Posts

Showing posts with the label PAS

Garis masa parti politik nasionalis Melayu, sosialis dan Islam di Malaysia

Image
  Berikut dikongsikan garis masa perkembangan parti politik di Malaysia dalam ideologi nasionalis Melayu, Islam dan sosialis. Dimulakan dengan penubuhan PKMM, diikuti UMNO dan membentuk garis parti-parti berideologi nasionalis Melayu yang merupakan pecahan dan serpihan UMNO. Kemudian penubuhan Hizbul Muslimin (HM), diikuti PAS dan membentuk garis parti-parti berideologikan Islam yang merupakan pecahan dan serpihan PAS. Menyusul agak lewat, penubuhan Parti Buruh, Parti Rakyat membentuk Barisan Sosialis dan seterusnya bertahan dalam arus politik Malaysia dengan ideologi sosialis yang dibawa. Sebenarnya saya ada juga buat untuk Nasionalis Cina, Nasionalis India dan parti-parti campuran yang lain. Namun, tumpuan utama yang ingin diketengahkan ialah garis sejarah penubuhan UMNO, PAS, PKR dan parti-parti terkini (khususnya melibatkan masyarakat Melayu-Islam) yang kebanyakannya lahir dari 3 jalur utama ini.

Catatan Ringkas Parti Politik Islam di Malaysia

Image
Alhamdulillah, 12 catatan ringkas telah dikongsikan di Facebook saya baru-baru ini sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malangnya, saya belum sempat memasukkannya dalam blog ini. Untuk posting ini, saya tinggalkan anda semua dengan senarai kedua belas-dua belas catatan mengenai "Parti Politik Berideologikan Islam". Catatan 1 (Pengenalan) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213240257679338 Catatan 2 (Hizbul Muslimin) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213242705860541 Catatan 3 (Parti Islam Se-Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213244259619384 Catatan 4 (Kongres India Muslim Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213250924986014 Catatan 5 (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213257598632851 Catatan 6 (Parti Hizbul Muslimin Malaysia) : https://www.facebook.com/zahirulnukman/posts/10213280031673663 Catatan 7 (Angkatan Keadilan Insan Malaysia) : https:/...

Ketidakseimbangan Nisbah antara Penduduk Malaysia dengan Wakil Rakyat Kerajaan Mesti Dipulihkan

Image
KETIDAKSEIMBANGAN NISBAH ANTARA PENDUDUK MALAYSIA DENGAN WAKIL RAKYAT KERAJAAN MESTI DIPULIHKAN. Berikut merupakan sedutan transkrip ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam sesi dialog anjuran Majlis Perwakilan PAS United Kingdom-Ireland bersempena lawatan beliau ke London, United Kingdom pada 24 Disember 2018. Transkrip disediakan oleh Fuad Ahmad, dan disunting oleh Zahirul Nukman. __________________________ (Saya nak) bagi penjelasan berdasarkan pilihanraya baru ini. 1. Pakatan Harapan menang dalam kedudukan yang tidak selaras dengan demografi penduduk. Penduduk di Malaysia 60% adalah orang Islam. Yang baki itu bukan Islam. 2. Baru-baru ini (keputusan) pilihanraya menjadikan Pakatan Harapan, (wakil rakyat) yang bukan Islam 66 kerusi, (manakala wakil rakyat) Islam 58 kerusi. Bukan Islam mendominasi kerajaan, yang majoriti (rakyat)nya orang Islam. Ini akan menimbulkan masalah, dengan sebab itu perlu diselesaikan masalah ini. Kita ken...

Wujudkah Jawatan Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?

Image
WUJUDKAH JAWATAN PEMANGKU PESURUHJAYA PAS NEGERI? 1. Ada soalan yang terlintas dalam tempoh selepas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Almarhum Ustaz Haji Mustaffa Daharun meninggal dunia, "Adakah Wujud Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri?" 2. Setelah bertanya kepada yang berautoriti dan merujuk Perlembagaan PAS, dapat dihimpunkan beberapa perkara seperti berikut : i. Lantikan jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri yang mengetuai Badan Perhubungan PAS Negeri adalah di bawah kuasa Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (Fasal 26 (1) (c) dan Fasal 40 (4)) ii. Semasa ketiadaan Pesuruhjaya sama dihalang atau terhalang untuk hadir ke Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri atau Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Negeri, maka salah seorang Timbalan Pesuruhjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut. (Fasal 40 (20) dan Fasal 41 (2) (b)) 3. Maka, kesimpulan daripada kedua-dua perkara yang disebutkan ialah: i. Tiada yang menjadi pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Se...

Kenapa Tok Guru Terlibat Politik?

Image
KENAPA TOK GURU TERLIBAT POLITIK? Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "keterlibatan Tok Guru dalam arena politik", yang ditanya oleh mahasiswi kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan:  Tok Guru merupakan salah seorang tokoh ilmuwan yang berkecimpung dalam dunia politik. Secara logiknya, kalau Tok Guru memfokuskan hanya kepada bidang keilmuan, Tok Guru akan lebih disanjungi dan dihormati lebih ramai orang.  Jadi, soalan saya (ialah) kenapa Tok Guru memilih untuk berada dalam bidang politik yang kita tahu banyak tohmahan, kritikan dan ujian, sedangkan kalau Tok Guru hanya berada dalam bidnag keilmuan akan lebih banyak lagi pengaruh-pengaruh positif yang kita boleh sebarkan terutamanya dalam menyebarkan ilmu Islam? (minit 1:59:56 hingga 2:00:32) Jawapan: 1. Soalan ...

Perjuangan Islam : Ramai Penyokong Berbanding Pendokong?

Image
PERJUANGAN ISLAM : RAMAI PENYOKONG BERBANDING PENDUKUNG? Berikut merupakan transkrip soalan dan jawapan (yang disunting sedikit) mengenai persoalan "penyokong dan pendukung perjuangan Islam", yang ditanya oleh mahasiswa kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Syarahan Perdana Islam Leading Model (ILM) bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 26 November 2018. Soalan: Ada seorang sahabat saya pernah berkata, orang Islam ni ramai yang menyokong tapi tidak ramai yang mendukung. Jadi, seperti kita tahu, menyokong dan mendukung ini ialah suatu perkara yang baik sebenarnya - dua-dua baik, tapi apa yang saya lihat dalam konteks Malaysia sendiri, yang mendukong Islam itu tidak ramai (manakala) yang menyokong tu terlalu ramai. Jadi bagaimana untuk kita melahirkan lebih ramai pendukung Islam dan minta untuk Tuan Guru berikan hamasah sedikit kepada kita sebagai umat Islam untuk menegakkan Islam di Malaysia ini. (Minit 2:00:42 hingga 2:01:...

Ahli Dewan Negara : Pelantikan Tokoh Luar Terengganu Bukan Suatu Yang Asing

Image
PERLANTIKAN TOKOH LUAR TERENGGANU BUKAN SUATU YANG ASING. 1. Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ustazah Nuridah Salleh di atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini (29 November 2018).  2. Dimaklumkan bahawa proses mengangkat sumpah sebagai Senator akan diadakan di Dewan Negara (Parlimen Malaysia) dalam tempoh terdekat. 3. Perlantikan Ustazah Nuridah Salleh dibuat kerana kekosongan kerusi wakil Terengganu ekoran tamatnya tempoh berkhidmat mantan Senator, YM Puan Engku Naimah Engku Taib pada bulan ini (November 2018). 4. Perlantikan Ustazah Nuridah yang berasal dari luar Terengganu - yang juga kini merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan - bukanlah suatu tindakan yang asing. Ianya boleh dilakukan oleh mana-mana negeri. 5. Malah, ketika PAS mentadbir Terengganu di bawah kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 1999-2004, tindakan yang sama...

ADUN Wanita Terengganu : Trvia Mengenai ADUN Lantikan

Image
ADUN WANITA TERENGGANU : TRIVIA MENGENAI ADUN LANTIKAN.  Tahniah diucapkan kepada YB Zuraida Md Noor di atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi kuota Wanita. Berikut merupakan beberapa trivia mengenai ADUN lantikan: 1. Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu boleh melantik 4 orang ADUN lantikan daripada kalangan Wanita & Bukan Islam, sekiranya tiada wakil Wanita & Bukan Islam dalam DUN bagi penggal tersebut. 2. ADUN lantikan Wanita boleh terlibat dalam politik, manakala ADUN lantikan Bukan Islam tidak boleh menganggotai mana-mana parti politik. 3. Peruntukan Undang-undang untuk membolehkan pelantikan ADUN lantikan Terengganu ini diluluskan pada 2003, yang mana ketika itu Terengganu sedang ditadbir oleh PAS di bawah kepimpinan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (1999-2004) 4. Negeri Terengganu bukan satu-satunya negeri yang ada ADUN lantikan. Di Negeri Sabah sudah ramai yang dilantik sebagai ADUN lantikan selepas PRU14 tempoh h...

Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Image
Sejarah Pertandingan Jawatan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) November 1951 Dalam Persidangan Ulamak Tanah Melayu ke-3 (merangkap Kongres Khas Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu) , bagi menentukan Yang Dipertua bagi mengetuai Jawatankuasa Pertama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu telah menyaksikan pertandingan antara Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Pengerusi Penaja Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu/ Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO) dan Sheikh Abdullah Fahim (Bekas Pengerusi Bahagian Agama UMNO). Keputusan menyaksikan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan terpilih sebagai Yang Dipertua pertama, manakala Sheikh Abdullah Fahim selepas daripada itu menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS yang pertama. Disember 1956 Dalam Mesyuarat Agong/Kongres Tahunan PAS kali kelima, pemilihan Yang Dipertua telah menyaksikan pencalonan 3 orang calon iaitu Dr Burhanuddin bin Mohd Nor al-Helmi , Prof Dr Zulkiflee Muhammad dan Ustaz Hassan Adli Mohd Arshad . Walau bagaimanapun, Ustaz Hassan...

Sufi Haraki di Aidilfitri

Image
Jadilah Sufi Haraki di Aidilfitri. Dalam sibuk menyelami Hari Raya dengan ibadah kerana Allah, Jangan lupa praktikkan Muamalah kepada handai dan kerabat. Jadilah individu yang bukan sahaja hebat mensucikan diri,  tetapi jadilah juga individu yang mendengar dan memahami selok-belok tradisi ummat. - mesej dari sahabat Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi silaturahmi." - (Hadith Riwayat al-Bukhari) :)

Tentang Syiah

Image
Perbualan dua individu. Tentang Syiah. A: Kenapa Kerajaan bersungguh-sungguh banteras Syiah? B: Sebab Syiah itu terpesong dari Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi, kita mesti membantu kerajaan bagi menanganinya secara bersama. A: Oh. Saya cadangkan agar Kerajaan perlu tanamkan subjek Aqidah dalam sistem pendidikan Negara. B: Err... Bukankah Kerajaan sudah lama memperkenalkan subjek Pendidikan Al-Quran  dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. A: Ya, tapi ia khusus bagi mereka yang 'memilih' aliran agama sahaja. Apakah Islam itu boleh dipilih-pilih? B: Em.. Bukankah sudah ada subjek Pendidikan Islam dan Tasawur Islam? A: Benar, tapi apakah ia sudah mencukupi dan dihayati oleh setiap pelajar Muslim? B: Insya-Allah, sudah cukup untuk dihayati sebenarnya. Kerajaan kita sudah cukup memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita. A: Terus, kenapa perlu banteras Syiah? Kenapa Syiah mudah berleluasa di Malaysia? B: ... err.. :) Mari bersama membante...

Coretan Solidariti Ummat : Mesir.

Image
Coretan Himpunan Aman Bantah Kudeta Mesir. 1. Alhamdulillah, himpunan tadi tidak terganggu dengan Asap Rokok. Berbanding himpunan yang sebelum ini, asap tu jadi makanan dan wangian semua peserta (walaupun tak hisap). 2. Alhamdulillah, himpunan tadi berada dalam cuaca redup (dan akhirnya hujan ketika perjalanana pulang), berbanding Badar Al-Kubra yang berperang ketika berpuasa dan cuaca yang panas. 3. Saat Ustaz Akram Ikrami (sebagai wakil Mahasiswa, dan bekas Presiden GAMIS) bertanya kepada para demonstran, siapa Mahasiswa yang hadir, sila angkat tangan', ramai rupa-rupanya mahasiswa yang hadir dan mengangkat tangan menandakan sokongan kepada rakyat Mesir, Presiden mereka yang sah iaitu Prof Dr Mohammed Morsi, dan pertubuhan Ikhwanul Muslimin, dan menyatakan bantahan kepada pengkhianatan demokrasi yang dilakukan oleh Jeneral Al-Sisi, dan pemerintahan tentera tanpa mempedulikan kehendak rakyat yang sebenar. 4. Kelihatan Ustaz Riduan Mohamad Nor dan ramai demonstran m...

[Kemas Kini] Calon Pakatan Rakyat PRU-13

Image
Nota: 1. Berikut adalah senarai calon rasmi Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 20 April 2013 2. Terdapat 7 Kerusi bertindih yang melibatkan PKR dan PAS. 22 April 2013 nanti akan diketahui. Doakan Kejayaan Pakatan Rakyat. Sumber adalah daripada: 1) Portal Rasmi PRU Suruhanjaya Pilihan Raya : http://www.spr.gov.my Perlis P.001   Padang Besar               PAS:    Azamhari bin Mohamood N.01    Titi Tinggi                    DAP:    Teh Seng Chuan N.02    Beseri                          PAS:    Wan Kharizal bin Wan Khazim N.03    Chuping          ...