Posts

Showing posts with the label Ikhwanul Muslimin

"Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia."

Image
Seronok bila Ustaz menyebut : "Memiliki Peta adalah langkah pertama untuk Menguasai Dunia." Teringat sejak waktu kecil lagi, saya dibesarkan dengan meja belajarku diletakkan peta dunia dihadapannya. Di sekolah rendah pula, saya mengambil subjek Kajian Tempatan. Subjek Pengetahuan Am yang sangat saya minati. (Ustazah yang mengajarku dahulu kini belajar sama kampus denganku. :p ) Di sekolah menengah rendah pula, saya mengambil subjek Geografi. Tahun saya mengambil PMR adalah tahun 2008 yang hangat dengan Pilihan Raya Umum ke-11. Kebiasaan bagi akhbar adalah menerbitkan sisipan khas PRU yang mempunyai peta kawasan pilihan raya. Apa lagi, kubaca dan kuhadam nama-nama tempat yang terdapat di Malaysia. Alhamdulillah, dek kerana minat tersebut, Geografi adalah subjek yang saya skor. Haha. Khulasahnya, jom didik keluarga dan rakan anda dengan menanam sifat 'kuasai dunia' dengan memiliki peta sekarang ! :)

Islah Sistem : Pray For Peace

Image
‪#‎PrayForMH370‬ & ‪#‎PrayForIM529‬ 1. MH370: Kita tidak mahu menyentuh kesedihan yang melanda, namun sudah tiba masanya sistem yang berada dalam sektor penerbangan perlu diislahkan. Mana-mana syarikat penerbangan dinasihatkan agar memasukkan elemen Islam yang kini sudah diketepikan. Antara aspek yang boleh direformasikan: - Pemakaian Uniform yang menutup Aurat. - Bacaan Doa sebelum Berlepas. - Pemberhentian hidangan bukan syarie - Pemansuhan cukai yang mengaut keuntungan melampau. 2. IM529: Mengambil pengajaran yang berlaku di Mesir. Ayuh, kita terus  perjuangkan syariat Allah agar tertegak di muka bumi ini.

Perbincangan Kedai Kopi

Image
Gambar Hiasan: Kopi kalau dicicah dengan kuih bahulu, memang sedap - Florence Tan Assalamualaikum ! Bagaimana hidup anda? indah? seperti yang dirancang atau ada perkara emergency berlaku? Apa-apapun, sama-sama kita berdoa agar kita semua berjaya menjalani kehidupan dengan baik sehingga Syurga kelak. Amiin. :) Okey ! berbalik kepada tajuk kita pada pagi  kali ini, sememangnya kedai kopi adalah tempat yang paling sibuk di dunia #faktasendiri. Bangun pagi, pergi surau/masjid utnuk solat subuh. Lepas habis solat, terus pakcik pakcik ni pergi berkumpul di kedai kopi (dulu kedai kopi, sekarang kedai mamak). "Mamak, roti canai dua, kuah asing" "Mamak, teh tarik satu !" Fenomena ini bukan sekadar bagi bangsa Melayu semata-mata, tetapi masyarakat Cina juga turut sama me-lepak di kedai kopi. "Mamak wo, bagi itu nasi lemak dua, makan sini lo.. sama itu teh tarik kurang itu gula"  *yang bekerja bukannya mamak, sekarang ni kan ramai mat-mat dari Bangl...

[Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran

Image
#Kuliah Kitab: Tafsir Al-Quran yang kami ikuti akan berjalan setiap Isnin jam 12.30 pm -1.30 pm bertempat di Masjid Al-Azhar KUIS. Kuliah Tafsir disampaikan oleh Ustaz Abu Zaki Ismail, pensyarah Akademi Pengajian Islam KUIS. Segala informasi akan dikongsikan disini secara berkala, seperti yang sedang kami terbitkan di blog. Insya-Allah. Salam, kita sambung kuliah kitab untuk nota yang ketiga. Maaf kerana menunggu lebih lama. ^_^ [Nota 3] Kuliah Kitab : Tafsir Al-Quran. Oleh: Ustaz Abu Zaki bin Ismail. Surah Al-Baqarah: 26-30 Ayat 30 membawa maksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfir...

Kita Promoter, Kita Duta !

Image
Sebuah Syarikat telah menghasilkan sebuah barangan yang mempunyai ciri-ciri yang amat menakjubkan. Kita ambil contoh, Kereta. Ciri-cirinya dapat dilihat melalui: > Jenis Enjin, > Gear > Rekaan Luaran dan Dalaman > Hal-hal Keselamatan > Ketahanan dan lain-lain. Syarikat pengeluar berusaha mempromosikan kereta keluara mereka untuk dibeli oleh bakal pelanggan mereka. OK, begitu juga dengan kita sebagai seorang Muslim (Orang islam). Seharusnya kita sebagai seorang muslim wajib mempromosikan ISLAM kepada umum. Apakah Ciri-Ciri khusus Agama Islam? Di sini saya kongsikan kepada anda semua mengenai ciri-ciri khusus Agama Islam. 1) Rabbaniyah Apakah itu Rabbani. buan kumpulan Nasyid Rabbani ya? Hehe.. Rabbani bermaksud KETUHANAN. Satu-satunya agama di Dunia yang mempunyai unsur ketuhanan ialah Islam. Unsur Ketuhanan ini berada dalam setiap perbuatan, percakapan dan semua yang berkaitan dengan ISLAM. Segalanya berpaut pada Tuhan, Allah. 2) Syumu...

Metodologi Usrah. ;)

Image
#sekali lagi, tajuk entri dah macam tajuk Kertas Kerja Seminar. Ngee~ Sumber: Google Assalamualaikum w.b.t. semua. Artikel ini ditulis atas kesedaran bahawa Sistem Usrah kini semakin lama tidak begitu menerapkan unsur tarbiyah ruhiyyah. Sebab apa saya berkata begitu? Wujudnya Dua Pendapat... Pendapat Pertama:  Golongan yang terlalu ketat/rigid dengan perlaksanaan usrah dengan mengatakan 'Usrah Hanya Pada Halaqah Ilmu'. Pendapat Kedua:  Golongan yang terlalu leberal dengan perlaksanaan usrah. Hakikatnya mereka tidak menyukai sistem Usrah yang nampak 'formal' (Atau istilah lain, kolot dan tidak progresif). Pelaksanaan mereka lebih kepada aktiviti luar seperti Futsal, Bowling dan lain-lain. Pengenalan Usrah *sebelum apa-apa, kita belajar sikit tentang usrah ni ye :) : Usrah dari bahasa , berasal dari kalimah Arab, (الأسرة) yang bermaksud keluarga. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara a...

Tokoh: Dr Mohamed Mursi

Image
Kenali Tokoh Ikhwan Muslimin. Nama : Prof. Dr. Mohamed Mohamed Mursi Issa Al-Ayat Asal : Sharqiyah, Mesir Lahir : Ogos 1951 Profesion dan Kerjaya: > Ahli Politik Mesir > Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Mesir (Sebuah parti politik yang diasaskan oleh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin selepas Revolusi Mesir 2011) > Calon Presiden Mesir 2012 > Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Perhimpunan Rakyat (Parlimen) Mesir pada (2000-2005) > Professor Madya di Universiti Negeri Califonia (1982 - 1985) > Pensyarah di Universiti Zagazig, Mesir (1985) > Profesor dan Doktor Kejuruteraan > Bekas Ahli Majlis Syura Ikhwanul Muslimin > Ketua Jabatan Sains Material, Univ. Zagazig Pendidikan: > B.A Kejuruteraan, Univ, Cairo (1975) > M.A Kejuruteraan, Univ. Cairo (1978) > Ph.D Kejuruteraan, Univ. Southern California (1982) Fakta Tentang Beliau: 1. Satu-satunya calon yang mana beliau, isteri dan lima anaknya menghafaz al-Qura...