, betul, Setiap dari kita punya kelebihan sendiri. Bukan sahaja kejayaan atas kertas semata-mata, tapi kejayaan kita mungkin dapat dinilai dari aspek lain. Mungkin SPM tak sehebat mana, tapi dalam hafalan anda hebat, dalam sukan anda hebat, dalam berfikir kita hebat, dalam mengendalikan program kita terbaik, dalam berpidato hebat, dalam berhibur kita tersohor, dalam mereka cipta, melukis dan banyak lagi yang bukan dalam subjek SPM, kita hebat.

Dan, ingatlah, SPM bukan penentu kehidupan walaupun ia penting. Tidak cemerlang dalam SPM bukan bermakna kita perlu membunuh diri, bukan bererti kita gagal dalam hidup. Tidak cemerlang SPM bukan bermaksud kita perlu ke neraka... Gagal kini, bukan gagal selama-lamanya...Jadi, aku berharap agar kita sama-sama bangkit. Jangan rasa jatuh, lemah. Biar orang sekeliling kita memerli, marah, pressure, sinis dan umpamanya, kita tetap dengan pendirian kita. Redha dan tawakal atas pemberiannya. Mungkin Tuhan menundakan kejayaan kita untuk kita bersabar dengan dugaan yang tidaklah sebesar mana, demi menguji kita ke arah memperoleh kejayaan di masa akan datang... Jadi, atas kertas kta mungkin yang terbaik, tapi kita kenal siapa diri kita, kita kenal kemampuan kita, kita sebenarnya hebat dan terbaik. Bukan dalam SPM, tapi kita hebat dalam bidang/aspek lain.

Tu je celotehanku untuk diriku dan kalian (kalau kalian baca la...)

Sekian, it’s All about Our Mind, it’s All about Our Heart.....
Wassalam...
Kredit to: Generasi Ke-15 Tahfiz NS/ AfdhalFikri/ Faisal Halim.

P/s: Entri ini sebenarnya untuk aku motivate diri aku je...tapi xkesahla... ni kan blog aku...inilah fungsi blog, xgitu? Hehe...
Entri ini aku pendam dari aku form 3 dan akhirnya aku luahkan dalam konteks SPM pula.harap maklum.
(Sekiranya ada typo (typing error), sila abaikan dan faham2 sendiri la ye...hehe...)
Share:

Friday, March 18, 2011

Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN



Assalamualaikum

_*********************************_
yeay, hari ini, mybe xbanyak entri memandangkan, tenet 'lembab'... =.='

Entri kali ni ZahirulOnline nak join Segmen daripada blog Santai Ben Ashaari...


Caranya mudah....


  • Sila letak tajuk :

  • BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN
  • Sila ceritakan latar belakang anda ..

  • Profesion anda sekarang ?

  • Blog favourite anda .. kenapa ?

  • Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?

  • Impian anda terhadap blog anda ..


  • 1) dah letak....

    2) latar belakang ZahirulOnline dan ZahirulNukman

    ZahirulOnline

    ZahirulOnline (ZO) merupakan sebuah blog milik seorang penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Zahirul Nukman (ZN). Tujuan ia dibina ialah sekadar mengisi masa lapang di samping memperoleh rakan-rakan siber. Ia telah dibina secara rasminya pada 26 September 2009 bersempena ulangtahun kelahiran ZN Ke-16 keesokan harinya.

     Mohammad Zahirul Nukman dilahirkan pada 27 September 1993 bersamaan 10 Jamadilakhir 1414H di Hospital Besar Seremban. Anak kepada pasangan Mohd Narakna Hassan dan Anisza Annuar ini merupakan anak kedua daripada 6 orang beradik. Mendapat pendidikan prasekolah pada 1999 di Tadika Kemas Mantin Dalam. Beliau mula menceburi bidang agama pada 2000 apabila memasuki Sekolah Rendah Agama Integrasi Pekan Beranang selama 6 tahun. Kemudian, beliau meneruskan pelajaran peringkat menengah di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) pada tahun 2006. Kini, beliau masih lagi menuntut di ITQAN bagi meneruskan pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat. Mula menceburi dunia blog seawal usia 16 tahun bagi mengisi masa lapang dan menambah kenalan.Berbekalkan kata azimat “Selagi Hidup Masih Berbaki, Selagi Itu Harus Berbakti”, beliau yakin, setiap perkara yang dilakukan pasti ada ganjaran di sisi-Nya.

    err...agak formal kan??huhu.... =.='

    3) profesion?

    sebagai penuntut pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di ITQAN

    4) blog Faveret??

    banyak gile...hoho..

    5) Blog yg x (berape nak..) suka  masuk....hmmm..
    • Blog yang ade lagu2 rancak... bingit telinga wooo...*kalau melodi yg layan, tenang tu OK gak la..*
    tu je kot...hoho..

    6) impian...(macam Sejuta Impian plak ^_^'..)

    • memandangkan belum ber Dot Com, jad saya mensasarkan pada tahun 2013 untuk memiliki domain sendiri...(nak name pe ye... mybe ZahirulOnline.Com...hmmm)
    • mempunyai lebih ramai kenalan....target 500 utk tahun ini....(boleh ke???)
    tu je...OK..nak gi letak link kat Blog Ben Ashaari...kat sini

    p/s: Jom Join Bloglist ZahirulOnline 2.0 2011. Klik Ini

    Share:

    Sunday, March 13, 2011

    Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing~~!!

    Assalamualaikum~~~

    tengok tajuk diatas...huhu...

    Jejariruncing nak blogwalking wooo.....

    ha?? apa?? kamu kate Jejariruncing tu siapa?? aisey, tak kan tak kenal kot~huhu..
    Elia la, teman Khairul Fahmi Che Mat tu...

    ~~Ok, kali ni jejarirumcing nak blogwalking reramai...jadi, dia pun bikin satu segmen iaitu "Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing"

    bahan2 yang perlu dibuat ialah..

    1. Tekan butang "Like" dan "Share" di entry ni. (dah sudah)

    2. Copy HEADER my blog(seperti diatas)dan buat satu entry bertajuk "Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing"


    3. Dalam entry tu ceritakan kenapa anda suka baca blog jejariruncing, dari mana dapat tahu tentang blog ini dan bagi idea atau cadangan untuk memantapkan lagi blog ini. selain tu korang juga boleh tanya saya maximum 3 soalan jika ada. soalan anda akan saya jawab di ruangan komen di entry tersebut dan dihujung entry tu kalau nak, ajak la kawan-kawan yang lain join game jenjalan ni..

    ''suka ? = sebab blog ni relax n chill...
    ''dari mana? = dari suatkabo.... waktu tu tgh demam bola AFF Suzuki^__^
    ''Soalan = 
    1. Macam mana bahagi masa antara berblog dengan berkerja..??
    2. Macam mana boleh kenal KFCM??
    3. Siapa inspirasi anda dalam dunia blog ni~~??


    4. Selepas selesai publish entry tu, sila copy link entri anda tu dan pastekan ke ruangan komen saya(dalam entri ini).

    'OK..^__^"

    Share:

    Tuesday, March 01, 2011

    Saya Sokong Vlogger Malaysia~!!!



    klik sini kalau nak join segmen ni

    Assalamualaikum semua~~

    Dunia Blogger dan Vlogger agak panas dalam minggu ni... hmm...isu yang tak patut sebenarnya untuk diadakan...

    Sebenarnya, x kesahla, Blogger ke, Vlogger ke, sebenarnya, kita tetap komuniti yang sama.. betul x??
    Bezanya, Blogger lebih menggunakan pendekatan penulisan, manakal Vlogger pula menggunakan pendekatan video untuk berinteraksi... Idea yang kreatif sebenarnya...

    Jujurnya, Isu vlogger ni ada hikmahnya... daripada ramai yang tak tahu vlogger tu apa, sekarang ni, mungkin dah ramai tahu apa itu vlogger... macam saye~~

    Apa-apa pun, kepada Vlogger sekelian, teruskan berkarya, luahkan idea kreatif anda, sedarlah bahawa anda mempunyai bakat dan kelebihan yang hebat...

    kepada kak yuyu Zulaikha khususnya, tabahkan semangat. walaupun saya bukan Vlogger, SAYA TETAP MENYOKONG KALIAN~!!!...

    sekian ,wassalam..
    Share:
    Aku Insan damba aman,
    cari Ilham damaikan satu Alam.
    Aku Insan mendambakan,
    cari Sayang damaikan seluruh Alam.
    Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

    Murabbi