Posts

Showing posts from June, 2013

Ukhuwah yang tidak terbeli

Image
Assalamualaikum. Tajuk entri memang kalau boleh nak bagi lagi berbunga. haha. Selepas program Hari Komunikasi Khalayak, aku pulang ke rumah, bersama dengan Ayah Chik aku yang bertolak dari Klang menuju Mantin. Lama tak jumpa anak beranak ni. Anak sulungnya, Aimi hari Isnin ni sambung sem 3 (ke dua?) dalam diploma di KUIS ni. Yang si Angahnya sekarang kursus di Ulu Yam Selangor, kursus persediaan sebelum ke Mesir. adik-adiknya yang lain pun ada juga balik ke kampung. Masing-masing merupakan student dari pondok itu dan ini. Yang anak ketiga sekarang belajar di Afrika Selatan, sekarang umur 17 tahun. Ok, bukan nak cerita tentang famili Ayah Chik, tapi kami nak ke rumah Nenek untuk Majlis Kesyukuran dan Tahlil Ringkas. Ada banyak acara dalam satu majlis ni. Ada Majlis Khatam Baca Al-Quran adik aku, Hamzi Hilmi Narakna, ada Majlis Sambutan Ulangtahun Kelahiran sepupu-sepupu yang lahir bulan Mei dan Jun, ada majlis tahlil ringkas untuk arwah famili yang sudah meninggal dunia. :') A

Seketika di HKK 2013.

Image
Hari ini (06062013) selesai program besar terakhir melibatkan Mahasiswa Asasi, Hari Komunikasi Khalayak (HKK). Program ini merupakan program wajib bagi semua Mahasiswa asasi Semester 3. Memfokuskan kepada kebudayaan dan bertemakan ''Bahasa Merentasi Budaya", program ini menyediakan beberapa persembahan yang mantap yang bernuansakan tradisi Melayu. Antara persembahan yang dipersembah tadi adalah: 1. Berbalas Pantun (Pantun Merisik) 2. Syair (Perpaduan Negara) 3. Pidato (Pemuda Acuan Al-Quran) 4. Sajak (Maaf Ibumu Tak Sempurna) 5. Pementasan Drama (Sumpahan Markona) Kesemua persembahan hebat-hebat belaka.  Namun bagiku, kami mahukan lebih. (dah macam Ogy Ahmad Daud dah). Ada beberapa persembahan perlu diperbaiki dan ditambah baik. :) Apa-apapun, sekali lagi, memang cukup bagus. Persembahan yang bagiku cukup memberi kesan tak lain tak bukan adalah Pidato Pemuda Acuan Al-Quran, yang disampaikan oleh Kak Arifah Bukhari. (Rakamannya tiada padaku). Aku tak melihat

Seputar Program Malam 'Melayu Tradisional' 2013

Image
Assalamualaikum w.b.t, Kembali menaip dan menyambung aktiviti biasa sang penulis blog, blogging ! :) Alhamdulillah, Jumaat lepas Persatuan Mahasiswa Asasi KUIS (PERSIS) mengadakan Majlis Makan Malam Perpisahan : Classic Foundation Night (selepas ini ditulis sebagai CFNPersis). Ini adalah program besar terakhir di bawah anjuran PERSIS. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun agak 'kelam kabut'. haha. Aku ditaklif sebagai Ketua Unit Makanan CFNPersis. Bila memegang ketua unit, makan sekaligus sebagai AJK Pelaksana Program. Jadi, seperti biasa suka menyibuk dan sentiasa nampak sibuk. Cam tu, haa.. Alhamdulillah, malam tersebut aku berjaya membawa pulang sebuah anugerah : Anugerah Mahasiswa Proaktif. Sungguh teruja dan tidak sangka, muka dan badan tiba-tiba menjadi panas sebaik nama diumumkan. Bayangkan baru sahaja nak duduk relaks sekejap sebab uruskan hal makanan, tiba-tiba nama dipanggil. Usahakan jugalah muka ni untuk senyum, walaupun penat. Apa-apa pu