Ya Thoybah !
Antara perkara yang disebutkan oleh Dr Shuhadak bin Mahmud semasa dalam kelas semalam: 1. Jangan terlalu cepat menghukum: 'itu salah, ini bid'ah'. 'Yang kau buat ni tak ada nas sahih' 2. Percayalah, ulama kita terdahulu sudah membuat kajian hukum secara terperinci. Dan mereka (ulama) akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak dengan apa yang mereka sampaikan. Kita pula sibuk mencari salah ulama dahulu. 3. Situasi: 'Aku ada jumpa 3 hadith yang kata benda ni Nabi tak buat. So, kau buat ni sesat/bid'ah.' Kau baru jumpa 3 hadith. Kau belum lagi baca 300 hadith, sudah pandai nak kata itu salah, ini betul. 4. Qasidah Ya Thoibah, tiada elemen 'ekstrem' pun di situ. Salahkah puji Saidina Ali, dan dua cucunda Rasulullah s.a.w? Bukankah dalam Qasidah Ya Thoibah itu turut memuji Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman? Kalau Syiah, mereka membenci Sahabat. Mereka tidak akan memuji Sahabat. Bukankah dalam solat (bacaan Tahiyy...