Posts

Showing posts with the label Akhirat

Of Our Examination, Friendship and Expectation

Image
I ___________________________________ Sepanjang 3 minggu dalam bulan Mei ini, fasa peperiksaan pertengahan kembali menyerang. Aku mengambil 6 subjek untuk semester ini. Daripada enam, hanya ada 4 subjek yang kena hadapi midterm exam ini. Yang sudah. Pengantar Psikologi Islam. (13 Mei) Bahasa Kebangsaan. (16 Mei) Yang belum: Bahasa Arab (mungkin 21 Mei) Madkhal li al-Ilm al-Fiqh wa al-Usul. (mungkin 20 Mei. ESOK ! ) *mungkin : bermaksud tak pasti. haha. Berbicara soal examination , Sebagai manusia yang kadang-kadang tersasar dari pedoman dek ikutan dan trend semasa, budaya meniru dan 'ghibtoh' dalam peperiksaan itu sering berlaku. Bukan menghalalkan cara tersebut, tetapi kita manusia kadang-kadang kurang sedar (walaupun hakikatnya sudah tahu) akan kesalahan tersebut. Jangan dipersalah mereka yang tersasar. Siapa kita untuk menghukum? :) Salahkan diri sendiri kerana tidak berjaya untuk menegur rakan kita yang dalam 'mabuk', Bila berkata soal peperiks...

Syiar Islam dalam Era Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Image
. Sebuah cadangan dan harapan PAS setelah berjaya menggapai kemenangan dalam PRU akan datang. Insya-Allah. Cadangan syiar ini disampaikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mohd Hussin semasa Xpresi Ulama Muda Haraki 2013, di Gunung Semanggol. 1) Dataran Merdeka Dataran Taqwa. - Pengajian Islam di Dataran Merdeka. - Program Qiyamullail di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sebulan sekali. - Program kerohanian akan terus dilakukan. 2) Hari Jumaat Hari Cuti di Negeri diperintah PAS. - Hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi semua di negeri yang diperintah - Memberi ruang waktu yang baik bagi penganut Kristian pada hari Ahad untuk berehat dari segi perg ke Gereja dan sebagainya. 3) Memberi kemudahan ruang waktu terhadap ibadat yang kurang diambil berat. - Ibadat tidak berkala (Contoh Gerhana Matahari), Cuti khusus untuk waktu tersebut bagi memberi fokus terhadap ibadat yang bakal dilaksanakan. - Ibadat berkala (contoh 10 malam Ramadhan), kelewatan masuk bekerja untu...

"Sudah-sudah la Politik tu" heh.

Image
Assalamualaikum. Hampir semua ang dekat dan kenal saya, pasti mengetahui bahawa saya amat meminati 'siyasah' walaupun hanya pada asas. Dengan erti kata, sekurang-kurangnya saya minat bab politik dan kenegaraan mengikut 2 aliran; Nasionalisme (di sekolah/ kolej) dan Islam (dalam program dan eminar-seminar). Menjadi wajib, bahawa ratusan (perlambangan kepada banyak) kali saya diserbu dengan kata-kata seperti ini: "Sudah-sudah la Politik tu Zahirul." "Apa kau dapat bila kau masuk politik" Okey, sini. Saya nak jawab. 1) Saya tak pernah pertikaikan sebarang perkara baik yang anda buat (dan yang tidak saya lakukan), jadi jadilah seorang yang adil dengan tidak mengkritik apa yang saya lakukan. Bukan menyusahkan anda pu kan? hihi. 2) Dengan mengetahui politik, saya lebih 'update' isu-isu semasa. Mengetahui permasalahan ummah kini, serta tidak ketinggalan dalam beberapa isu. Sebagai contoh, sewaktu saya tahun PMR di mana tahun PRU ke-12 (20...

#PrayForGaza

Image
Assalamualaikum. tiada yang inginku katakan. hanya titipan gambar, video untuk kalian. dan doa buat saudara-saudaraku di sana. Allahu Akbar ! -video- Ayuh ! Bersatu demi Palestin. -gambar- sumber: twitter. search: #PrayForGaza Jentera Perang Rejim Zionis menuju ke Gaza. Ya Allah, lumpuhkan perjalanan mereka ! (1511) Himpunan rakyat Mesir berdemonstrasi dari Dataran Tahrir menuju HQ Liga Arab (1511) Allahu Akbar ! T_T Semoga kalian tabah, saudaraku ! :'( Yahudi, ini bukan apa yang mereka sepatutnya lakukan! Dimana kemanusiaan kalian? :'( They won't give up, and we won't stop supporting them. Dia Yahudi, Moga Diberi Hidayah. :') #Salute Dalam media mereka, ini yang ditunjukkan. Hakikatnya, mereka pengganas sebenar ! Itu sahaja, tiada kata lain. Hasbunallahu Ni'mal Wakil ! Ni'mal Maula, Wa Ni'man Nasir ! اللهم انصر المسلمين في فلسطين اللهم انصر الإسلام و المسلمين في ...

Madrasah Tarbawi: Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Image
Antara bingkisan yang sempat dicatat semasa Madrasah Tarbawi malam tadi (14 Sepember | 28 Syawal) di Masjid Al-Azhar, KUIS oleh Al-Fadhil Al-Habib Al-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Tajuk Asal ceramah ialah: Ada Apa Pada CGPA? 1) Kalau dah namanya Pelajar, nak tak nak kena belajar. Belajar itu sebagai perkara yang utama. Bukan menjadikan main game atau menonton filem sebagai kerja utama ! 2) Belajar sepenuh masa, bukan hanya hobi mengisi masa yang ada. 3) Belajar bukan sebab peperiksaan, tetapi sebab keberkatan ilmu. 4) Mahasiswa Berpolitik: Mahasiswa jangan hanya mengkritik, tetapi mesti berfikir bagaiman untuk mengubah. 5) Setiap orang ada kelebihan masing-masing, gunakanlah kelebihan itu untuk tegakkan Islam. Kreatif dalam Berdakwah. 6) Betulkan niat dengan bertanya 'kenapa aku kena buat benda ini?' Maka, kita jawab 'Kerana Allah'. Ia sama fungsi seperti lafaz niat dalam solat, iaitu meyakinkan dan menguatkan niat. 7) Berkreatif dalam bekerja. Su...

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran

Image
#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah. Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^ [Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran. Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 30 membawa maksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfir...

Kongsi Ramadhan !

Image
Assalamualaikum w.b.t. Ha, bagaimana PUASA kalian setakat? :3 Sumber: Google Tergerak untuk menaip beberapa bait ayat. *huhu.. Baru sebentar tadi menghadiri Sesi Mentor (Mentoring Session). Ia merupakan aktiviti wajib di bawah Sistem Tarbiyah Pelajar KUIS. Tiada STP, Tiada Sijil ^^ Mentor saya ialah Ustaz Nushi Mahfodz Tadi, kami hanya melakukan beberapa aktiviti bermotif. Untuk lebih dekat antara satu dengan yang lain. Antara Quotes yang dapat hari ni.. ;) 1)  "Contohilah Malaikat yang Tunduk (Hormat) Pada ADAM (Manusia) kerana ILMUnya.  Jangan Jadi Seperti Iblis yang hanya Menilai ADAM (Manusia) kerana FIZIKALnya (dari Tanah)" Kebiasaan antara kita menilai orang dari luaran. Kalau Ustaz tak pakai kopiah, kata tiada Ilmu, tak thiqah. Kalau pakai seluar jeans, tak belajar agama. Kalau main gitar, haram. Kita lihat mereka dari luaran semata-mata. Sedangkan kita tak tahu bahawa mereka mempunyai ilmu mereka sendiri.  Mereka tidak pakai kopiah,...

Ikut Realiti Hidup Anda !

Image
Assalamualaikum... Kita (Manusia), kalau dah hidup zaman sekarang ni, bukan hanya tertumpu pada soal Aqidah lagi, tapi semua aspek perlu turut ditumpu. Bukan bermaksud memperlekehkan pembelajaran Akidah, kerana semua perlu tahu akidah itu sentiasa perlu dimantapkan. Cuma, di samping mantapkan akidah, jangan abaikan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Kita hidup dalam realiti. Mantapkan diri dengan Agama, bukan bermaksud mengenepikan faktor Dunia, seperti Siasah, Iqtisad, dan Masyarakat. Kerana mereka (faktor2 dunia) ini juga perlu kita pacu berteraskan Agama. Jadi, tiada alasan untuk ketepikan Politik dalam Kehidupan ! :) Ayuh, realitikan kehidupanmu. Sebagai contoh, anda sebagai Pegawai Bank, lalu anda terdengar seruan ke arah "Selamatkan Akidah", "Mantapkan Aqidah", "Dalamilah Ilmu Agama". Justeru, adakah anda tergamak menggadai kerjaya 'duniawi' anda? Tidak, teruskan menjadi Pegawai Bank ! Jadi Pegawai Bank yang Mantap Akidahnya. ...

Nota2012 : Menyelusuri Kepimpinan, Mencontohi Rasulullah

Image
Insya-Allah, kali ini saya akan menyambung semula Nota2012 yang kedua. 29 Januari - 19 Februari 2012 Sepanjang tempoh ini, terdapat beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku seiring tarikh-tarikh penting. Bersama-sama peristiwa tersebut , saya titipkan komentar dan pandangan saya mengenainya. Ayuh, kita mulakan ! 31 Januari 2012 - Suasana Pilihan Raya Kampus kian memuncak. Kemuncak kempen PRK kali ini ialah Ceramah Umum oleh calon-calon Presiden dan orang kanan calon Presiden. Program ini merupakan program baru julung-julung kalinya diadakan di kampus ITQAN. Tahniah kepada Sekretariat Pilihan Raya PAKSI yang mengadakan acara ini. Ceramah dimulakan dengan orang kanan calon Presiden pertama, Saudara Izzat Qiwamuddin Huzaizi. Beliau menekankan agar pemilih dapat memilih calon yang terbaik bagi memimpin sesebuah organisasi. Masing-masing calon mempunyai kredibiliti tersendiri. Terserah kepada pengundi untuk memilih mana-mana yang terbaik bagi mereka. Kemudian, ceramah di...

Pemimpin : Mukmin Profesional

Image
Konsep kepemimpinan sememangnya perlu dipandang serius dan bukan sambalewa. Ia merupakan antara cabang topik yang amat besar peranannya untuk kelestarian Islam zaman kini. Jika ada segelintir individu atau golongan yang menolak soal kepemimpinan, maka mereka itu sebenarnya tergolong dalam kelompok yang menafikan al-Quran dan al-Sunnah. Isu pemilihan pemimpin bukan isu yang main-main. Sedangkan keberadaan individu di tandas pun ada hukum-hakamnya, inikan pula isu pentadbiran yang melibatkan semua pihak. Memilih pemimpin merupakan satu tanggungjawab. Jadi, adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk memilih pemimpin yang terbaik, termasuklah dalam ruang lingkup kampus. Dalam artikel kali ini, penulis menggariskan Beberapa ciri utama yang perlu diterapkan bagi seseorang Pemimpin Mukmin Profesional Seorang pemimpin seharusnya merupakan seorang mukmin professional. Dapat saya rumuskan, Mukmin Profesional ialah individu yang mempunyai 2 ciri unggul berikut : 1) Tingka...