Posts

Showing posts with the label Tudung

Tanya Kita, Jangan Pertikai Mereka.

Image
Seringkali kita menilai 'niat' seseorang.  Dialog manusia ingin hijrah. A: Aku nak bertudung la.. B: Macam mana ya aku nak berubah? C: Aku suka tengok akak bertudung labuh tu. Nanti aku nak beli tudung la. Aku nak pakai ! D: Jomlah join persatuan kami. Insya-Allah, bermula di sini, kita akan sama-sama membentuk generasi ghuraba di kampus kita. Tetapi, kita balas: A: Betul ke kau nak bertudung ni? Nanti kau tak boleh buat jahat dah. B: Kau nak berubah? Gila. Tak payah la. Teruskan je hidup kau yang enjoy ni. Kau pun happy. C: Weh, tak payah la nak bertudung-tudung bagai. Kau tak tahu ke Malaysia ni panas. Kau pakai tudung tu buat orang pandang pelik je dengan kau. D: Eleh, ni mesti nak 'menghalalkan pertemuan lelaki dan perempuan'. Korang tak payah la nak ajak aku. Aku ni dah masak dah dengan bebudak yang suka persatuan-persatuan ni. Semua kerja nak menggatal. Sekali lagi, kesal. Punyalah ikhlas niatnya untuk ajak kepada kebaikan, kita senang le...

Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Image
Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral. Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja. Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya. "Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas. Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku. Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas. Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk, Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung? I...

Re-Post: Tudung di Malaysia

Image
Artikel ini adalah artikel terbit semula (+edit) daripada blog ini. Sekadar peringatan kembali buat diriku dan anda semua. ;) Assalamualaikum w.b.t Kali ini saya nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung? Kenapa saya pilih tudung? Wujudkah lelaki yang bercakap pasal tudung? Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya memilih tajuk ni. Mungkin, tudung itu memang berkait dengan Islam, jadi saya berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di negara kita, Malaysia. Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman  : “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” [Al-Quran: Al-Ahzab aya...