Posts

Showing posts with the label Sunni

Jalan Berbeza, Tujuan Sama. [Bukan Agenda Plural]

Image
Setiap jalan yang diambil oleh manusia itu berbeza. Jalan Sufi, Haraki, Tablighi, ops, maaf istilah ini mungkin susah difahami. Ambil contoh mudah, pergi ke Mekah. Ada yang naik kapal terbang, ada yang naik kapal, yang konvoi bermotor pun ada. Bila jalan yang diambil berlainan, maka pengalaman yang dilalui juga berlainan. Yang naik kapal terbang, nampak pemandangan bandar-bandar besar dari atas, laut yang terbentang luas dibawahnya danawan yang tebal. Yang naik kapal pula, banyak masa beribadah boleh dilakukan dalam kapal. Tenang, nampak lautan yang membiru, Bandar yang kejauhan, burung terbang melintasi kapal dan sesekali ikan-ikan mengikuti kapal. Yang berkonvoi pula, pasti lebih banyak pengalaman. Perjalanan yang jauh, merentasi sempadan puluhan negara, dengan pelbagai suasana di setiap negara yang dilalui, bandar besar, perkampungan miskin, dan pelbagai lagi pengalaman yang berbeza daripada menaiki kapal dan kapal terbang, Jadi? Biar cara kita berbeza, jangan persalahk...

Keadilan VS Kesamarataan

Image
Keadilan VS Kesamarataan Situasi Satu. Hamdi merupakan seorang bapa kepada dua orang kanak-kanak comel, Danial dan Diana. Baru-baru ini, beliau membeli dua helai baju kemeja-T lengan pendek di Jusco untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Beliau bukan seorang bapa yang adil. Sekiranya beliau seorang yang adil, apa yang patut beliau lakukan? Ya, dengan memberikan perkara yang sepatutnya bertepatan dengan kehendak Islam, iaitu membeli T-Shirt lengan panjang (Muslimah) untuk anak perempuannya, dan T-Shirt lengan pendek/panjang untuk anak lelakinya. Ini baru dinamakan adil. :)

Tentang Syiah

Image
Perbualan dua individu. Tentang Syiah. A: Kenapa Kerajaan bersungguh-sungguh banteras Syiah? B: Sebab Syiah itu terpesong dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita mesti membantu kerajaan bagi menanganinya secara bersama. A: Oh. Saya cadangkan agar Kerajaan perlu tanamkan subjek Aqidah dalam sistem pendidikan Negara. B: Err... Bukankah Kerajaan sudah lama memperkenalkan subjek Pendidikan Al-Quran  dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. A: Ya, tapi ia khusus bagi mereka yang 'memilih' aliran agama sahaja. Apakah Islam itu boleh dipilih-pilih? B: Em.. Bukankah sudah ada subjek Pendidikan Islam dan Tasawur Islam? A: Benar, tapi apakah ia sudah mencukupi dan dihayati oleh setiap pelajar Muslim? B: Insya-Allah, sudah cukup untuk dihayati sebenarnya. Kerajaan kita sudah cukup memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. A: Terus, kenapa perlu banteras Syiah? Kenapa Syiah mudah berleluasa di Malaysia? B: ... err.. :) Mari bersama membante...

Ya Thoybah !

Image
Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam: 1. Jangan terlalu cepat menghukum: 'itu salah, ini bid'ah'. 'Yang kau buat ni tak ada nas sahih' 2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan. Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu. 3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.' Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul. 4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman? Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat. Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyy...

[Kemas Kini] Calon Pakatan Rakyat PRU-13

Image
Nota: 1. Berikut adalah senarai calon rasmi Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 20 April 2013 2. Terdapat 7 Kerusi bertindih yang melibatkan PKR dan PAS. 22 April 2013 nanti akan diketahui. Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat. Sumber adalah daripada: 1) Portal Rasmi PRU Suruhanjaya Pilihan Raya : http://www.spr.gov.my Perlis P.001   Padang Besar               PAS:    Azamhari bin Mohamood N.01    Titi Tinggi                    DAP:    Teh Seng Chuan N.02    Beseri                          PAS:    Wan Kharizal bin Wan Khazim N.03    Chuping          ...