Posts

Showing posts with the label Mozanuk

Hidup Sebagai Siswa Asasi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, tanggal 21 Jun, saya disahkan bergelar Mahasiswa Asasi bagi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Program Kursus Asas Pengajian Islam. Banyak perubahan yang saya alami, dari segi budaya belajar, suasana kehidupan di hostel, dan lain-lain. Antara yang saya peroleh - perkara baharu - di sini yang agak lain daripada Institut sebelum ini (bukan membuat perbandingan, tetapi menghebah penemuan baharu yang ditempuhi) ialah: 1. Setiap Hari Isnin, Kami (Semua Pelajar Sem 1 Asasi) ditempatkan dalam kos (subjek) yang sama iaitu Introduction To Computer. Apa yang lain di sini ialah, minggu pembelajaran kami dimulakan dengan seorang antara kami membaca Doa Rabitah, dan diaminkan oleh semua. Bayangkan, walaupun bukan subjek 'Agama', tetapi subjek 'Dunia' bukan penghalang untuk dimasukkan elemen 'Agama'. Setiap minggu, kami mendoakan agar hati kami semua terikat dan tertaut antara satu dengan lain. 2....

Novel, Remaja dan Melayu

Image
Gambar Hiasan. ;) Ronda-ronda kedai buku, berhenti di ruangan "Novel Melayu", Sah, 4 daripada 6 rak yang diperuntukkan untuk ruangan tersebut adalah Novel yang berkisarkan Cinta ! Isu orang Melayu ni memang hanya Cinta ya? Hmm... Novel yang berusaha menjadikan cerita cinta mereka adalah paling indah buat semua. Mujur di ruangan "Novel Remaja", buku-buku, Novel, Kompilasi Cerpen terbitan PTS, Utusan, Galeri Ilmu mendominasi. Kalau tidak, parah ! Itu belum lagi lihat ruangan lain !

Ikut Realiti Hidup Anda !

Image
Assalamualaikum... Kita (Manusia), kalau dah hidup zaman sekarang ni, bukan hanya tertumpu pada soal Aqidah lagi, tapi semua aspek perlu turut ditumpu. Bukan bermaksud memperlekehkan pembelajaran Akidah, kerana semua perlu tahu akidah itu sentiasa perlu dimantapkan. Cuma, di samping mantapkan akidah, jangan abaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Kita hidup dalam realiti. Mantapkan diri dengan Agama, bukan bermaksud mengenepikan faktor Dunia, seperti Siasah, Iqtisad, dan Masyarakat. Kerana mereka (faktor2 dunia) ini juga perlu kita pacu berteraskan Agama. Jadi, tiada alasan untuk ketepikan Politik dalam Kehidupan ! :) Ayuh, realitikan kehidupanmu. Sebagai contoh, anda sebagai Pegawai Bank, lalu anda terdengar seruan ke arah "Selamatkan Akidah", "Mantapkan Aqidah", "Dalamilah Ilmu Agama". Justeru, adakah anda tergamak menggadai kerjaya 'duniawi' anda? Tidak, teruskan menjadi Pegawai Bank ! Jadi Pegawai Bank yang Mantap Akidahnya. ...

Seminar Penulisan : Sebuah Coretan

Image
Rindu pada institut tempat aku pernah menimba ilmu sedikit terubat. Meski baru sebulan (4 minggu) aku tidak mengunjunginya, tetapi dengan hanya tempoh kurang 24 jam di sana, ia merupakan detik yang amat manis buat diriku. Setelah beberapa kali ingin ke sana (ITQAN) tetapi gagal, maka dengan beralasankan ingin mengikuti Seminar Penulisan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling (wadah untuk aku mengangkat nilai tambah diriku semasa di sana), maka kali ini aku tekad untuk ke sana. Atas dasar ukhuwah dan dakwah, maka aku ke sana. Pagi yang hening di ITQAN. Seminar Penulisan ini (jika tidak silap) merupakan seminar penulisan kali kedua yang pernah diadakan di Institut. Seminar kali pertama (tak ingat tahun bila) menampilkan dua penulis prolifik, Puan Nisah Haron dan Sdr. Faisal Tehrani. Untuk seminar kali ini, pihak UBK menampilkan Ustaz Muhadir Hj Joll (Kolumnis Majalah Q&A) dan Sdr. Zaid Akhtar (Novelis Salju Sakinah). Ustaz Muhadir Hj Joll : Slot Pertama Usta...

ZahirulOnline kini dengan Kod QR !

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, saya baru sahaja membina kod QR bagi laman blog ZahirulOnline ini. Pada mulanya saya tertanya-tanya, apakah benda kotak seperti yang di bawah ini? Kaji punya kaji, baru tahu ia adalah Kod QR. Kod QR boleh diimbas menggunakan Pengimbas Kod yang terdapat telefon bimbit anda. ;) Imbas kod ini, dan anda akan ke laman ZahirulOnline versi Mobile. ;) Itu sahaj pengumuman saya, ;P Anda boleh membina kod laman web anda sendiri dengan pergi ke Google. Taip QR Code Generator. banyak pilihan disediakan. ;) Sekian~

Makmal Saya ^^

Image
So, any comments ?

Re-Post: Tudung di Malaysia

Image
Artikel ini adalah artikel terbit semula (+edit) daripada blog ini. Sekadar peringatan kembali buat diriku dan anda semua. ;) Assalamualaikum w.b.t Kali ini saya nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung? Kenapa saya pilih tudung? Wujudkah lelaki yang bercakap pasal tudung? Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya memilih tajuk ni. Mungkin, tudung itu memang berkait dengan Islam, jadi saya berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di negara kita, Malaysia. Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman  : “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” [Al-Quran: Al-Ahzab aya...

Tanda Soal. ??

Image
Assalamualaikum w.b.t. Terdetik di hatiku, apakah tujuan saya berblog? Perlukah untukku berblog? Penuh tanda tanya. :S huh *keluh. Matlamat utama adalah (1) untuk dakwah. *tapi sampai sekarang, berapa sangatlah entri saya berkaitan dakwah Tapi tak mengapa, insya-Allah, aku akan kemaskini blog ini dari masa ke masa berkaitan apa sahaja. :) Selain itu, (2) Saya mahukan lebih ramai kenalan. *Ya, ternyata, kini alhamdulillah saya mempunyai kenalan yang ramai dalam kalangan penulis blog. :) (walaupun tak pernah pergi gathering) lol~ Satu kesilapan (mungkin), adalah kurang update blog ini. Sudahlah lama tidak mengusik, malah bila update, entri entah apa-apa. haha. =.=' Jadi, saya nekad, sekiranya punya masa. InsyaAllah, progresif untuk kemaskini blog ni. :D Terima kasih kepada yang sudi baca.

Kursus Asas Pengajian Islam KUIS

Image
Pusat Asasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Kursus Asas Pengajian Islam Kod Kursus : FA01 Kod Pengiktirafan : KP (JPS) (KA 8180) MQA (A 8180) Mod Pengajian : Sepenuh Masa Sahaja Tempoh Pengajian : Sepenuh Masa : 1 Tahun (3 Semester) Yuran Pengajian : Sepenuh Masa : RM 5,335 (Pelajar Tempatan) Pembiayaan Pendidikan : Tabung Biasiswa Rektor ditawarkan kepada semua  pelajar yang layak meneyertai program di Pusat Asasi Syarat Kemasukan: Pelajar Tempaan : Lulus SPM dengan mendapat 5 kredit termasuk Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, tidak termasuk Lukisan. Jumlah Jam Kredit : 50 - 51 Jam Struktur Program Pengajian : English for Islamic Studies Pengajian Islam Pengajian Malaysia Bahasa Kebangsaan Introduction to Computer Kemahiran Komunikasi untuk Profesional Muslim Pengantar Psikologi Islam Al-Lughah al-Arabiah Li al-Dirasah al-Islamiah Al-Madkhal Li al-Aqidah wa al-Akhlak Al-...

[GAMBAR] Misi Hidup Anda !!!

Image

Musim Cuti | Majlis Kahwin

Image
Musim cuti kembali menjengah. Sudah masuk minggu kedua dah, bermakana minggu depan sesipembelajaran kembali bermula.... Kebiasaannya musim cuti, terutama cuti pertengahan tahun, dibanjiri dengan majlis-majlis perkahwinan daripada semua kaum.. Dan pada 3, 4, 5 Jun lepas, giliran bapa saudara saya pula melangsungkan perkahwinannya... Pengantin Lelaki : Muhammad Afizan Annuar (Pak Busu/Asu) Pengantin Perempuan : Mashitah Ahmad (Kak Mash) Antara gambar-gambar yang diambil.... 3 JUN 2011 | AKAD NIKAH mendengar khutbah nikah.. pasangan pengantin saat diijabkabulkan... 4 JUN 2011 | Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Perempuan @Kg Limau, Pantai Dalam, KL berarak..panas.. ^_^ 5 JUN 2011 | Majlis Perkahwinan Pihak Pengantin Lelaki @Kg Mantin Dalam, Mantin, NS diarak menggunakan 'tandu'.. Tiada adegan tepung tawar...  selepas diarak.. pengantin perempuan pening sampai malam..  2 orang sepupu cilik ku... sebagai flowergirl.. bersama flowe...

Belajarlah dari Alam

Image
Belajarlah dari Alam. Ia adalah ciptaan langsung (directed creation) dari Tuhan. Bukan barang yang dicipta oleh manusia. Ayuh, kita belajar dari Alam!! Di sebuah rumah, tinggal sepasang suami isteri. Si isteri baru sahaja mengandungkan bayi. Kandungannya baru berusia 3 bulan. Baru lagi... Suatu hari, seperti mana-mana isteri mengandung yang mengidamkan sesuatu, si Isteri meminta agar suaminya untuk membeli sebiji buah Tembikai. Si suami menuruti permintaan Isterinya. Almaklumlah, Isteri mengandung memang macam ni... Kunci diambil, motorsikal dihidupkan. Pergilah seorang suami untuk membelikan sebiji Tembikai untuk isteri tercinta. 10 mint kemudian... Si suami pulang ke rumah dengan buah tembikai yang dibelinya sebentar tadi. Lalu, beliau terus ke dapur, memotong Tembikai tersebut untuk diberikan kepada Isterinya... Tatkala si isteri merasai tembikai tersebut, si isteri mendapati tembikai tersebut tidak manis. Tawar. "Abang, apa ni bang, tawarnya buah ni. tak rasa t...

Atas kertas kita mungkin...

Image
Assalamualaikum to... All my readers, my follower, and my.....fan? uhuk2... _*****************************************************_ kini jadi sejarah... #Dalam entri kali ini, perkataan ‘saya’ ditukar kepada perkataan ‘aku’. Harap Maklum# #Entri ini khas buat Batch aku di ITQAN [15 th Generation of Tahfiz Negeri Sembilan] # Alhamdulillah... Aku menghantar [SPM SEMAK 930927 XXXXXX (No.Kad Pengenalan) XXXXXXXXX (No.Angka Giliran] dan hantar ke MySMS (15888) tepat jam 10:01:05. Dan (setelah hampir 1 jam setengah) tepat jam 11:26:02 tanggal 23 Mac 2011, aku memperoleh keputusan yang aku tunggu. Aku belum lagi mengambil slipnya di sekolah atas kekangan jarak, waktu dan karierku (jadi babysitter, jaga adikku yang comel ni.hehe...). Dan hasilnya... RM0.20 SPM: 930927XXXXXX 2A+ 2A 2A- 2B+ 1C+. Keputusan penuh di sekolah/JPN. Sender: 15888 Sent: 23-Mar-2011 11:26:02 Itulah mesej yang aku terima... Terus, tanpa membuang masa, (tabiatku iaitu menyibukkan diri..heheh) aku bertanya pula k...

Puisi SMS pertamaku ~~

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.... kali ini, saya nak kongsikan kepada semua erm...pasal puisi SMS pertama yang saya buat... baru minggu lepas buat~ puisinye~~... Senyumanmu mampu membahagiakan diriku... Tawamu dapat ceriakan duniaku... Dukamu mampu memilukan sukmaku... Tangisanmu bisa merembeskan air mataku... Sedar atau tidak,  kau adalah insan paling berharga dalam diriku... saban waktu, kupendam citaku untuk menagih kemaafanmu... Namun kutidak pasti, apakah aku sempat pinta keampunanmu... Ampuni kesalahanku, andai segala tingkah lakuku menganggu setiap genap hidupmu... Mungkin ini permohonan terakhirku padamu... Sebelum kuhembuskan nafas terakhirku... tu sahaja yang dikongsi kali ni... bersawang dah laman blog ni...lama tak update...

Program TOT~~Akademi Sukses~~ Entri Akhir

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua~~ Berbalik pada TOT yang lepas... Baiklah , kita habiskan hari ni..hehehe Pagi sabtu, selepas solat subuh, kuliah disampaikan oleh cikgu mohamad bin aspari... Kami diberikan pendedahan bagaimana membuat misi, visi, objektif sesebuah program yang akan kami anjurkan. Selain itu, kami juga diberikan beberapa cara bagaimana membuat tayangan slaid menggunakan picasa. Kami juga didedahkan dengan ‘Strategi pemasaran’ (or we call that marketing strategy). Sebanyak tidak kurang dari 50 strategi untuk memasarkan produk, program didehkan.. OK, itu cerita belah pagi... Selepas solat zuhur, kami diberi masa 2 jam setengah untuk membuat modul sendiri.   Sebagai panduan, modul yang perlu dipilih ada 3 pilihan... 1.        Talk (macam tayangan slaid, cakap-cakap gitu...) 2.        Segar minda (modul yang digunakan untuk ‘kejut orang agar x tidur’~) 3.        Out...

Program TOT~~Akademi Sukses~~ Entri 3

Image
Assalamulaikum dan salam sejahtera~~ lama betul tak cerita pasal program TOT tempoh hari~ tu la die, bile kelemasan  kemalasan menguasai diri..... Ok lah, kali ni saya nak ceritakan keadaan KHEMAH di program tersebut... Gambar Hiasan: Khemah kami bentuk ini la~.. _______________________________________________________________ Kami membawa 4 set khemah untuk digunakan... Disebabkan kami hanya 6 orang, jadi kami gunakan hanya 2 khemah sahaja. Lebih lagi 2 tu, kami pinjamkan ke pelajar-pelajar Maahad Ahmadi... ______________________________________________________________ Corat-Coret 1. Kami mula membina khemah tersebut pada waktu petang setelah sesi cipta nilai..... 2. Kami bina dengan pertolongan pelajar-pelajar MANS sekali..TQ to they all.... 3. Hari pertama kami lalui dengan aman...huhuhu... 4. Hari kedua, setelah sesi pagi..... khemah kedua kami dimasuki armada semut~~ kesian KA (Khairul Amirin) yang terpaksa berperang dengan bala tentera semut... :-( 5. Setelah me...

Program TOT~~ Akademi Sukses~~ Entri 2

Image
Assalamualaikum... Sambungan bagi yang pertama..... OK. tugasan pertama selesai... selepas solat maghrib, kak Zaleha pula memegang mikrofon.  IMPERATIVE MORAL tu tajuk eh.... erm.. untuk waktu2 maghrib ni, akak leha terangkan ciri seorang trainer n kata motivasi yang berkaitan... JADILAH SEPERTI GELAS YANG KOSONG!! Itulah ayat yang sering diulang-ulang... setuju sangat dengan pendapat ini... ( walaupun, mana-mana program pun selalu katakan seperti ini... ) ______________________________________________________________ dah habis slot kak Leha, abang Zulaimin pula mengganti... tup tup, die suruh kami ke chalet, alasannya ambil barang yang berada di Chalet... tak dinafikan, ada yang merungut, mengeluh, dan ade yang sempat berunding,  berbincang... Tiba di bilik kuliah, IKHLAS itulah pengajaran buat kami... Ikhlaskan diri dalam melakukan apa-apa arahan... seterus, kami direfreshkan tentang budaya sukses ( sebenarnya ZN pun dah lupa ) IKHLAS HARGAI MASA CERIA S...

Program TOT~~ Akademi Sukses~~ Entri 1

Image
Assalamualaikum semua.... baru-baru ini (seminggu lepas. baru ke?? hehehe... ) ZN pergi ke Program Latihan Kefasilitatoran Akademi Sukses di Saujana Asahan Resort, Ledang...anjuran Akademi Sukses Consultancy & Training Pandangan Awal  Jujur kata, memang sangat nak pergi, ye la... daripada duduk sekolah tak buat apa-apa, kan? baik ZN pergi program2 motivasi, latihan~~~hahah.. Hari Jumaat Selepas selesai Solat Jumaat, dalam kira-kira pukul 3.00 petang tu, kami, wakil dari ITQAN (ZN, Zuhairi, Amirin, Hafiz, Huzaifah dan Akasyah) bertolak ke Asahan dengan menaiki van sekolah. Dalam van, tiada yang istimewa melainkan kami terpaksa melayan karenah anak Ustaz Rahim, namanya Muhammad.. heheheh... Sampai-sampai, dah masuk asar. Solat di Suraunya. sambil menunggu pelajar2 Maahad yang sedang ice breaking.(kot..) Lepas solat asar n pelajar lain solat asar, kami pon masuk ke bilik kuliah~~ Kami diberikan barang amanah berupa selotep, n marker pen... kami dikehendaki menulis nama n...

Cara-cara nak buat ondeh-ondeh

Image
Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yg aku kate kan dalam twitter aq ( @zahirulnukman ), semalam aku nak buat kuih tradisi yang bernama Ondeh-ondeh.... Sori ek, sebab bahasa yang digunekan agak xformal pula.... Bahan-bahan #Doh -tepung gandum -air (sesuai dengan tepung...) -garam (secubit kecil) -daun pandan (dalam 2-3 helai) #Inti -semalam aku gunekan (kebiasaannya org gunekan..)gula melaka #luar -Kelapa barut (kelapa yang telah dimesin) Cara-cara membuat -campurkan tepung, air, garam bersama..... -uli adunan tadi sampai pejal sikit....jangan terlalu keras, dan terlalu lembik.. (kalau x jadi cam aku punye..hahah~~) -biarkan doh itu kejap, sebab kite nak pegi buat inti.... -inti kite gune gula melaka, jadikan gule melaka tu dadu2 kecil.... -amik balik doh tadi....cepat2... aku tunggu korang..... ------ -ok dah amik.? kalau dah, jadikan doh korang tu kepada bebola2 kecil...(jgn terlalu kecil sudah...) masukkan inti gule tadi dalam bebola tu dan DAH SIAP.... ha..cepatkan.....sekarang dah bo...

Konsep Rumah Idaman ku

Image
Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua...?? dah makan lom?? hehe~~ OK2.... cukup2... tak payah nak cakap panjang..... ari ni. nak cakap pasal Rumah Idaman... sebenarnya, tajuk saya masuk SPM baru2 ini... tak sangka apa yang di'study' masuk..... hehehehe Lokasi: Countryside/Pinggir Kota Bentuk Binaan: ala-ala Inggeris+Melayu Tradisi Ruang tamu: superbly furnishe la.... : simple..xpayah complicated sangat..haha~~ Ruang Keluarga: Home-teater..., sound system complete..gaga~~ : apparatus xpayah byk2...~~jimat..hahaa Ruang makan: set meja makan 12 kerusi.... semua leh gune... Dapur: 2 in 1.... Wet n Dry section... hehehe : complete wardrobe....huhu.... Bedroom: 5 buah... : all used k.... : cam biase, complete la mende2 camtu.. siap air-cond lagi.. heheh~~ Tandas: each room ade toilet ek.. lain2 bilik: ermm...1) Laundry.... 2) Taman...3)Zoo...4)Tasik.. 5)Dusun buah... 6) Mini office...7) ermmm ...