Posts

Showing posts from November, 2012

Al-Nasr : Pertolongan

Image
. TERJEMAHAN [1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. PENGENALAN Surah al-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan. NAMA DAN KELEBIHANNYA Surah ini dinamakan surah al-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan firman Allah (bermaksud) : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan”. Dinamakan al-Futuh bermaksud pembukaan atau kemenangan sempena kota Makkah al-Mukarramah berjaya dibuka dan dikuasai semula oleh Muslimin. Juga dikenali sebaga

Rama-rama dan Kura-kura

Image
. Ini rama-rama Ini Kura-kura [sebenarnya tajuk tiada kaitan pun. mungkin ada, tapi pepandai la nak relate kan~hehe] Kelebihan Sahabat Rasulullah Jika dilihat para Sahabat Rasulullah, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dengan tema 'Al-Quran', ada team Sahabat yang mahir dalam Tafsir Al-Quran seperti Saidina Abdullah ibn Abbas, Zaid bin Thabit, Abu Musa Al-Ash'ari dan lain-lain. Ada team Sahabat yang mahir dalam penulisan al-Quran seperti Zaid bin Thabit, dan Ubai bin Kaab. Seterusnya, kita lihat pula contoh lain, mereka juga mempunyai perwatakan sendiri. Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq terkenal dengan sifat dermawan dan kesetiaan yang tinggi terhadap Rasulullah s.a.w. Corak pemerintahan beliau adalah dengan menyusun kembali kerajaan dengan mewujudkan sistem gabenor. Khalifah Umar 'Al-Faruq' bin Al-Khattab pula terkenal dengan sifat ketegasan dan keberanian. Corak pemerintahannya pula juga berbeza dengan Saidina Abu Ba

#PrayForGaza

Image
Assalamualaikum. tiada yang inginku katakan. hanya titipan gambar, video untuk kalian. dan doa buat saudara-saudaraku di sana. Allahu Akbar ! -video- Ayuh ! Bersatu demi Palestin. -gambar- sumber: twitter. search: #PrayForGaza Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511) Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511) Allahu Akbar ! T_T Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'( Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'( They won't give up, and we won't stop supporting them. Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar ! Itu sahaja, tiada kata lain. Hasbunallahu Ni'mal Wakil ! Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir ! اللهم انصر المسلمين في فلسطين اللهم انصر الإسلام و المسلمين في

Baru atau lama, tidak ku peduli

Image
~motif tajuk? Nanti saya bagitahu ! he he. tet tet tet tet tet tet tet *bunyi montaj* Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! Anda masih lagi bersama-sama saya, Zahirul Nukman dalam blog ZahirulOnline~ *gaya pengacara MHI* ~sebenarnya, memang suka berangan-angan nak jadi pengacara/ nak cakap sorang-sorang ( gila )~ Gambar tiada kaitan dengan entri ini. sebenarnya. Alhamduillah, minggu ini merupakan minggu kembali ke sekolah kolej. Daftar penempatan pada hari Isnin. Kelas bermula juga pada Hari Isnin. Segalanya bermula pada Isnin. Nasib baiklah Pensyarah semua faham yang kami ni baru sampai ke kolej. Hari Isnin ada 3 subjek. Subjek pertama, Ustaz tunggu di pejabat. Nasib tak tunggu di Audi. Kalau tak, nanye ~ Subjek kedua, lecturer awal2 dah batalkan. terbaik! Subjek ketiga, pada mulanya nak buat kelas, tapi akhirnya beliau batalkan. Fuh ! Disebabkan pada mulanya subjek ketiga tu nak buat kelas, saya sampai ke KUIS lebih awal daripada apa yang dirancang. Target s

[Ads] Alkahfy Consulting & Services

Image
Kami merupakan sebuah syarikat yang merancang dan menyediakan program berbentuk latihan dan motivasi serta perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan. Mula beroperasi sejak Oktober 2012, syarikat kami menjalankan operasi latihan dan motivasi berpandukan dua teori utama iaitu : i. 5 Ways To Be A Proactive Teens ii. 5 Ways To Be A Proactive Leaders Antara program-program lain yang kami sediakan ialah : 1. Kem Kepemudaan Al-Kahfi 2. Kem EZ Solat 3. Lead To Success Camp 4. Kem Qiyadi (Kursus Kepemimpinan) 5. Mentor Sukses Al-Quran (MSAQ) 6. Kursus Kecemerlangan Huffaz Bestari 7. Kem Motivasi Anak Soleh Dalam perkhidmatan reka bentuk grafik dan penerbitan, kami menawarkan khidmat pembuatan : 1. Banner 2. Backdrop 3. Banting 4. Poster 5. Risalah 6. Pamplet 7. ID Card / Business Card 8. Button Badge 9. Buku 10.Dan lain-lain Bergerak di atas motto "We Listen & We Care", syarikat kami sentiasa terbuka untuk menerima sebarang komen dan cadangan an

Tiba masa bergabung tenaga.

Image
Kita melegkapi antara satu sama lain. Pelajar Asasi KUIS yang sama batch dengan saya. Mereka ini ada sesuatu yang mereka mahu. tetapi impian tersebut kebanyakannya terkubur. Ramai yang ingin menghasilkan sesuatu. Mereka mempunyai semangat untuk memberi. Pendekatan mereka pula lain-lain, itu perkara biasa. Yang mahir dalam video/ fotografi, ingin menghasilkan poskad, filem pendek, vlog dan lain-lain. Yang mahir dalam bahasa dan sastera, ingin menghasilkan buku, koleksi puisi dan lain-lain. Yang pandai melukis, ingin hasilkan komik dakwah, kartun 4 kotak dan lain-lain. Impian kebanyakan mereka terkubur, Faktornya: 1. Pelajar lain tidak memberi kerjasama. 2. Mereka tidak dapat mencari kumpulan sendiri yang sama 'kepala' dengan mereka. 3. Kebanyakan mereka hanya memendam, tidak meluah. Insya-Allah, aku berharap agar kita semua bergabung untuk semester ini sampai habis belajar, sampai mati. Kita bina teamwork, walaupun tidak sama pendekatan, namun kita perlu

Debaran Semester Dua

Image
Assalamualaikum ! Alhamdulillah, semester pertama Asasi di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor berjaya kuharungi. Keputusan peperiksaan akhir semester juga telah keluar. Alhamdulillah, aku berjaya memasukkan diri dalam Senarai Dekan (literally translation of Dean's List) Sedikit ulasan untuk semester satu, *mana tahu yang baca blog ni adalah yang bakal masuk Asasi KUIS, betul tak?*. Subjeknya ialah: FIAK 1103 - AL-MADKHAL LI ALAQIDAH WA AL-AKHLAK FLAI 1113 - AL-LUGHAH AL-ARABIAH LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH I FLAM 1103 - AL-MASADIR LI AL-DIRASAH AL-ISLAMIAH FLEE 1113 - ENGLISH I FTSC 1103 - INTRODUCTION TO COMPUTER MPW 1143 - PENGAJIAN ISLAM STP 1000 - SISTEM TARBIYAH PELAJAR Untuk subjek Akidah, tiada komen. :) Semuanya OK, belajar yang asas sahaja. Alhamdulillah. Cuma, perlu banyak menghafal. Yang dihafal itu, bahasa Arab. Tapi, belajar memang santai dan terbaik. Pensyarah saya: Ustaz Wan Fakhrul Razi b Wan Mohamad. Subjek Bahasa Arab. That is my fa

bingkisan titian

Image
[tajuk memang tak boleh merepek lagi ke?] Assalamualaikum w.b.t. motif letak gambar ni? kredit: google. Dengan nama-Nya, aku memohon perlindungan 24 jam 7 hari seminggu daripada terjebak ke kancah kebinasaan. (ini bukan iklan perlindungan 24 jam daripada nyamuk. sekian) OK ! Apa khabar semua? Hebat? Positif? <--- ayat biasa Alhamdulillah, hari meniti hari, aku meniti di jalanan cuti. Mengisi ruangan diberi seadanya sebaiknya. (cukup, jangan terlalu berfalsafah. ;p) Minggu ini minggu ketiga saya bercanda dan berjimba-jimba  menjalani cuti semester pertama. Sepatutnya kan, minggu ni adalah minggu kami menguruskan Minggu Taaruf Asasi untuk ambilan November 2012. Tapi akhirnya, berita baik muncul. Minggu Taaruf dibatalkan. What? Macam mana boleh batal pula? Ya Allah... Tiada intake ke sesi ini? <--- Itulah antara ayat-ayat terkejut daripada kami para pengurus minggu taaruf. he he.. Apa yang penting, cuti perlu diteruskan. aha! Alhamdulillah, cuti kali ni banyak

Sebuah Doa, Memohon Istiqamah

Image
Di Ekspo Buku Islam. KL Sentral. Aku membelek-belek ratusan buku bernuansa Islami. Tekun mencari buku yang diimpi. Satu buku ke satu buku, booth ke booth, rak ke rak, meja ke meja. Tiba-tiba telinga terkesan dengan sebuah perbualan (mungkin pertanyaan) antara seorang wanita Muslim tidak berhijab dengan seorang petugas ekspo di sebuah sudut. Sambil menoleh ke arah sudut itu secara senyap-senyap, telingaku memainkan peranannya. "Adik, akak sedang cari buku-buku seperti ini. (Menunjuk sebuah buku). Kalau boleh yang macam biografi ke apa namanya tu. Yang ceritakan tentang kehidupan." kata perempuan itu kepada petugas. Kemudian mereka berlalu ke sudut yang agak jauh dari tempat mereka berbual tadi. "Membeli buku lain agaknya," getus hatiku. Beberapa ketika, aku menuju ke sudut di mana tempat perempuan tadi berbual bersama petugas. Agak menyentuh hatiku bila mana aku dapati, buku yang beliau pegang tadi bertajuk, Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung? I