Di Segenap Sudut Dunia, Ada Cerita Tersendiri.

Wednesday, March 23, 2011

Atas kertas kita mungkin...

Assalamualaikum to...
All my readers, my follower, and my.....fan? uhuk2...

_*****************************************************_
kini jadi sejarah...

#Dalam entri kali ini, perkataan ‘saya’ ditukar kepada perkataan ‘aku’. Harap Maklum#
#Entri ini khas buat Batch aku di ITQAN [15th Generation of Tahfiz Negeri Sembilan] #

Alhamdulillah...
Aku menghantar
[SPM SEMAK 930927 XXXXXX (No.Kad Pengenalan) XXXXXXXXX (No.Angka Giliran]

dan hantar ke MySMS (15888) tepat jam 10:01:05. Dan (setelah hampir 1 jam setengah) tepat jam 11:26:02 tanggal 23 Mac 2011, aku memperoleh keputusan yang aku tunggu. Aku belum lagi mengambil slipnya di sekolah atas kekangan jarak, waktu dan karierku (jadi babysitter, jaga adikku yang comel ni.hehe...). Dan hasilnya...

RM0.20 SPM: 930927XXXXXX 2A+ 2A 2A- 2B+ 1C+. Keputusan penuh di sekolah/JPN.
Sender: 15888
Sent: 23-Mar-2011 11:26:02

Itulah mesej yang aku terima... Terus, tanpa membuang masa, (tabiatku iaitu menyibukkan diri..heheh) aku bertanya pula kepada rakan-rakan yang lain. Dan tidak lupa, aku menghantar ucapan terima kasih kepada guru-guruku. Thank to ‘atuk’ for giving the data...haha...

Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberi..bukan tahniah yang kuharapkan, tapi doa kalian untuk aku terus berjaya di dunia dan Akhirat =)...Terima kasih juga buat Akhi Hafizan (blog beliau) kerana mengingat aku melakukan sujud syukur...Alhamdulillah, aku masih punya sahabat yang mengingatkan aku yang alpa...

Dah dah, kita berbalik pada tujuan sebenarku menulis kali ini..)

Ternyata, (seperti kebiasaan bagi batch kami, macam 2 tahun lepas ketika PMR) tatkala SPM tahun 2010 dikatakan terbaik di negara kita dalam tempoh 4 tahun, tiada pelajar (kitalah tu..) yang memperoleh 9A.

Bukan nak menjatuhkan air muka, bukan untuk mencemarkan imej sekolah mahupun diri sendiri. Tapi, itulah hakikatnya. Ya, tahun ini ITQAN tidak berjaya memperoleh pelajar yang mempunyai 9A dalam SPM. Namun, secara peribadi, aku memang dapat menyangka akan hal itu.

Penaik semangatku....

Awal pagi tadi, menonton MHI (almaklumlah, bujang.hehe...), Alhamdulillah, aku beroleh semangat tatkala Dr. MFK [Fadzilah Kamsah] memberi motivasi. MFK kate, Setiap apa yang ditetapkan oleh Tuhan, adalah yang terbaik buat hambanya.

Celotehanku...

Ya, betul, Setiap dari kita punya kelebihan sendiri. Bukan sahaja kejayaan atas kertas semata-mata, tapi kejayaan kita mungkin dapat dinilai dari aspek lain. Mungkin SPM tak sehebat mana, tapi dalam hafalan anda hebat, dalam sukan anda hebat, dalam berfikir kita hebat, dalam mengendalikan program kita terbaik, dalam berpidato hebat, dalam berhibur kita tersohor, dalam mereka cipta, melukis dan banyak lagi yang bukan dalam subjek SPM, kita hebat.

Dan, ingatlah, SPM bukan penentu kehidupan walaupun ia penting. Tidak cemerlang dalam SPM bukan bermakna kita perlu membunuh diri, bukan bererti kita gagal dalam hidup. Tidak cemerlang SPM bukan bermaksud kita perlu ke neraka... Gagal kini, bukan gagal selama-lamanya...Jadi, aku berharap agar kita sama-sama bangkit. Jangan rasa jatuh, lemah. Biar orang sekeliling kita memerli, marah, pressure, sinis dan umpamanya, kita tetap dengan pendirian kita. Redha dan tawakal atas pemberiannya. Mungkin Tuhan menundakan kejayaan kita untuk kita bersabar dengan dugaan yang tidaklah sebesar mana, demi menguji kita ke arah memperoleh kejayaan di masa akan datang... Jadi, atas kertas kta mungkin yang terbaik, tapi kita kenal siapa diri kita, kita kenal kemampuan kita, kita sebenarnya hebat dan terbaik. Bukan dalam SPM, tapi kita hebat dalam bidang/aspek lain.

Tu je celotehanku untuk diriku dan kalian (kalau kalian baca la...)

Sekian, it’s All about Our Mind, it’s All about Our Heart.....
Wassalam...
Kredit to: Generasi Ke-15 Tahfiz NS/ AfdhalFikri/ Faisal Halim.

P/s: Entri ini sebenarnya untuk aku motivate diri aku je...tapi xkesahla... ni kan blog aku...inilah fungsi blog, xgitu? Hehe...
Entri ini aku pendam dari aku form 3 dan akhirnya aku luahkan dalam konteks SPM pula.harap maklum.
(Sekiranya ada typo (typing error), sila abaikan dan faham2 sendiri la ye...hehe...)
Share:

2 Komentar:

FarHa said...

:D tahniah dik. Gempak dah result tu...

setuju ngan kata2 angah, biarlah org memerli, mengata, result bukan penentu masa depan kita. Masih byk peluang yang ada...

dulu kakha lagi teruk kena, tapi kakha bangkit slow2, alhamdulillah berkat kesabaran, kini kakha dpt tawaran untuk anugerah khas under fakulti. seronok. ucapan tahniah dr ummi wat rasa bangga. Padahal dulu kakha ni antara adik beradik yg tak berapa nak pandai berbanding yg lain :) tp atas kemampuan kite sendiri insya-allah kejayaan itu milik kita

Kuatkan semangt ye. Yang penting motivatekan diri sendiri. Apa yang Allah bag tu adalah yg terbaik buat kita :)

fathiahRAIHANA said...

assalam.. :)

dasyat dah kot result tu! hehehe .
takpa . journey kita baru nak start kan ? ^^ lepas nie bule usaha lagi .

Copyright © Zahirul Nukman 2016. Powered by Blogger.

Selamanya Murabbi