Posts

Showing posts with the label #Nota2013

Medan PRK

Image
Pilihan Raya Kampus KUIS. Baru sebentar tadi, sengaja melayari laman sesawang rasmi KUIS. Kemudian, terpampang di paparan hadapan laman tersebut tentang berita Pilihan Raya Kampus KUIS bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar KUIS sesi 2013/2014. Notis sudah keluar. Demam PRK buat masa ini masih belum menyerang. Mungkin, setelah pembubaran MPP KUIS sesi 2012/2013 berlaku, baru demam tersebut akan viral kepada semua mahasiswa. Mungkin, dan mudah-mudahan. Pilihan Raya Kampus : Mengapa perlu ia diadakan? Pilihan Raya Kampus adalah satu platform demokrasi di mana calon-calon yang berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan peringkat kampus iaitu MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui satu proses pilihan raya. -------- Bercakap tentang PRK, masih terngiang suasana PRK sesi lepas dengan 'speaker corner' dari sebuah pertubuhan mahasiswa yang memperjuangkan isu yuran, fenomena 'gelombang ungu', malam manifesto dan 'kerusi fakulti' yang semuanya me...

Coretan Solidariti Ummat : Mesir.

Image
Coretan Himpunan Aman Bantah Kudeta Mesir. 1. Alhamdulillah, himpunan tadi tidak terganggu dengan Asap Rokok. Berbanding himpunan yang sebelum ini, asap tu jadi makanan dan wangian semua peserta (walaupun tak hisap). 2. Alhamdulillah, himpunan tadi berada dalam cuaca redup (dan akhirnya hujan ketika perjalanana pulang), berbanding Badar Al-Kubra yang berperang ketika berpuasa dan cuaca yang panas. 3. Saat Ustaz Akram Ikrami (sebagai wakil Mahasiswa, dan bekas Presiden GAMIS) bertanya kepada para demonstran, siapa Mahasiswa yang hadir, sila angkat tangan', ramai rupa-rupanya mahasiswa yang hadir dan mengangkat tangan menandakan sokongan kepada rakyat Mesir, Presiden mereka yang sah iaitu Prof Dr Mohammed Morsi, dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, dan menyatakan bantahan kepada pengkhianatan demokrasi yang dilakukan oleh Jeneral Al-Sisi, dan pemerintahan tentera tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang sebenar. 4. Kelihatan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan ramai demonstran m...

Ya Thoybah !

Image
Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam: 1. Jangan terlalu cepat menghukum: 'itu salah, ini bid'ah'. 'Yang kau buat ni tak ada nas sahih' 2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan. Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu. 3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.' Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul. 4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman? Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat. Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyy...

Apa selepas PERSIS?

Image
Assalamualaikum. Selamat berpuasa diucapkan lagi. Sekarang sudah masuk pertengahan Ramadhan. Bulan pon mengambang cantik. Yang bawah ni, gambar bulan lepas. 23 Jun. Sumber: http://shahgazer.net/astrophotography/ Macam-macam berlaku di bulan puasa ni. Menariknya tarbiyyah dari Allah itu datang bukan dari luar sahaja, tetapi bagaiaman kita mengawal yang dalam. Bayangkan tekanan sekarang bukan sekadar makanan (dah tak layan dah nafsu makan), tapi datang dari kerja, assignment, pinjaman dan macam-macam. Mahu atau tidak, wajib dilalui untuk teruskan hidup. Fuhh. berat nanang. Berbalik kepada tajuk. Apa selepas PERSIS? Saudara Hasnan Daud pernah kongsikan kepada kami dalam DISKUIS, environment di universiti ini berlainan dengan keadaan di sekolah atau rumah. Fasa Universiti merupakan fasa bebas. Tidak terikat dengan undang-undang sekolah lagi. Jadi, terpulang kepada kita ke mana mahu bawa diri. Alhamdulillah, mahu atau tidak, semasa di Asasi dahulu kami terlibat secara langsung d...

Dari Berangan, Kepada Perancangan

Image
Bismillah. Salam Ramadhan semua. Hari ini (Hari aku mula-mula tulis) baru 3 Ramadhan. Anak bulan pun cantik lagi waktu ni. :) Anak Bulan 3 Ramadhan. :) Bila bulan Puasa, lebih-lebih lagi pada hari yang tiada kelas, masa yang terbuang boleh jadi banyak. Manakan tidak, jika dulu kalau tak ada kelas, pergi makan. Tak pun, mesti ada bahan dalam mulut. Tengok badanlah ! :P Tapi bila masuk bulan Puasa, mulut perlu dijaga. Semua perlu dijaga. Nampak macam leceh kan Islam ni? Tapi hakikatnya, cuba bayangkan kita ni ibarat bahan termahal yang sentiasa dijaga oleh tuannya. Kita dijaga sepenuhnya oleh Allah! Mahalkan kita? :) Hidupkan budaya Ilmu. :) Pernah dengar tak hadith, Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipatgandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pah...

Sahur: Jom Lewatkan !

Image
Perihal Sahur 1. Dr Mohd Asri Zainul Abidin menulis di Minda Tajdid: Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. 2. Ustaz Shahrizan Daud Al-Turabi turut berkata dalam Seminar Impactive Ramadhan yang lepas, waktu imsak adalah waktu sahur yang terbaik. Tapi jangan time tu nak makan makanan berat seperti Nasi dan lauk. Cuma, waktu itu sunat kita mengikut cara Nabi, dengan memakan Kurma dan minum air. 3. Ustaz kata lagi, kalau nak makan sebelum waktu itu (pukul 12-5 pagi) pun tak mengapa, tapi ambillah sunnah melewatkan bersahur dengan makan sedikit kurma beberapa minit seb...

Pengalaman, Terus Melangkah !

Image
Hari semalam, kami mendapat keputusan GPA bagi Semester 3 Asasi KUIS. Maka, lengkaplah ketiga-tiga Semester dan peroleh CGPA bagi Pengajian Asasi KUIS. Alhamdulillah, keputusan yang baik. Meski mungkin 'bawah sedikit dari target', namun aku harus bersyukur. Selama ini Allah telah banyak memberi rezeki dari arah yang lain. Jadi mengapa perlu 'melenting' bila tidak mencapai sasaran. Keputusan memang penting, namun bagiku pengalaman semasa berada dalam Asasi lebih bermakna. 1. Pengalaman menjadi junior tetapi tak pernah menjadi senior. (sebab kami tiada junior selama kami dalam Asasi) 2. Pengalaman berkhidmat sebagai salah seorang EXCO dalam Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) 3. Pengalaman menganjurkan program Diskuis dan program lain. 4. Pengalaman berselisih pendapat dengan student lain di Asasi. 5. Pengalaman menetap di Parcel (Penempatan) Type A (Sebab dapat tajaan Tabung Biasiswa Rektor. Mungkin lepas ni dah tak boleh dah duduk Type A) 6. Pengalama...

Ukhuwah yang tidak terbeli

Image
Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha. Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun. Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :') A...

Seketika di HKK 2013.

Image
Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu. Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah: 1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik) 2. Syair (Perpaduan Negara) 3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran) 4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna) 5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona) Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus. Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat ...

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Image
Assalamualaikum w.b.t, Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :) Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha. Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa.. Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat. Apa-apa pu...

Of Our Examination, Friendship and Expectation

Image
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks...

Mahasiswa : Hamasah dan Hikmah.

Image
PEMBUKA Assalamualaikum. Sekadar berkongsi rasa tentang mahasiswa, dan teguran buat diri ini. I ------------------------------- Ramai rakan mahasiswa yang terlalu lantang beraktivis, berdemonstrasi. Tidak salah. Namun, fundamental kita sebagai Muslim perlu dijaga. Nilai akhlak mencerminkan siapa diri kita. Walau benar sekalipun yang disampaikan, nilai akhlak di paras yang mendukacitakan, Maka, sia-sia usaha anda. Biar tegas, namun masih berprinsip dan tidak terbabas. II ---------------------------------------- Kuat berdemo, turun ke jalanraya, Namun jati diri sebagai Muslim tiada. Musnah dan deritalah agama. III ---------------------------------------- Sekadar perkongsian, apa yang aku peroleh dari program diskusi anjuran kami baru-baru ini. Dalam buku "Kalau Saya Mahasiswa", kerya Datuk Saifuddin Abdullah, Beliau menyarankan agar mahasiswa perlu mempunyai 3 perkara yang bergerak seiringan dan SEIMBANG. 1) Idealisme ...

Tentang ISM.

Image
Assalamualaikum. Dua tiga hari ini, semua berbicara tentang ISM.  Bukan pertubuhan NGO-Politik ISMA, atau 'ism, ism' yang lain. Tetapi soal Ijazah Sarjana Muda. Hakikatnya aku buntu. Kaku dan lesu. Namun dipujuk juga Qalbu, Harus tempuhi semua yang bakal berlaku ! Okey, cukup. Tak perlu berima-rima yang indah. Haha. Serabut juga kepala ni bila memikirkan apa yang inginku sambung untuk ISM nanti.  Soalnya, jangan ditanya tentang cita-cita. Aku pasti tidak bisa menjawabnya. Dari dulu, tak lain tak bukan. Aku hanya 'berani' menyebut, cita-citaku adalah Pendidik. fullstop. Kalau tanya orang lain, mesti dah 'set up' apa yang mereka inginkan. Ada yang nak jadi Pegawai Pemasaran lah, Doktor lah, Tutor lah, dan lain-lain lagi lah. Peduli. Itu orang lain. Bukan aku. Heh. Sebenarnya, aku sudah ada pun syarikat, lagi mahu apa kan? Haha.  Okey, insya-Allah. Dalam borang permohonan kemasukan, pilihanku adalah: Pertama: Ijazah Sarjana Mu...

[Kemas Kini] Calon Pakatan Rakyat PRU-13

Image
Nota: 1. Berikut adalah senarai calon rasmi Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 20 April 2013 2. Terdapat 7 Kerusi bertindih yang melibatkan PKR dan PAS. 22 April 2013 nanti akan diketahui. Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat. Sumber adalah daripada: 1) Portal Rasmi PRU Suruhanjaya Pilihan Raya : http://www.spr.gov.my Perlis P.001   Padang Besar               PAS:    Azamhari bin Mohamood N.01    Titi Tinggi                    DAP:    Teh Seng Chuan N.02    Beseri                          PAS:    Wan Kharizal bin Wan Khazim N.03    Chuping          ...