Posts

Showing posts with the label Al-Quran

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20...

Al-Nasr : Pertolongan

Image
. TERJEMAHAN [1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. PENGENALAN Surah al-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 3 ayat dan termasuk dalam kalangan surah Madaniyah. Al-Nasr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surah ini iaitu janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan. NAMA DAN KELEBIHANNYA Surah ini dinamakan surah al-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan firman Allah (bermaksud) : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan”. Dinamakan al-Futuh bermaksud pembukaan atau kemenangan sempena kota Makkah al-Mukarramah berjaya dibuka dan dikuasai semula oleh Muslimin. Juga d...

#PrayForGaza

Image
Assalamualaikum. tiada yang inginku katakan. hanya titipan gambar, video untuk kalian. dan doa buat saudara-saudaraku di sana. Allahu Akbar ! -video- Ayuh ! Bersatu demi Palestin. -gambar- sumber: twitter. search: #PrayForGaza Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511) Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511) Allahu Akbar ! T_T Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'( Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'( They won't give up, and we won't stop supporting them. Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar ! Itu sahaja, tiada kata lain. Hasbunallahu Ni'mal Wakil ! Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir ! اللهم انصر المسلمين في فلسطين اللهم انصر الإسلام و المسلمين في ...

Madrasah Tarbawi: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Image
Antara bingkisan yang sempat dicatat semasa Madrasah Tarbawi malam tadi (14 Sepember | 28 Syawal) di Masjid Al-Azhar, KUIS oleh Al-Fadhil Al-Habib Al-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk Asal ceramah ialah: Ada Apa Pada CGPA? 1) Kalau dah namanya Pelajar, nak tak nak kena belajar. Belajar itu sebagai perkara yang utama. Bukan menjadikan main game atau menonton filem sebagai kerja utama ! 2) Belajar sepenuh masa, bukan hanya hobi mengisi masa yang ada. 3) Belajar bukan sebab peperiksaan, tetapi sebab keberkatan ilmu. 4) Mahasiswa Berpolitik: Mahasiswa jangan hanya mengkritik, tetapi mesti berfikir bagaiman untuk mengubah. 5) Setiap orang ada kelebihan masing-masing, gunakanlah kelebihan itu untuk tegakkan Islam. Kreatif dalam Berdakwah. 6) Betulkan niat dengan bertanya 'kenapa aku kena buat benda ini?' Maka, kita jawab 'Kerana Allah'. Ia sama fungsi seperti lafaz niat dalam solat, iaitu meyakinkan dan menguatkan niat. 7) Berkreatif dalam bekerja. Su...

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran

Image
#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah. Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^ [Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran. Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 30 membawa maksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfir...

[Nota 2] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

Image
As-Salam, kita sambung yang semalam ya.  Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 28 bermaksud: Bagaimana kamu kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). > Ayat ini berbentuk Soalan. Kenapa Allah Tanya? Allah tanya bukan bermaksud Allah tidak tahu. Tetapi, Allah menimbulkan persoalan supaya Manusia berfikir dan bermuhasabah. > Allah menceritakan siapa diri kita. Segala Timeline hidup mati kita telah diketahui Allah (Allah Maha Mencipta), Kehidupan kita sebelum dilahirkan, setelah dilahirkan, selepas mati, dan setelah dibangkitkan semula. Jadi mengapa perlu kufur? Ayat 29 bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) lang...

[Nota 1] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran.

Image
Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Sumber: Google Image Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 26 Allah membuat perbandingan.  Mengapa Allah membuat perbandingan? Ada Hikmah yang tersembunyi. Orang Yang Beriman akan Mempercayai perbandingan tersebut. Orang yang kufur akan mempersoalkan kenapa dan kenapa. Sama seperti Belajar/ Kaji Sains. Ada yang makin bertambah keimanan. Namun, tidak sedikit yang bertambah kufur. Orang yang disesatkan itu ialah Orang-orang Fasik. Ayat 27 memperihalkan siapa Orang Fasik. Orang Fasik dalam ayat tersebut ada 3 definisi. 1) Orang Yang Merombak Perjanjian dengan Allah sesudah diperteguhkan. Perjanjian dengan Allah bermaksud beriman/ Amar Makruf Nahi Munkar. 2) Orang Yang Memutuskan Apa Yang Allah Suruh Sambung. Bermaksud: Persaudaraan/ Silaturrahmi. 3) Orang Yang Membuat Kerosakan (Dengan Melakukan Maksiat) di Muka Bumi. *Maksiat juga merupakan Kerosakan. Sebagai contoh, Zina. Dari nilai Islam, ia dikira 'merosakkan' setelah men...