Posts

Showing posts from 2013

Medan PRK

Image
Pilihan Raya Kampus KUIS. Baru sebentar tadi, sengaja melayari laman sesawang rasmi KUIS. Kemudian, terpampang di paparan hadapan laman tersebut tentang berita Pilihan Raya Kampus KUIS bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014. Notis sudah keluar. Demam PRK buat masa ini masih belum menyerang. Mungkin, setelah pembubaran MPP KUIS sesi 2012/2013 berlaku, baru demam tersebut akan viral kepada semua mahasiswa. Mungkin, dan mudah-mudahan. Pilihan Raya Kampus : Mengapa perlu ia diadakan? Pilihan Raya Kampus adalah satu platform demokrasi di mana calon-calon yang berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan peringkat kampus iaitu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui satu proses pilihan raya. -------- Bercakap tentang PRK, masih terngiang suasana PRK sesi lepas dengan 'speaker corner' dari sebuah pertubuhan mahasiswa yang memperjuangkan isu yuran, fenomena 'gelombang ungu', malam manifesto dan 'kerusi fakulti' yang semuanya me

Acara

Image
Assalamualaikum ! Selamat bercuti kepada semua! Alhamdulillah, cutiku dimulakan dengan program di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) untuk Kursus Nuqaba dan Imamah Selangor. Sebuah program yang 'awesome' dan Mantap. Dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy, anjuran ILDAS dan Kelab Al-Azhar Members KUIS. Kemudian, minggu tersebut dipenuhi dengan PRK IPTA tempatan seperti UKM, USIM, UUM dan lain-lain. Ada beberapa kenalanku yang menjadi calon dan memenangi pemilihan tersebut. Tahniah dan Takziah diucapkan. Di hujung minggu pula, aku menyertai program sidang meja bulat anjuran Institut Forum Siswa (I-Forsis) yang bertemakan 'Suatu Kesepakatan Baharu: Politik Muafakat, Memberdaya Peranan MPP'. Sidang Meja Bulat tersebut dianggotai oleh front-front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), dan Kumpulan aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Seminggu selepas itu, 2 har

Relevansi Taadibi.

Image
Dalam perkongsian terbaharu, Murabbiku berpesan banyak perkara. Namun dek kerana kelemahan diri yang tidak membawa pengikat ilmu (baca: Pena dan Buku Nota), maka kutitipkan beberapa perkara utama (yang telah diolah dengan bahasa sendiri). 1. Jadilah Manusia yang Beradab. Walau apapun aliran pemikiran, konsep dan pendekatan, jadikan Adab perkara yang utama. Kamu Pro-ABC, jadilah Pro-ABC yang beradab. Kamu Pro-Cendol, jadilah Pro-Cendol yang beradab. 2. Islam itu menyeluruh. Bilamana dinamakan menyeluruh, maka mahu atau tidak, segala sistem yang berada di dunia ini, baik ekonomi, cara hidup, politik, bermuamalat dan menjalankan program, perlu diletakkan di bawah Islam. Pemimpin, sebagai contoh, adalah golongan yang termasuk dalam sistem Pentadbiran Islam. Kedudukannya di atas sistem, tetapi ia hendaklah berada di dalamnya. Barulah Islam benar-benar memacu kehidupan. 3. Jangan berhenti untuk memberi. Bilamana kini telah menjejak kaki ke alam Kampus yang penuh 

Hidup itu Hadiah.

Image
Assalamualaikum semua. Kita sedih. Sedih la. Nampak tak hadiah yang terbuka ni? haha. (motif gelak?) Hadiah tu sebenarnya untuk adik aku, tapi dikoyakkan pembalutnya oleh sepupu aku yang kecil (si Amir) tu beberapa hari sebelum kuberikan kepada adikku. Tapi sekarang, hadiahnya dah diberikan kepada adikku, meskipun tdak berbalut. Ok, cerita habis. My point ada di bawah ni. Barang yang berbalut, Kalau dah dicabut balutannya, ditanggal sarungnya, didedahkan dirinya, Maka tiada serinya lagi, Kejutannya jua hilang, pergi. Begitu juga hidup kita. Kalau dicabut sifat malunya, ditanggal pakaian kita, didedahkan aurat kita. Maka tiada izzah diri manusia, Aib jua terbuka maruah jua tercela. Sehingga bertemu lagi ! p/s: Rajin sangat aku update blog ni dah kenapa? haha. -,-'

Pengubat lara

Image
Assalamualaikum. Terima kasih kepada akak ( ke adik? ) niqabist, yang sudi menangkap gambar kami. :)   Assalamualakum (kali kedua). Alhamdulillah, Sabtu lepas (12 Oktober), satu pertemuan kesatuan-semula (re-union) yang juga usrah telah dibuat. Saya panggil Lepak Kentucky boleh? haha. Sebabnya Usrah kami berjalan selama beberapa jam di tempat yang sama (KFC KL Sentral). Setelah beberapa lama tidak berkumpul, selepas masing-masing selamat meng-enroll-kan diri ke Universiti tempatan, akhirnya dapat juga kali ini kami berborak, belanja makan (makan je la yang aku ingat. :P) , berkongsi cerita dan bertukar maklumat. Alhamdulillah, satu perasaan awesome yang teramat. Usrah ini kami mulakan dari sekolah lama, maka kami ingin teruskan momentumnya hingga kini. Agar ia dicontohi generasi terkemudian. Hidup kita bukan hanya berprogram di sekolah, tetapi 'usrah' itu biar sampai Syurga. Mungkin tiada apa yang menarik pun semasa perjumpaan kami. Tapi bagi kami, refresh sinerg

100 markah.

Image
Lirik Lagu: Banggakah dirimu Kekasihmu sahabatku Rupanya selama ini Dia menaruh hati - Yuna, Lelaki ------- Jumaat ni exam. Exam Feqah Ibadat, subjek paling susah semester ini, dan aku sempat lagi menaip mengomel di sini, siap letak lagu Yuna. -____-" Hahaha. Belek Gambar, terjumpa gambar terakhir peperiksaan akhir semester 3 Asasi. :') Oh, Sebenarnya aku rindu AI B. T_T Subjek paling susah. Bukan apa, benda-benda berkaitan ibadah ni memang tak boleh dibuat hentam keromo. Walaupun basic nya mungkin dah tahu, tapi mengenal perkara sahihiyah itu kadang tersilap. Semalam baru selesai subjek kedua susah, Aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah, mujur study dan belek soalan-soalan lepas. Kaau tak degar cakap kawan-kawan untuk studi, memang taklah aku usik buku. >,< Jangan tiru gaya saya. kbai. Lepas exam Feqah nanti, lepas solat Jumaat, nak terus balik rumah. Tapi kan, kita still kesian dengan mereka yang tinggal jauh macam Kedah, Terengganu, Kelantan. Buk

Argumentasi

Image
Assalamualaikum. hola ! Tetiba hari ni ter-ada mood untuk taip. Bangunan Akademi Islam. Tiada kaitan dengan entri. :D Pertamanya, minta maaflah sebab mood menaip untuk blog sudah semakin merudum. Oh, bukan sahaja merudum, malah semakin menjunam, persis ekonomi dunia sekarang. Rentetan itu, sementara ada mood ini, aku pun meneruskan taipan. Sebenarnya banyak nak ditulis. nanti kita cuba susun dahulu ayat. Soal hati. Cinta. Suka. Entahlah. Semua tu fitrah, dan semua itu sentiasa menampar-nampar diri agar sedar kewujudannya. Nampak tak aku berkias? -,-' Bukan apalah, cinta dan suka tu perkara picisan bagi aku. Rileks, takut pun ada. haha. Dalam ujian psikologi yang kawan aku buat, aku ni seorang player. Player, mean hati tak tetap. Jadi, menyedari hakikat itu, aku taknak seriuslah dalam cinta ni. Eh, kejap. Sebelum celoteh panjang, nak tanya, aku tengah bercinta ke? -__- Tak kan? Aha, sentuh tentang blog ni. Aku sebenarnya terpaksa akui bahawa menulis di blog bukan

Tanya Kita, Jangan Pertikai Mereka.

Image
Seringkali kita menilai 'niat' seseorang.  Dialog manusia ingin hijrah. A: Aku nak bertudung la.. B: Macam mana ya aku nak berubah? C: Aku suka tengok akak bertudung labuh tu. Nanti aku nak beli tudung la. Aku nak pakai ! D: Jomlah join persatuan kami. Insya-Allah, bermula di sini, kita akan sama-sama membentuk generasi ghuraba di kampus kita. Tetapi, kita balas: A: Betul ke kau nak bertudung ni? Nanti kau tak boleh buat jahat dah. B: Kau nak berubah? Gila. Tak payah la. Teruskan je hidup kau yang enjoy ni. Kau pun happy. C: Weh, tak payah la nak bertudung-tudung bagai. Kau tak tahu ke Malaysia ni panas. Kau pakai tudung tu buat orang pandang pelik je dengan kau. D: Eleh, ni mesti nak 'menghalalkan pertemuan lelaki dan perempuan'. Korang tak payah la nak ajak aku. Aku ni dah masak dah dengan bebudak yang suka persatuan-persatuan ni. Semua kerja nak menggatal. Sekali lagi, kesal. Punyalah ikhlas niatnya untuk ajak kepada kebaikan, kita senang le

Sufi Haraki di Aidilfitri

Image
Jadilah Sufi Haraki di Aidilfitri. Dalam sibuk menyelami Hari Raya dengan ibadah kerana Allah, Jangan lupa praktikkan Muamalah kepada handai dan kerabat. Jadilah individu yang bukan sahaja hebat mensucikan diri,  tetapi jadilah juga individu yang mendengar dan memahami selok-belok tradisi ummat. - mesej dari sahabat Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi silaturahmi." - (Hadith Riwayat al-Bukhari) :)

Keadilan VS Kesamarataan

Image
Keadilan VS Kesamarataan Situasi Satu. Hamdi merupakan seorang bapa kepada dua orang kanak-kanak comel, Danial dan Diana. Baru-baru ini, beliau membeli dua helai baju kemeja-T lengan pendek di Jusco untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Beliau bukan seorang bapa yang adil. Sekiranya beliau seorang yang adil, apa yang patut beliau lakukan? Ya, dengan memberikan perkara yang sepatutnya bertepatan dengan kehendak Islam, iaitu membeli T-Shirt lengan panjang (Muslimah) untuk anak perempuannya, dan T-Shirt lengan pendek/panjang untuk anak lelakinya. Ini baru dinamakan adil. :)

Tentang Syiah

Image
Perbualan dua individu. Tentang Syiah. A: Kenapa Kerajaan bersungguh-sungguh banteras Syiah? B: Sebab Syiah itu terpesong dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita mesti membantu kerajaan bagi menanganinya secara bersama. A: Oh. Saya cadangkan agar Kerajaan perlu tanamkan subjek Aqidah dalam sistem pendidikan Negara. B: Err... Bukankah Kerajaan sudah lama memperkenalkan subjek Pendidikan Al-Quran  dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. A: Ya, tapi ia khusus bagi mereka yang 'memilih' aliran agama sahaja. Apakah Islam itu boleh dipilih-pilih? B: Em.. Bukankah sudah ada subjek Pendidikan Islam dan Tasawur Islam? A: Benar, tapi apakah ia sudah mencukupi dan dihayati oleh setiap pelajar Muslim? B: Insya-Allah, sudah cukup untuk dihayati sebenarnya. Kerajaan kita sudah cukup memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. A: Terus, kenapa perlu banteras Syiah? Kenapa Syiah mudah berleluasa di Malaysia? B: ... err.. :) Mari bersama membante

Coretan Solidariti Ummat : Mesir.

Image
Coretan Himpunan Aman Bantah Kudeta Mesir. 1. Alhamdulillah, himpunan tadi tidak terganggu dengan Asap Rokok. Berbanding himpunan yang sebelum ini, asap tu jadi makanan dan wangian semua peserta (walaupun tak hisap). 2. Alhamdulillah, himpunan tadi berada dalam cuaca redup (dan akhirnya hujan ketika perjalanana pulang), berbanding Badar Al-Kubra yang berperang ketika berpuasa dan cuaca yang panas. 3. Saat Ustaz Akram Ikrami (sebagai wakil Mahasiswa, dan bekas Presiden GAMIS) bertanya kepada para demonstran, siapa Mahasiswa yang hadir, sila angkat tangan', ramai rupa-rupanya mahasiswa yang hadir dan mengangkat tangan menandakan sokongan kepada rakyat Mesir, Presiden mereka yang sah iaitu Prof Dr Mohammed Morsi, dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, dan menyatakan bantahan kepada pengkhianatan demokrasi yang dilakukan oleh Jeneral Al-Sisi, dan pemerintahan tentera tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang sebenar. 4. Kelihatan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan ramai demonstran m

Ya Thoybah !

Image
Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam: 1. Jangan terlalu cepat menghukum: 'itu salah, ini bid'ah'. 'Yang kau buat ni tak ada nas sahih' 2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan. Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu. 3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.' Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul. 4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman? Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat. Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyy

Apa selepas PERSIS?

Image
Assalamualaikum. Selamat berpuasa diucapkan lagi. Sekarang sudah masuk pertengahan Ramadhan. Bulan pon mengambang cantik. Yang bawah ni, gambar bulan lepas. 23 Jun. Sumber: http://shahgazer.net/astrophotography/ Macam-macam berlaku di bulan puasa ni. Menariknya tarbiyyah dari Allah itu datang bukan dari luar sahaja, tetapi bagaiaman kita mengawal yang dalam. Bayangkan tekanan sekarang bukan sekadar makanan (dah tak layan dah nafsu makan), tapi datang dari kerja, assignment, pinjaman dan macam-macam. Mahu atau tidak, wajib dilalui untuk teruskan hidup. Fuhh. berat nanang. Berbalik kepada tajuk. Apa selepas PERSIS? Saudara Hasnan Daud pernah kongsikan kepada kami dalam DISKUIS, environment di universiti ini berlainan dengan keadaan di sekolah atau rumah. Fasa Universiti merupakan fasa bebas. Tidak terikat dengan undang-undang sekolah lagi. Jadi, terpulang kepada kita ke mana mahu bawa diri. Alhamdulillah, mahu atau tidak, semasa di Asasi dahulu kami terlibat secara langsung dalam

Dari Berangan, Kepada Perancangan

Image
Bismillah. Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan. Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :) Anak Bulan 3 Ramadhan. :) Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga. Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :) Hidupkan budaya Ilmu. :) Pernah dengar tak hadith, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pah

Sahur: Jom Lewatkan !

Image
Perihal Sahur 1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Minda Tajdid: Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. 2. Ustaz Shahrizan Daud Al-Turabi turut berkata dalam Seminar Impactive Ramadhan yang lepas, waktu imsak adalah waktu sahur yang terbaik. Tapi jangan time tu nak makan makanan berat seperti Nasi dan lauk. Cuma, waktu itu sunat kita mengikut cara Nabi, dengan memakan Kurma dan minum air. 3. Ustaz kata lagi, kalau nak makan sebelum waktu itu (pukul 12-5 pagi) pun tak mengapa, tapi ambillah sunnah melewatkan bersahur dengan makan sedikit kurma beberapa minit seb

Pengalaman, Terus Melangkah !

Image
Hari semalam, kami mendapat keputusan GPA bagi Semester 3 Asasi KUIS. Maka, lengkaplah ketiga-tiga Semester dan peroleh CGPA bagi Pengajian Asasi KUIS. Alhamdulillah, keputusan yang baik. Meski mungkin 'bawah sedikit dari target', namun aku harus bersyukur. Selama ini Allah telah banyak memberi rezeki dari arah yang lain. Jadi mengapa perlu 'melenting' bila tidak mencapai sasaran. Keputusan memang penting, namun bagiku pengalaman semasa berada dalam Asasi lebih bermakna. 1. Pengalaman menjadi junior tetapi tak pernah menjadi senior. (sebab kami tiada junior selama kami dalam Asasi) 2. Pengalaman berkhidmat sebagai salah seorang EXCO dalam Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) 3. Pengalaman menganjurkan program Diskuis dan program lain. 4. Pengalaman berselisih pendapat dengan student lain di Asasi. 5. Pengalaman menetap di Parcel (Penempatan) Type A (Sebab dapat tajaan Tabung Biasiswa Rektor. Mungkin lepas ni dah tak boleh dah duduk Type A) 6. Pengalama

Ikatlah Seeratnya

Image
IKATLAH SEERATNYA Oleh: Amir Madani Zikra Kuhirup udara segar di kawasan rekreasi dalam kawasan kolej tempat kumenimba ilmu. Merenung tasik yang cukup indah, tenang airnya. Sesekali kelihatan beberapa ekor ikan muncul di permukaan. Diiringi angin yang seolah-olah membuai tubuh. Sungguh, petang Jumaat itu amat damai. Sedang asyik memandang panorama indah kurniaan Rabb al-Jalil, otakku ligat memikirkan tugasan yang diterima dari murabbiku semalam. Aku harus menyiapkannya mengikut tarikh yang ditetapkan. Bukan lagi harus, malahan wajib kerana ia tugasan penting yang telah disepakati oleh kami semua secara bersama. TARBIYAH SENIOR Fikiranku melayang entah ke mana. Cuba mengimbau memori lama di saat aku di sekolah menengah dahulu. Aku pernah menuntut di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, terkenal dipanggil sebagai ITQAN. Itulah bumi aku ditarbiyah dan mentarbiyah diri. Bumi yang cukup berharga buat Ummah Khusus di Malaysia, dan di dunia secara amnya. Hari i

Ukhuwah yang tidak terbeli

Image
Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha. Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun. Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :') A

Seketika di HKK 2013.

Image
Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu. Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah: 1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik) 2. Syair (Perpaduan Negara) 3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran) 4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna) 5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona) Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus. Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Image
Assalamualaikum w.b.t, Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :) Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha. Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa.. Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat. Apa-apa pu

Of Our Examination, Friendship and Expectation

Image
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.

Image
PEMBUKA Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini. I ------------------------------- Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi. Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga. Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita. Walau benar sekalipun yang disampaikan, nilai akhlak di paras yang mendukacitakan, Maka, sia-sia usaha anda. Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas. II ---------------------------------------- Kuat berdemo, turun ke jalanraya, Namun jati diri sebagai Muslim tiada. Musnah dan deritalah agama. III ---------------------------------------- Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini. Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah, Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG. 1) Idealisme

Tentang ISM.

Image
Assalamualaikum. Dua tiga hari ini, semua berbicara tentang ISM.  Bukan pertubuhan NGO-Politik ISMA, atau 'ism, ism' yang lain. Tetapi soal Ijazah Sarjana Muda. Hakikatnya aku buntu. Kaku dan lesu. Namun dipujuk juga Qalbu, Harus tempuhi semua yang bakal berlaku ! Okey, cukup. Tak perlu berima-rima yang indah. Haha. Serabut juga kepala ni bila memikirkan apa yang inginku sambung untuk ISM nanti.  Soalnya, jangan ditanya tentang cita-cita. Aku pasti tidak bisa menjawabnya. Dari dulu, tak lain tak bukan. Aku hanya 'berani' menyebut, cita-citaku adalah Pendidik. fullstop. Kalau tanya orang lain, mesti dah 'set up' apa yang mereka inginkan. Ada yang nak jadi Pegawai Pemasaran lah, Doktor lah, Tutor lah, dan lain-lain lagi lah. Peduli. Itu orang lain. Bukan aku. Heh. Sebenarnya, aku sudah ada pun syarikat, lagi mahu apa kan? Haha.  Okey, insya-Allah. Dalam borang permohonan kemasukan, pilihanku adalah: Pertama: Ijazah Sarjana Mu

Kesempitan itu Pengajaran, Juga Pengalaman.

Image
Puisi tekanan perasaan *pon boleh* Kadang-kadang kita rasa nak lari dari realiti, kan? Kita cuba lari, dan lari, dan lari. Sampai mana kita mampu? Kita takkan boleh lari dari realiti. Jangan nak membohong ! Jangan nak tipu diri-sendiri. Realiti itu, hakikatnya mimpi.' Mimpi kita di dunia ini. Nyah kau tekanan perasaan. Pergi kau alasan ! Biar kita sudah terlajak, Setiap derap harus dijejak. Huh! Kita tak mampu untuk lari dari semua ini ! Tapi kita takut. Takut, hingga membuatkan minda kita kabut. Argh ! Ketakutan itu membantutkan diri kita, memerangkap langkah kita, menggetarkan jiwa kita ! Di saat ini dan sepanjang masa, hanya Tuhan tempat kita meminta. ----------------------------------------- *Ada yang kata aku ni terlalu 'jijik' dengan hal ehwal cinta-cinta ni. Oh no . Aku bukan jijik dengan cinta, aku jijik dengan orang yang terlalu obses bercinta seolah-olah dunia milik dia dan 'bakal' pasangannya. 'Jijikan' aku

Kenyataan Rasmi Lajnah Akademik PERSIS bagi sesi Pertengahan Semester Akhir.

Image
[Tinta AKADEMIK] Assalamualaikum w.b.t. Sahabat Mahasiswa Asasi yang dimuliakan, 1. Sesebuah perjalanan mempunyai permulaan dan pengakhiran. Ia juga pasti ada titik tengah yang menjdi penghubung antara kedua-duanya. Ibarat seutas tali yang ditegangkan ke kiri dan ke kanan, maka Tali itu juga mempunyai titik tengah yang memisahkan belah kiri danbelah sebaliknya. Begitu juga ibaratnya permusafiran kita dari rumah hingga ke tempat musafir (yang dituju) yang jauh, pasti juga ada tempat persinggahan, tempat pertengahan yang akan diteruskan perjalanan dengan tenaga yang baharu. 2. Sehubungan itu, atas kedudukan sebagai seorang mahasiswa, dengan sesi pembelajaran yang memakan masa 14 minggu, maka kita telah sampai ke titik pertengahan kita bagi Semester 3 (Akhir). Bermakna, minggu-minggu fasa akhir ini menjadi satu tempoh masa untuk kita mengutip seberapa banyak kenangan manis agar sentiasa terpahat dalam memori. 3. Namun begitu, atas kapasiti sebagai EXCO Akademik, saya ingin