Posts

Showing posts with the label Hafiz Firdaus

Palsu atau Sahih?

Image
Gambar Hiasan : Sumber Google. Assalamualaikum w.b.t Baru-baru ini, dunia aliran pemikiran (tak perlu dinyatakan) Islam kembali hujah-menghujahi (saling berhujah). Antara isunya adalah berkaitan kata-kata di bawah: Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China Masalah: Kata-kata di atas dikatakan sebagai Hadis Rasulullah. Sumber Riwayat Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya. Hadis bernombor 18. (Lihat: Al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Beirut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29) Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam kitab Syuab al-Iman. Hadis bernombor 1663. (Lihat: Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaglul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut dalam Musnad al-Bazzar. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai Palsu ...

Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke? ...