Posts

Showing posts with the label Sinergi

#Diskuis5 : Kita Berbeza - Merapatkan Jurang Perselisihan

Image
Alhamdulillah, Isnin malam Selasa (07012013) sempat menghadiri Diskusi Mahasiswa Asasi KUIS (#Diskuis) edisi kelima, dengan tajuk - Kita Berbeza: Merapatkan Jurang Perselisihan. Ia merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS di bawah kelolaan Lajnah Akademik dan Pembangunan Ilmiah PERSIS. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Saudari Aminah Tajul Arifin dan Moderator yang mantap kali ini, Saudara Irfan Asyraf Al-Malizi kerana berjaya mengendalikan diskuis kali ini dengan baik, walaupun kehadiran yang amat-amat tidak dijangka ramainya. Terima kasih juga kepada beberapa orang bekas Mahasiswa Asasi yang turut hadir, Saudara Syed Hamzi Syed Mohamad (Senator MPP Akademi Islam KUIS) dan Saudara Muhammad Saifullah Mohd Rozli (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Jabatan Dakwah KUIS). Sungguh, kehadiran kali ini memang tidak dijangka. Lebih ramai daripada biasa. Sememangnya tajuk kali ini amat baik untuk dibincangkan oleh kami. Antara quote yang baik malam tadi untu...

Rama-rama dan Kura-kura

Image
. Ini rama-rama Ini Kura-kura [sebenarnya tajuk tiada kaitan pun. mungkin ada, tapi pepandai la nak relate kan~hehe] Kelebihan Sahabat Rasulullah Jika dilihat para Sahabat Rasulullah, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan tema 'Al-Quran', ada team Sahabat yang mahir dalam Tafsir Al-Quran seperti Saidina Abdullah ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Abu Musa Al-Ash'ari dan lain-lain. Ada team Sahabat yang mahir dalam penulisan al-Quran seperti Zaid bin Thabit, dan Ubai bin Kaab. Seterusnya, kita lihat pula contoh lain, mereka juga mempunyai perwatakan sendiri. Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq terkenal dengan sifat dermawan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Rasulullah s.a.w. Corak pemerintahan beliau adalah dengan menyusun kembali kerajaan dengan mewujudkan sistem gabenor. Khalifah Umar 'Al-Faruq' bin Al-Khattab pula terkenal dengan sifat ketegasan dan keberanian. Corak pemerintahannya pula juga berbeza dengan Saidina Abu Ba...