Membahagi Wilayah Islam Seperti Pusaka Orang Mati : Nusantara Tidak Terkecuali
MEMBAHAGI WILAYAH ISLAM SEPERTI PUSAKA ORANG MATI : NUSANTARA TIDAK TERKECUALI. Perjanjian Bangkok telah dimeterai antara British dan Siam pada Januari 1909, namun pada Julai 1909 baru ia disahkan. Walau bagaimanapun, British mengambil masa 21 tahun untuk memastikan semua negeri jajahan mereka (yang dikenali Negeri-negeri Tidak Bersekutu) untuk bersetuju dengan Perjanjian tersebut. Satu tempoh yang agak lama untuk 'memujuk Sultan yang memerintah' dan 'merasionalkan perjanjian yang pada awalnya dibantah'. Kelantan adalah negeri terawal menandatangani perjanjian dengan British iaitu tahun 1910. Selepas melalui tempoh yang panjang, Terengganu menandatanganinya pada 1919. Kedah pula pada 1923 dan Perlis pada 1930. Akibat daripada perjanjian ini, wilayah-wilayah Islam di Tanah Melayu dipecahkan kepada dua. Wilayah Patani, Narathiwat dan Songkhla diserahkan kepada Siam. Begitu juga Wilayah Setul (kini Satun) yang kalau diikutkan lebih rapat dengan Nege...