Posts

Kepimpinan Utama Parti Amanah Negara : Semuanya YB !

Image
Sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 yang merupakan kali pertama diadakan pemilihan parti selepas 4 tahun ditubuhkan, maka berikut merupakan senarai mereka yang telah diputuskan menerajui kepimpinan parti tersebut selepas memenangi pemilihan jawatankuasa. 
Menariknya, selari dengan fungsi mereka sebagai parti politik, peneraju utama parti semuanya merupakan mereka yang bergelar Yang Berhormat.
Presiden : YB Tuan Mohamad bin Sabu (Menteri Pertahanan / Ahli Parlimen Kota Raja)
Timbalan Presiden : YB Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani / Ahli Parlimen Pulai)
Naib Presiden I :  YB Dato' Mahfuz bin Haji Omar (Timbalan Menteri Sumber Manusia / Ahli Parlimen Pokok Sena)
Naib Presiden II : YB Dato' Seri Dr. Mujahid bin Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) / Ahli Parlimen Parit Buntar)

Naib Presiden III : YB Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus
(Ahli Parlimen Hulu Langat)
Ketua Pemuda : YB Tuan Hasnul Zulkarnain Ab…

#PAU2019 | Tengku Razaleigh Hamzah & Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Image
Tahun 1990-1996, kedua-dua mereka pernah berada dalam satu koalisi dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (kerjasama antara PAS & Parti Melayu Semangat 46 (S46) dan parti-parti lain yang kebanyakannya serpihan PAS seperti HAMIM, BERJASA).
Ketika itu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Razaleigh Hamzah mengasaskan dan menjadi Presiden S46, Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru (YBDSTG) Haji Abdul Hadi Awang pula ketika itu Timbalan Presiden PAS.
Kini kedua-dua mereka berada dalam kerjasama Muafakat Nasional pula, dan masing-masing naik level jawatan seterusnya. YBM sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, manakala YBDSTG sebagai Presiden PAS.
Menariknya, ketika tahun 1990, kedua-dua mereka merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan yang mereka sandang kini (2019) iaitu Gua Musang dan Marang.

#PAU2019 : Sekretariat Tetap Muafakat Nasional diwujudkan

Image
#PAU2019 : Sekretariat Tetap Muafakat Nasional diwujudkan

KUALA LUMPUR : Muafakat Nasional yang digagaskan hasil kerjasama UMNO-PAS dalam perkembangan terkini telah mempunyai sebuah Sekretariat Tetap. 
Demikian sebagaimana diumumkan Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada ucapan pembentangan Laporan SUA UMNO dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), dekat sini, hari ini. 
Sekretariat Tetap tersebut akan diwujudkan di Menara Dato' Onn, PWTC.
"Terkini saya ingin melaporkan sebuah Sekretariat Tetap Muafakat Nasional telah diujudkan di Menara Dato’ Onn, PWTC. Sekretariat ini sedang mengambil langkah bersama realisasikan gerakan baru Muafakat Nasional, berdasarkan perakuan JK Teknikal dan JK Pemandu yang dibentuk bersama oleh UMNO & PAS." ujar beliau dalam ucapannya.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama pimpinan PAS Pusat menjadi tetamu kehormat jemputan d…

Boss Susu sentiasa dengan punchline tersendiri di GegarVaganza | Farm Fresh

Image
Bagi mereka yang mengikuti program tahun ke-6 dari Astro iaitu GegarVaganza, tentunya akan mengetahui bahawa syarikat susu terkemuka negara, Farm Fresh Milk Sdn Bhd atau Farm Fresh merupakan penaja utama program tersebut. 
Setiap minggu jika anda menonton GV, anda akan dapat mengikuti Ketua Pengarah Operasinya, Encik Azmi Zainal atau diberi gelaran Boss Susu diberi ruang untuk menyampaikan sesuatu. Menariknya, setiap kali bercakap, pasti akan meninggalkan punchline tersendiri !

Minggu 1
Kalau teringat orang di kampung yang disayang, anak di asrama, boleh order online www.farmfresh.com.my. Kita bagi tawaran istimewa, potongan harga istimewa, dan taip ffgv6 hantarkan kepada anak, ibu kita di kampung. Kalau nak hantar kepada Ex pun boleh.... Enjoy!" Minggu 2
Selain order online tu, kita boleh juga hantar ucapan kepada orang-orang yang tersayang. Kepada ibu bapa kita, kepada anak kita, yang jauh dari kita. Dan mana yang nak hantar kepada ex tu, boleh juga hantarkan ucapan, "Kenang…

PAS adalah Parti Politik dan Gerakan Islam, bukan Sayap Politik Gerakan Islam

Image
Satu perkara yang sering menjadi kekeliruan khususnya bagi mereka yang mengikuti usrah-usrah peringkat remaja yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan NGO adalah bila mana membawa situasi (waqi') negara lain ke dalam Malaysia, tanpa mengikuti realiti di Malaysia.
Antara yang paling terkenal adalah mengikuti manhaj atau silabus pentarbiyahan daripada gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin, sebuah gerakan Islam di Mesir. Sebetulnya tidak salah apa yang dibawa oleh Ikhwan al-Muslimin, namun bila masuk soal mengaplikasikan hasil pentarbiyahan, sewajarnya perlulah bergerak dalam kerangka Malaysia.
Secara ringkas, Ikhwan Al-Muslimin merupakan sebuah pertubuhan masyarakat atau NGO (isu entiti diharamkan oleh kerajaan atau tidak haram, itu isu lain) yang ditubuhkan oleh Imam Hasan Al-Banna pada 1928 beberapa tahun selepas kejatuhan rasmi Wilayah Islam Uthmaniyyah. Setelah menjalani sejarah yang panjang sebagai pertubuhan masyarakat berpengaruh (selebihnya boleh baca sendiri di internet), p…

Keperluan Permuafakatan Parti Politik Pulau Pinang

Image
Terlebih dahulu, anda semua boleh membaca berita di atas di pautan berikut:
https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/19/bersatu-ambil-alih-pulau-pinang-daripada-dap/

------
Setuju dengan saranan ini.

Jika disingkap semula sejarah menjelang PRU14 tempoh hari, terdapat banyak parti-parti baharu yang timbul.

Ada yang mendakwa sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) walaupun BN tidak mengiktiraf. Ada parti yang berpaut dalam Gagasan Sejahtera di Pulau Pinang, sedangkan di negeri lain menentang PAS.

Parti Cinta Malaysia (PCM) terlebih awal merapati PAS dan Gagasan Sejahtera dalam siri kempen mewujudkan blok ketiga - dan telah meletakkan calon di tempat yang tidak ditandingi PAS atau Ikatan.

Kemudiannya Parti Alternatif Rakyat (PAP) juga mengambil langkah dan ruang untuk bersama-sama dalam Gagasan Sejahtera bagi menyertai blok ketiga. Walau bagaimanapun, kerjasama dan persefahaman ini hanya berlaku di Pulau Pinang sahaja. Malangnya, PAP tidak bekerjasama dengan PAS di Negeri Sembilan apa…

Kepimpinan Parti Amanah Negara Negeri Sembilan (2019)

Image
Tahun 2019 menyaksikan tahun pemilihan kali pertama bagi Parti Amanah Negara (PAN atau kependekan rasminya, Amanah). Di Negeri Sembilan, PAN turut mengalami beberapa perubahan kepimpinan peringkat negeri.

Sesi Kepimpinan PAN sesi 2019-2022

➡Pengerusi:
Hj. MK Ibrahim bin Abd Rahman (Ahli Majlis Perbandaran Seremban)
➡Timbalan Pengerusi:
Muhamad Zaki bin Md Sabri (Ketua Pemuda Rasah/AJK Pemuda Negeri/Ahli Majlis Perbandaran Nilai)
➡Naib Pengerusi 1:
YB Haji Bakri bin Sawir (ADUN Klawang)
➡Naib Pengerusi 2:
YB Dato' Zulkefly Mohamad bin Omar (Yang Dipertua DUN)
➡AJK
1. Sahrizal binti Masrudin (AJK Pemuda Negeri/Penyelaras DUN Kota)
2. Norwani binti Ahmat (Ketua Wanita Negeri)
3. Allip bin Ibrahim (Timbalan Ketua Pemuda Negeri)
4. Sayf bin Ahmad Basri (AJK Pemuda Negeri)
5. YB Mohamad Taufek bin Abd Ghani (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/ADUN Paroi)
6. Mohd Zainuddin bin Mohamad
7. YB Suhaimi bin Kassim (Ketua Kawasan Seremban/ADUN Lenggeng)
8. Mohamad Azrin bin Amran
9. Mohd Th…