Posts

Showing posts with the label Beranang

Selepas 10 Tahun

Image
Hari ni, kami ke majlis perkahwinan Effina, pengawas masa kami sekolah rendah dulu. Dalam gambar ni, bermula dari sebelah aku (berbaju kuning), namanya Noor Azwan Nawawi, Hazim Halim dan Zaid Jamsari. Hazim aku pernah terserempak masa form 3, yang lain aku tak pernah nampak, dan hari ni hari pertama kami berjumpa lepas habis UPSR (UPSR ea, bukan sekolah menengah) Azwan, aku tak berapa nak cam muka dia sebenarnya, sebab tak berapa rapat sebelum ni, dan dia kelas lain masa sekolah rendah dulu. Satu lagi, tak pernah jumpa. Kami contact semua melalui whatsapp je. Tapi bila pandang muka tadi masa sampai kat Beranang, terus ingat balik siapa Azwan Nawawi . haha. *Teruk betul Ketua Pengawas ni. Eh?* Haha. Zaid Jamsari, dulu antara yang agak rapat masa sekolah rendah dulu. Dah besar dah dia sekarang, hahaha. Tapi badan dia maintain je. Bagus dia ni, bersenam selalu. Hazim, rumah kami dekat, tapi biasalah, busy. Haha. Masing masing tak jumpa-jumpa. And now, kami berpisah semula...

Selamat Hari Guru !!!

Image
Assalamualaikum wbt. Sejak dari kecik kita lalui proses pembelajaran. tentunya proses ini diisi dengan seseorang yang bergelar guru. Sejak lahir, kita diajar berjalan, bercakap, makan, minum dan berlari oleh pendidik pertama kita iaitu IBU dan BAPA kita. *thank you ummi & papa Ketika kita berumur 5-6 tahun, kita dihantar ke TADIKA. Kita juga mula dihantar ke tempat mengaji al-Quran. Kemudian, berumur 7-12 tahun kita dihantar ke sekolah rendah. Seterusnya apabila berusia 13-18 tahun, kita berada dalam alam sekolah menengah. Sepanjang tempoh ini, kita mempelajari kehidupan daripada pelbagai guru. Mereka adalah manusia biasa. Manusia yang dianugerahkan Allah kepada kita. Mereka seperti kita yang mempunyai sikap dan perangai tersendiri. Perlu diingat, mereka bukan MAKSUM ! Jadi, jangan salahkan mereka sepenuhnya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU, kepada Kedua-dua ibu bapa saya (The First Teachers in My Life), Cikgu Nara n Cikgu Anis Cikgu Rob...