Posts

Showing posts with the label Aqidah

#PrayForGaza

Image
Assalamualaikum. tiada yang inginku katakan. hanya titipan gambar, video untuk kalian. dan doa buat saudara-saudaraku di sana. Allahu Akbar ! -video- Ayuh ! Bersatu demi Palestin. -gambar- sumber: twitter. search: #PrayForGaza Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511) Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511) Allahu Akbar ! T_T Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'( Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'( They won't give up, and we won't stop supporting them. Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar ! Itu sahaja, tiada kata lain. Hasbunallahu Ni'mal Wakil ! Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir ! اللهم انصر المسلمين في فلسطين اللهم انصر الإسلام و المسلمين في ...

Kita Promoter, Kita Duta !

Image
Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan. Kita ambil contoh, Kereta. Ciri-cirinya dapat dilihat melalui: > Jenis Enjin, > Gear > Rekaan Luaran dan Dalaman > Hal-hal Keselamatan > Ketahanan dan lain-lain. Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka. OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum. Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam? Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam. 1) Rabbaniyah Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe.. Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam. Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah. 2) Syumu...

Releven atau Tidak?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Kekangan waktu membuatku sesak dan agak pincang untuk menaip bait-bait kata untuk tatapan pembaca blog ini. Biar blog ini mungkin ada yang membaca, mungkin tiada yang baca, tapi aku tetap lega dan berpuas hati. Sekurang-kurangnya impianku kini masih diteruskan. :D Menjadi mahasiswa di Pusat Asasi sebuah Kolej Universiti Islam Antarabangsa memang mencabar. Dengan Assignment yang memang bertimbun (tapi sempat lagi curi masa untuk update blog :P), sesuai dengan kami sebagai pelajar Asasi yang belajar hanya setahun berbanding Diploma 3 tahun ! Bila belajar di tempat yang bertaraf Antarabangsa dan sebuah Kolej yang terbuka untuk semua (bukan terhad pada kenegerian semata-mata), maka aku perlu belajar sesuatu, belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Di sini, semuanya berlainan daripada yang dahulu. Pelajar dari Negara luar turut sama belajar. Begitu juga dengan pelajar tempatan yang bukan Melayu. Kenderaan boleh digunakan, walaupun bukan semua b...

Ikut Realiti Hidup Anda !

Image
Assalamualaikum... Kita (Manusia), kalau dah hidup zaman sekarang ni, bukan hanya tertumpu pada soal Aqidah lagi, tapi semua aspek perlu turut ditumpu. Bukan bermaksud memperlekehkan pembelajaran Akidah, kerana semua perlu tahu akidah itu sentiasa perlu dimantapkan. Cuma, di samping mantapkan akidah, jangan abaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Kita hidup dalam realiti. Mantapkan diri dengan Agama, bukan bermaksud mengenepikan faktor Dunia, seperti Siasah, Iqtisad, dan Masyarakat. Kerana mereka (faktor2 dunia) ini juga perlu kita pacu berteraskan Agama. Jadi, tiada alasan untuk ketepikan Politik dalam Kehidupan ! :) Ayuh, realitikan kehidupanmu. Sebagai contoh, anda sebagai Pegawai Bank, lalu anda terdengar seruan ke arah "Selamatkan Akidah", "Mantapkan Aqidah", "Dalamilah Ilmu Agama". Justeru, adakah anda tergamak menggadai kerjaya 'duniawi' anda? Tidak, teruskan menjadi Pegawai Bank ! Jadi Pegawai Bank yang Mantap Akidahnya. ...

Re-Post: Tudung di Malaysia

Image
Artikel ini adalah artikel terbit semula (+edit) daripada blog ini. Sekadar peringatan kembali buat diriku dan anda semua. ;) Assalamualaikum w.b.t Kali ini saya nak bercakap pasal tudung. Kenapa tudung? Kenapa saya pilih tudung? Wujudkah lelaki yang bercakap pasal tudung? Sebenarnya, saya pun tidak tahu kenapa saya memilih tajuk ni. Mungkin, tudung itu memang berkait dengan Islam, jadi saya berasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang pemakaian tudung dalam kalangan wanita Islam di negara kita, Malaysia. Seperti mana yang diketahui, tudung merupakan pakaian wajib bagi wanita yang beragama Islam. Allah telah berfirman  : “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri – isteri-mu, anak – anak perempuan dan isteri – isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” [Al-Quran: Al-Ahzab aya...

Jalan Tengah : Mengapa Perlu Bermusuh?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum memulakan titipan bicara, aku ingin memberitahu bahawa aku bukanlah mempunyai banyak pengetahuan, tetapi cukup dengan apa yang telah aku alami dan pelajari selama mana aku bernafas di bumi Allah ini. :) Nak dijadikan cerita…. “Sesiapa yang menjumpai buku La Tahzan tulisan Dr Aidh Al-Qarni, sila pulangkannya dengan segera ke bilik ini” Pernyataan berikut terpampang di papan notis bilik gerakan sebuah unit di Institut tempatku belajar. Bilik tersebut merupakan antara tempat lepakku untuk mengulangkaji, menelaah buku, dan bersantai. Suatu tika, sahabatku, yang cukup aku perkenalkan beliau sebagai Fikar, memasuki bilik tersebut. Lalu, membaca pernyataan yang terdapat pada papan notis tersebut. BERBALAS SOALAN “Eh, Dr Aidh? Dr Aidh?” soalnya dengan soalan yang penuh persoalan yang mencurigakan. =.=’ “A’ah, Dr Aidh Abdullah Al-Qarni. Kenapa?” soalku. “Dr Aidh bukan ‘wahh’ ke?” soalnya. “Apa?” “Dr. Aidh bukan ‘Wahh’ ke? ...

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 : Resolusi

Image
Berikut saya jumpa dari sebuah blog. Dah lupa linknya. *maaf. Moga kita peroleh manfaat bersama. :) RESOLUSI KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 UMUM Wasatiyah yang dimaksudkan dalam konvensyen ini adalah sesuatu metode kefahaman ilmu dan pengamalan beragama yang paling adil dan terpilih bersandarkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan situasi semasa tertentu . Manhaj atau metod wasatiy amat perlu didokong oleh umat bagi memastikan kejituan dalam kefahaman ilmu Islam, mengurangkan pergeseran di kalangan sebahagian ulama dan umat Islam, merapatkan ukhwah serta membenihkan kasih sayang sesama Muslim. AQIDAH Wasatiyah dalam aqidah adalah Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (merangkumi Salafiyah, Asha'irah, Maturidiah) yang bersumber dari nas Al-Quran dan Hadis yang sahih sambil menyedari bahawa kefahaman teks Al-Quran dan Hadis boleh membawa kepada pembahagian ilmu aqidah kepada Usul dan Furu' (cabang). Umat Islam diwajibkan bersatu di atas Usul Aqidah namun dibenarkan berbeza t...

Nota2012 : Menyelusuri Kepimpinan, Mencontohi Rasulullah

Image
Insya-Allah, kali ini saya akan menyambung semula Nota2012 yang kedua. 29 Januari - 19 Februari 2012 Sepanjang tempoh ini, terdapat beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku seiring tarikh-tarikh penting. Bersama-sama peristiwa tersebut , saya titipkan komentar dan pandangan saya mengenainya. Ayuh, kita mulakan ! 31 Januari 2012 - Suasana Pilihan Raya Kampus kian memuncak. Kemuncak kempen PRK kali ini ialah Ceramah Umum oleh calon-calon Presiden dan orang kanan calon Presiden. Program ini merupakan program baru julung-julung kalinya diadakan di kampus ITQAN. Tahniah kepada Sekretariat Pilihan Raya PAKSI yang mengadakan acara ini. Ceramah dimulakan dengan orang kanan calon Presiden pertama, Saudara Izzat Qiwamuddin Huzaizi. Beliau menekankan agar pemilih dapat memilih calon yang terbaik bagi memimpin sesebuah organisasi. Masing-masing calon mempunyai kredibiliti tersendiri. Terserah kepada pengundi untuk memilih mana-mana yang terbaik bagi mereka. Kemudian, ceramah di...