Posts

Showing posts with the label Melayu

Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Image
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...

Cerita cuti sikit

Image
Assalamualaikum. Hiuh ! *Lap peluh dekat dahi* Akhirnya tercapai juga impian untuk menulis. Untuk pengetahuan, sudah empat hari saya mahu menulis dalam Blog ini. Saya tak tahu macam mana nak katakan. Mana taknya, bila mahu menaip, ada halangan datang. Ada tu mula-mula bersemangat, tapi bila dah buka 'dashboard', semangat hilang. Bila dah sedia nak tulis, line internet pula terputus. Nasib-nasib. :) Apa-apapun, saya sudah berada di sini. *yeay !* OK, nak cerita apa ye? Sebenarnya cuti seminggu pertama ni tak buat kerja apa sangat. :) Ha ! Hari tu kan, hari Isnin lepas, saya ke Lembah Pantai. Sebenarnya agak terkejut la bila mana di kawasan Kuala Lumpur sedang hangat 'perang bendera' sedang berlaku. Mana taknya, di kawasan Pajam-Mantin ni, perang belum bermula. *Luar Bandar la katakan* Ish ish ish. #DemiRakyat Kemudian, sepanjang minggu ini juga, saya membantu ummi saya membungkuskan makanan untuk diedarkan ke Balai Polis berdekatan, untuk diberi kepad...

Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat | #KL112

Image
DEKLARASI HKR | #KL112 Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya. Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman. Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut: Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas; Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka; Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia; Keempat: Ka...

#Diskuis5 : Kita Berbeza - Merapatkan Jurang Perselisihan

Image
Alhamdulillah, Isnin malam Selasa (07012013) sempat menghadiri Diskusi Mahasiswa Asasi KUIS (#Diskuis) edisi kelima, dengan tajuk - Kita Berbeza: Merapatkan Jurang Perselisihan. Ia merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS di bawah kelolaan Lajnah Akademik dan Pembangunan Ilmiah PERSIS. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Saudari Aminah Tajul Arifin dan Moderator yang mantap kali ini, Saudara Irfan Asyraf Al-Malizi kerana berjaya mengendalikan diskuis kali ini dengan baik, walaupun kehadiran yang amat-amat tidak dijangka ramainya. Terima kasih juga kepada beberapa orang bekas Mahasiswa Asasi yang turut hadir, Saudara Syed Hamzi Syed Mohamad (Senator MPP Akademi Islam KUIS) dan Saudara Muhammad Saifullah Mohd Rozli (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Jabatan Dakwah KUIS). Sungguh, kehadiran kali ini memang tidak dijangka. Lebih ramai daripada biasa. Sememangnya tajuk kali ini amat baik untuk dibincangkan oleh kami. Antara quote yang baik malam tadi untu...

2013 : Tahun Perubahan | Bingkisan ORKED.

Image
Alhamdulillah, sambutan tahun baharu kali ini, Tahun Perubahan 2013 bersama Tim GAMIS dan ratusan Mahasiswa Malaysia, di Dataran Merdeka. Operasi Dakwah Dirasai (ORKED 2012), bermula selepas solat Isyak. Aktiviti kami, berdakwah dengan 3S (Senyum, Sapa, Salam), mengedarkan risalah dan takwim, serta membuat Flash Mob. Paling 'sabar je la' apabila semasa mengedar risalah, kami diprovok dengan tiupan Vuvuzela - yang menghalakan corongnya ke arah kami - yang amat-amat membingitkan. Namun, satu sahaja yang tersemat, "Dakwah, harus ada ujian !" Depan Pentas Utama, sedang berlangsung Konsert yang turut dihadiri pemimpin Islam Negara, dan di'seri'kan dengan lagu-lagu dari artis tempatan dan luar (terutama Artis K-Pop). Namun, di belakang pentas pula, ratusan Mahasiswa sedang berkumpul mendengar pidato dari pimpinan mahasiswa Malaysia. Antara yang hadir adalah pimpinan GAMIS yang diketuai oleh Muhammad Azan Safar, Presiden GAMIS dan mahasiswa/i selur...

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an...

Pembentangan, Qurban dan Haji.

Image
‎[SalamAidiladha]  Gambar: Iluvislam.com Di hari yang mulia, ayuh kita hayati sirah pengorbanan Nabi Al-Khalil Ibrahim a.s, Siti Hajar, dan Nabi Ismail a.s, juga Siti Sarah. Audit diri kita, bagaimana kita aplikasikan kisah pengorbanan mereka dalam kehidupan? Ibadah Qurban dan Haji diibaratkan seperti Assignment Presentation. Jika Presentation, Lagi cantik kita persembahkan (dari segi stail slaid, warna slaid, penampilan pembentang), lagi banyak dapat markah. Begitu juga Qurban, Lagi elok haiwan yang dipilih (dari segi jenisnya, warnanya, cara penyembelihannya), lagi banyak dapat pahala. Begitu juga Haji, Lagi elok tertibnya Haji kita (sempurna Wajib dan Rukunnya, Perelok Sunnah, dan lain-lain), maka makin bertambah rapat kita dengan Allah. Insya-Allah, Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, Walillahil-hamd ^_^ Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya sekeluarga. ^_^ Tinggalkan komentar. :)

toleransi atau hipokrit?

Image
*posting kali ini mungkin agak emosi (tetapi ayat masih dalam kawalan 'Bahagian Pengawalan Emosi-Bahasa Zahirul Nukman' *k, merapu). Macam biasa, kalau salah tegur, Kalau baik ambil, Kalau buruk buang. Pernah dengar tak apa itu toleransi? Bagaimana pula dengan hipokrit? Apa kaitan antara kedua-duanya? Baiklah, berdasarkan Kamus Dewan edisi kedua maksud toleransi ialah sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang / sikap dapat menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran orang lain. (Saya lebih suka maksud: sikap dapat menerima atau menghormati pendapat) Manakala maksud hipokrit pula adalah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik / orang yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya. Kaitan kedua-duanya adalah hubungan sesama manusia. :) --------- Gambar Hiasn | Saya bukan seperti dalam gambar ! :) Inilah dilema yang saya lalui sekarang. diri saya seadanya cuba untuk 'masuk' kepada semua k...

Kongsi Ramadhan !

Image
Assalamualaikum w.b.t. Ha, bagaimana PUASA kalian setakat? :3 Sumber: Google Tergerak untuk menaip beberapa bait ayat. *huhu.. Baru sebentar tadi menghadiri Sesi Mentor (Mentoring Session). Ia merupakan aktiviti wajib di bawah Sistem Tarbiyah Pelajar KUIS. Tiada STP, Tiada Sijil ^^ Mentor saya ialah Ustaz Nushi Mahfodz Tadi, kami hanya melakukan beberapa aktiviti bermotif. Untuk lebih dekat antara satu dengan yang lain. Antara Quotes yang dapat hari ni.. ;) 1)  "Contohilah Malaikat yang Tunduk (Hormat) Pada ADAM (Manusia) kerana ILMUnya.  Jangan Jadi Seperti Iblis yang hanya Menilai ADAM (Manusia) kerana FIZIKALnya (dari Tanah)" Kebiasaan antara kita menilai orang dari luaran. Kalau Ustaz tak pakai kopiah, kata tiada Ilmu, tak thiqah. Kalau pakai seluar jeans, tak belajar agama. Kalau main gitar, haram. Kita lihat mereka dari luaran semata-mata. Sedangkan kita tak tahu bahawa mereka mempunyai ilmu mereka sendiri.  Mereka tidak pakai kopiah,...

Novel, Remaja dan Melayu

Image
Gambar Hiasan. ;) Ronda-ronda kedai buku, berhenti di ruangan "Novel Melayu", Sah, 4 daripada 6 rak yang diperuntukkan untuk ruangan tersebut adalah Novel yang berkisarkan Cinta ! Isu orang Melayu ni memang hanya Cinta ya? Hmm... Novel yang berusaha menjadikan cerita cinta mereka adalah paling indah buat semua. Mujur di ruangan "Novel Remaja", buku-buku, Novel, Kompilasi Cerpen terbitan PTS, Utusan, Galeri Ilmu mendominasi. Kalau tidak, parah ! Itu belum lagi lihat ruangan lain !

Dua Acara Satu Hari : amal dan Ilmu terpateri

Image
alhamdulillah, setelah lama menunggu, akhirnya 428 muncul. harinya hari sabtu. entah mengapa, institutku membenarkan pelajar semua bercuti. satu rahmat bagi kami. semua pelajar bercuti. dan 428 menjelma. aku bangkit bersiap sedia. seawal jam 7.30 sudah muncul di KTM seremban. menunggu rakyat marhaen seremban menaiki komuter menuju kota raya kuala lumpur... bersamaku pimpinan pas seremban, mungkin juga satu negeri sembilan. jam 0855 pun datang, lalu kami menaiki gerabak berdiri segerabak dengan YB paroi, yang telah naik dari sungai gadut melalui stesen ke stesen dengan sorakan, dan takbir tatkala ramai yang mengenakan pakaian kuning sedang menanti gerabak kami atas tiket tertera Seremban - KL Sentral, tetapi terlajak hingga ke Kuala Lumpur. pedulikan. nasib menyebelahi aku. tuhan ingin menolong. jujur, tiba di Kuala Lumpur, aku telah terpisah dengan rombongan Seremban tadi. cuma cuba mengekori ke mana yb paori pergi. kita bergerak menuju masjid n...